Hitam Putih Kawasan Pilihanraya

sprMr Tehr ingatkan hanya di zaman komunis sahaja ada kawasan putih dan kawasan hitam. Rupanya sampai sekarang masih juga ada kawasan seperti ini dalam negara kita yang tercinta.

Bagi pemimpin kerajaan mahu pun pemimpin pembangkang, masing-masing tidak mahu mengaku kalah dan mendabik dada mengatakan tiada kawasan pilihanraya yang berlabel hitam bagi parti/calon mereka. Huh…

asal dulunya kawasan putih
memang nampak sangat bersih
semua sepakat tak rasa letih
pemimpin senyum rakyat kasih

kawasan putih bertukar hitam
cerah siang beralih ke malam
matahari terik kini terbenam
rakyat serik masa depan kelam

kata orang di hujung desa;

kami dah jemu makan gula-gula
yang ditabur setiap musim pilihan raya
sekarang kami mahu ubah selera
cupcake dan macaron juga kami mahu rasa

kata wakil yb dari kota;

pakcik makcik harap bersabar
datuk yb kita seorang tokoh sibuk benar
kerja banyak bisnes dia besar
bukan selalu kita boleh jumpa dekat pasar

riuh suara calon yb berlanggar dalam bilik
sama-sama tunjuk kabel bukan dawai elektrik
burung gagak dengar pun terasa sangat pelik
kawasan putih kawasan hitam disorong tarik

Desas-desus juga selalu kita baca dalam akhbar mengenai perebutan dalam pembahagian kerusi pilihan raya bagi parti-parti serta calon-calon yang akan bertanding. Harap-harap tiada kemalangan maut kerana terjatuh dari kerusi nanti. Kan?

TehrDemikian kisah 'Hitam Putih Kawasan Pilihanraya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. Juan says:

    kawasan pilihanraya berlabel hitam? apa maksudnya bro tehramuan
    Juan baru je tulis kisah Jam Tangan Casio | NostalgiaMy Profile

    1. tehr says:

      pendapat parti politik tu, juan
      kawasan hitam tu maksudnya payah nak menang :D

  2. nurmisnan says:

    Manusia…. masing2 mementingkan diri sendiri brother

    hohoho… cup cake dan macaron yer…. dahsyat citarasa
    semua nak terbaru punya product.. betul2…
    nurmisnan baru je tulis kisah Satu lagi penawar berbisa ular dan ikan sembilangMy Profile

    1. tehr says:

      balik2 gula2 je yang ditabur
      boring la…

      haha

  3. iwan delaroc says:

    gula gula itu biasa ketika pilihanraya..semuanya manis belaka.
    iwan delaroc baru je tulis kisah malaysia tanahair ku : talk first think laterMy Profile

    1. tehr says:

      habis la gigi yang masih ada dua tiga batang ni
      huhu

  4. ghost writer says:

    esok-esok kawasan pilihan raya akan diistiyarkan kawasan darurat.wah,jadi gawat nih.
    ghost writer baru je tulis kisah lumpuhMy Profile

    1. tehr says:

      huhu
      sangat bahaya tu, ghost
      tak sanggup aku nak hadapinya nanti

  5. puteri says:

    bila mau pangkah niiii xsabar dah ni….!!

    sedang belajar untuk tanda (X)
    bukan tanda (/)
    hehehe
    puteri baru je tulis kisah jangan terus diperBODOHkan!My Profile

    1. tehr says:

      belajar tu belajar juga
      dah kenal pasti ke nak pangkah yang mana?

  6. kakyong says:

    sudah mula terasa bahang pilihanraya..
    kakyong baru je tulis kisah Cross-stitch : pasu biru & bunga orkid pinkMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah rasa dekat sangat ni, kakyong

      1. surihatiku says:

        hitung hari jer huuuu..
        surihatiku baru je tulis kisah Kenanganku Bersama AiskrimMy Profile

        1. tehr says:

          suri dah daftar sebagai pengundi ke?

  7. Norasikin says:

    bila difikir pelik jugak pilihanraya ni
    satu-satunya yang dipangkah bila suka
    bab politik memang saya tolak tepi
    asalkan negara aman, semua gembira

    1. tehr says:

      perlu ambil tahu juga sikit2
      walau pun tak mahu terlibat secara serius

  8. Pacifista says:

    bahang pilihan raya dah mula terasa ni :D
    Pacifista baru je tulis kisah Seniman Menangis…My Profile

    1. tehr says:

      makin hari makin panas, bro

  9. surihatiku says:

    klo kerusi patah mmg maut jaidnya hooo..ingat klu nak dduk pastikan tgok kdaan kerusi tu dulu heee
    surihatiku baru je tulis kisah Aku Sering Memikirkan..My Profile

    1. tehr says:

      yups
      baik2 tengok mana nak duduk atau langkah
      tak pasal2 nanti dapat sakit dan malu

  10. titan says:

    biasalh tu. nama pun pilihanraya.. haha
    titan baru je tulis kisah Kenduri Gol AustraliaMy Profile

    1. tehr says:

      masing2 nak menang, kan? :D

  11. yas says:

    tunggu aksi baling2 kerusi lak la bro…hehehe
    yas baru je tulis kisah DIY Drone- Oktokopter…Terbaik!!!!!My Profile

    1. tehr says:

      dengarnya elaun yb akan naik
      aku nampak semua senyum je semalam kat tv

  12. dnoBiz says:

    Yang pasti Kelantan kawasan putih untuk pas dan hitam untuk UMNO…
    Ps : tahun ni tak tahu la macam mana…
    dnoBiz baru je tulis kisah Bapak Setan – Bayi 23 Hari Diliwat BapaMy Profile

    1. tehr says:

      tak banyak yang berubah rasanya, dno

  13. akubiomed says:

    Teringat mengenai ahli politik jatuh didalam laut ketika berkempen di pilihanraya Sarawak dahulu

  14. bEe says:

    Kalau bab politik ni malas nak komen byk2
    Yg pntg rakyat gembira & aman sudah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun