Hobi Sebagai Punca Pendapatan

Agaknya hanya orang mati sahaja yang tak punya hobi. Dari budak hingga ke orang dewasa, malah yang dah tua juga punya hobi. Aku kata semua orang ada hobi sama ada dia seorang lelaki kacak atau seorang wanita cantik. Orang sakit juga perlu ada hobi yang sesuai sebagai terapi dalaman mereka.

Hobi ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang secara berulang-ulang dengan penuh seronok tanpa jemu. Hobi memang boleh mententeramkan hati dan perasaan. Tapi kalau hobi mengumpat atau menyebar fitnah, itu boleh mencetuskan perang tu. :D

Hobi kita dan hobi orang
Banyak cerita boleh dikarang
Tiada siapa boleh melarang
Tersilap cara berlaku perang

Berbagai minat pilihan hobi
Bunga kembang di taman hati
Banyak pasaran di sana sini
Boleh menjadi sumber rezeki

Kongsikan hobi dengan semua
Bersebar nanti ke seluruh dunia
Di kanan di kiri sahabat setia
Murah rezeki seronok pun ada

Asalnya hobi memang menghabiskan duit sahaja semata-mata untuk memenuhi minat sendiri. Tetapi sekarang ada orang [lelaki kacak] yang berjaya menukar hobi mereka menjadi sumber pendapatan. Contohnya seseorang yang mempunyai hobi suka menulis. Kalau kena dengan caranya, memang boleh buat duit dengan menulis di internet atau menulis buku. Hobi memasak, menghias, mengumpul dan sebagainya juga mempunyai potensi untuk dipasarkan. Asal tahu caranya sahaja.

Bagaimana dengan hobi korang? Ada peluang untuk menjana pendapatan?

TehrDemikian kisah 'Hobi Sebagai Punca Pendapatan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


82 Comments

  1. lunaticg says:

    Kalau Hobi menembak macamana ye? Nak kena jadi pembunuh upahan ke macam kat dalam TV? Tak pun tolong pakcik keja tembak tupai? :D :D :D
    Bermacam orang, berbagai juga hobinya.
    lunaticg baru je tulis kisah Kelab Warisan NumismatikMy Profile

    1. tehr says:

      Boleh juga tu
      Ambil upah jaga kebun tembak tupai :D

    2. akubiomed says:

      Bro lunatic ini hobi mengumpul matawang lama boleh dijadikan perniagaan juga. :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Maklumat Google+ profile author pada Google search resultsMy Profile

      1. tehr says:

        Betul tu, bro
        Peminat barang lama ni memang boleh jadi punca pendapatan lumayan

      2. lunaticg says:

        Nak meniaga macamana…, dah jual duit tu.., beli duit yang lain plak. Kira macam tukar jer dan tambah koleksi…. :)
        lunaticg baru je tulis kisah Kelab Warisan NumismatikMy Profile

        1. hafizmd says:

          bagus jugak tu lunaticg. kalau kami ada nak jual…nak beli tak? =)

    3. iza says:

      Kalau kat kg, boleh ambik upah tembak jebon…curi ayam malam2.
      iza baru je tulis kisah Ragam Di Wad Kecemasan.My Profile

      1. tehr says:

        Jebon?
        Binatang ke apa tu?
        Haha

        1. hafizmd says:

          ingat tak citer P. Ramlee tu…jebon ke cik embon? hadoilah…

        2. mie says:

          jebon kat blah utara mmg terkenal..
          tapi xtau apa jebon tu..
          eehehehe
          mie baru je tulis kisah Koleksi Diari Orang Yang Aku BacaMy Profile

      2. lunaticg says:

        Musang ke? Kasian kat musang tu.., dia kat hutan makanan dah takde.., kena tembak pupus lak karang….
        lunaticg baru je tulis kisah Hukum Jual Beli Duit LamaMy Profile

  2. mie says:

    bab hobi menulis tu memang ramai yang berjaya…
    ada seorang penulis blog..
    yang telah berjaya menerbitkan beberapa novel remaja..
    dan juga menjadi koleksi gue..
    eehheee
    mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 2)My Profile

    1. tehr says:

      Betul tu
      Kalau ada bakat, tulis lirik lagu pun boleh

      1. mie says:

        semua orang ada bakat..
        cuma sedar x sedar je..
        lagi satu cara untuk gilapkannya..
        eheheh
        mie baru je tulis kisah Koleksi Diari Orang Yang Aku BacaMy Profile

  3. Razlan says:

    Bab hobi mgumpat tu yang tak efisien …
    Razlan baru je tulis kisah 3 Langkah Untuk Pastikan Majikan GembiraMy Profile

    1. tehr says:

      Sedihnya kerana ia menjadi budaya masyarakat

    2. iza says:

      Ditambah pula dengan dosa..
      yang mendengar pun tumpang sekaki…
      iza baru je tulis kisah Ragam Di Wad Kecemasan.My Profile

      1. tehr says:

        Ada ketikanya, yang mendengar pula yang lebih2
        Huhu

        1. hafizmd says:

          kumpul byk2…lepas tu…bercakap…bahya kan cakap byk2…oooo…wanau’zubillah

  4. adamfaiz says:

    Setakat ni hobi aku takde yang boleh menjana pendapatan… kalau tak dikawal boleh menganggu pendapatan hehehhe..
    adamfaiz baru je tulis kisah WW 31 – Facebook Wall Yang AsliMy Profile

    1. tehr says:

      Haha
      Macam aku gak la nampaknya

      1. hafizmd says:

        hahahaha…sekali sama jugak daaa…

        terkelakar pulak

  5. floyd says:

    I like photography!
    floyd baru je tulis kisah Warning Against Energy Saving DevicesMy Profile

    1. tehr says:

      Ramai yang berjaya juga tu, bro

  6. azura says:

    Peribahasa diam diam ubi berisi
    Menaip artikel di blog peribadi
    Hajat hati bukan sekadar hobi
    Tapi sumber pendapatan juga dimiliki

    1. tehr says:

      Diam-diam ubi berisi
      Diam penggali berkarat
      Harapnya akan terjadi
      Dalam masa terdekat

      Insya-Allah

      1. azura says:

        cek exabytes pendapatan pertama
        earning advertlets pun turut naik tinggi
        hajat hati traffik meningkat sekian lama
        berkobar-kobar nak aplly innity
        azura baru je tulis kisah Tudung warna putihMy Profile

  7. eiela says:

    ada kot.. asal buat je ada yang bertanya, walhal kita buat utk diri sendiri je.
    eiela baru je tulis kisah Kebaikan Asid FolicMy Profile

    1. tehr says:

      Maknanya dah ada pasaran tu, Eiela
      Selamat berjaya

  8. yas says:

    Rasa2 skg aku dah kearah ayat yg teralhir bro tehr sebutkan tu…he3x!!
    yas baru je tulis kisah POLIS LELONG BARANG KEMAS DAN LAIN2My Profile

    1. tehr says:

      Nampak gayanya memang ke arah itu
      Tahniah, bro

  9. chii says:

    Chii suka membaca dan mendgr muzik. hobi yg dgt memberi pengetahuan dan memberi ketenangan.hehe

    mengumpul kwn br antara hobi br gak. Err,boleh d kira sbg hobi kan ckgu :p
    chii baru je tulis kisah Amalan Bertungku Baik untuk KesihatanMy Profile

    1. tehr says:

      Yups
      Memang tujuannya hobi macam tu
      Mententeramkan hati dan perasaan

  10. maza says:

    hobi maza sekrang ni main kenyit-kenyit mata, boleh?!

    hehehehhee
    maza baru je tulis kisah Wordles Wednesday: Teman tapi mesra!My Profile

    1. tehr says:

      Bro Maza memang dah kena dah tu
      Selamat maju jaya

  11. nurmisnan says:

    Benar.. rezeki ni mcm2 cara ada.. hendak tak nak saja
    bab mendapat rezeki dgn menulis tuh memang sgt
    berbaloi kerana hasil penat menaip dibalas dgn wang
    walaupun tidak seberapa.. namun tetap bersyukur…
    nurmisnan baru je tulis kisah Doa untuk lempahan rezeki dan urusan hutangMy Profile

    1. tehr says:

      Tu la pasal
      Kalau kena gaya, memang berbaloi

  12. titan says:

    hobi aku..kacau orang lain..
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat Duit dengan AdstractMy Profile

    1. tehr says:

      Mmm bagus juga ni…
      Hahaha

    2. yas says:

      AKu suka ayat tu…ha3x!!
      yas baru je tulis kisah SOLAT TERAKHIR SEORANG SYUHADA SEBELUM AJALMy Profile

  13. padin says:

    hehee suka melukis, tapi sekadar melepas boring je kot…

    1. tehr says:

      Mungkin ada ketikanya nanti dapat peluang
      Siapa tahu, kan?

      1. go go padin go! lukis gambar rain plak
        rainbowcloudy baru je tulis kisah kembalinya hati yang dicuriMy Profile

  14. MDHAFiZ.NET says:

    hobiku suka baca buku .. . mcm x caya je kan.. .hehehe .. . :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Permohonan Program Ijazah Luar & Dalam Negara Tajaan MARA 2012My Profile

    1. tehr says:

      Apa pulak tak caya, bro
      Ramai yang hobi membaca ni

    2. chii says:

      dari buku..boleh di share kan pula info2 yg ada di blog…baru la sharing is caring and loving kan :D

  15. Bro Zulkbo says:

    salam..
    setakat nih hobi saya berblog lah..
    alhamdulillah..ada juga masuk
    sikit setiap bulan melalui akaun
    Innity :)

    1. tehr says:

      Salam kembali
      Sikit2 lama2 jadi banyak, bro
      Tahniah

    2. yas says:

      Blog bro zulkbo mmg power…klau tak x leh pasang innity woo….
      yas baru je tulis kisah SOLAT TERAKHIR SEORANG SYUHADA SEBELUM AJALMy Profile

  16. akubiomed says:

    Hobi saya sekarang suka membidik gambar. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – #Now everyone can flyMy Profile

    1. tehr says:

      Ada peluang nanti boleh jadi jurugambar majlis kahwin tu, bro
      Masyuk juga tu :D

  17. zool says:

    Betul tu.. kalau hobi jadi punca pendapatan memang seronok. sebab itu yang kita minat…
    masalahnya nak cari hobi dulu ni..
    zool baru je tulis kisah Siapa yang tak tau agamaMy Profile

    1. tehr says:

      Memang seronok bila kerja kita ada kaitan dengan minat
      Memang tak terasa penatnya

  18. Sejak SAHM ni, hubi sy nuntun cerita korea pak, mmg xleh buat duet pong, hukk
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Wordless Thursday (Tido pon nk berkawan)My Profile

    1. tehr says:

      Tu la pasal
      Hobi saya pun tak boleh nak jadi punca pendapatan
      Huhu

  19. rahman says:

    teringat hobi zaman sekolah mengumpul setem.. ada lagi ker budak2 zaman skrg minat hobi nie.. hehehe
    rahman baru je tulis kisah Berbasikal demi kesihatanMy Profile

    1. tehr says:

      Aku dulu pun minat kumpul setem
      Bila kahwin, ada anak…
      Semuanya dah entah ke mana hilang

    2. suri says:

      setam hee mmg menarik skrg mesti akan ada org penggemar kumpul setem lagi kan

  20. iza says:

    Assalam..
    Buat masa ni hobi saya berblog la..
    Sesekali terfikir juga untuk cari hobi lain tapi macam tak ada masa pulak, asyik mengadap laptop je..
    iza baru je tulis kisah Ragam Di Wad Kecemasan.My Profile

    1. tehr says:

      Ramai yang berjaya jana pendapatan melalui blog
      Kita juga boleh berjaya
      Hehe

      1. azura says:

        cikgu belum berjaya lagi ke, tengok traffik tinggi jomla aplly innity
        azura baru je tulis kisah Tudung warna putihMy Profile

        1. suri says:

          azura nmpk depa bgni tpi lebat tu heeee

          1. azura says:

            kan cikgu perahsia kot suri
            azura baru je tulis kisah Blog sebagai sumber pendapatan bloggerMy Profile

    2. suri says:

      he yang tu mmg sudha pasti kaka iza

  21. hobi saya melihat buku masakan yang penuh dengan lauk pauk.

    kebaikan : semoga ibu mertua sayang padaku ewah! :D

    tergolong dlm wanita cantik tak hobi ni? ekeke
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kembalinya hati yang dicuriMy Profile

  22. benjy says:

    nampaknya hobi dalam sukan juga boleh menghasilkan duit yang lumayan :D
    benjy baru je tulis kisah BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIPS 2012 – BERGUA NOMBOR 2 MALAYSIA BUAT KEJUTANMy Profile

  23. Faisal says:

    Semua bermula dgn minat..berblogging pun same..lame2 boleh ar buat income skt2
    Faisal baru je tulis kisah INNITY Tidak Benarkan Blogger Guna Floating AdsMy Profile

  24. Akulah.com says:

    kalau hobi kita tu bertuah, boleh dapat pendapatan yang menguntungkan.. jangan pulak hobi tido boleh menjana pendapatan tau… hehe
    Akulah.com baru je tulis kisah Salah Toilet – Skodeng Awek Pakai Baju (Video)My Profile

  25. suri says:

    alahai yk sgt sampi ada yang tertangguh2 perlukan perhatian sangat2..

    ada hobi perlu amik masa nak buat..ada amsa bila bt pula anak kacau..suami panggil…

  26. suri says:

    setakat ini hobi sy yg masih still aktif bt cokelat..tanam bunga..kain felt..ada lagi hobi tapi smu tak done nak buat huhu…

  27. suri says:

    syukur setakat ini ada juga pendapatn nak roling bli brg semua..nak bli brg apa kita impikan…walau jumpah tak besar tapi ia amat memadai..

  28. hafizmd says:

    Hobi. Setakat ni, hobi blogging taklah bawak pendapatan mana pun.. =)

    Hobi membaca pulak, walaupun tak beri pndapatan, ia lebih berbaloi rasanya.

    1. chii says:

      betul tu..dpt byk info yg sebelum ni x pernah ambil tau pun :)

  29. Syafrizal says:

    takde la hobi yang boleh buat duit hehe
    ntah ada ke tidak hobinya hehe
    Syafrizal baru je tulis kisah Tips merawat masalah hidung dengan Korean Hand TherapyMy Profile

  30. shraqs says:

    Buat masa skrg, banyak hobi menghabiskan duit adela. :)
    shraqs baru je tulis kisah Nuffnang Memperkenalkan Ad Codes Yang BaharuMy Profile

  31. bila kita dah terbiasa atau dah lama buat baru dikira hobi..kalo bru 2-3 kali..tu namanya hangat2 tahi ayam..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah PosLaju : Kotak dan Sampul PrabayarMy Profile

  32. kakyon says:

    hobi akk ni banyak. terbaru tanam pkk rose. dh berabis duit..pkk tak gemok jugak. rasa nak tukar hobi baru plak…
    kakyon baru je tulis kisah Pulau Tioman..part 3My Profile

  33. bua ketiak says:

    baru nak cari hobi sebagai punca pendapatan (boleh ke macam ni)..hehehe

  34. Mus says:

    hobi baru saya sekarang membaca buku ilmiah..
    Mus baru je tulis kisah Pisang Goreng Cheese, Wajib Cuba Di SempornaMy Profile

  35. Mus says:

    tahun lepas saya mengambil upah buat art design.. hobi jadi duit..
    Mus baru je tulis kisah Penari Cilik Di Atas LepaMy Profile

  36. hafidz says:

    setakat ni hobi aku hanya sekadar minat sahaja. mungkin suatu hari nanti ia akan berfungsi sebagai salah satu punca pendapatan juga ;)
    hafidz baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Ubat Lelaki KuatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun