Hingga Ke Malam Leka Berebut Betina

allah beri kita peluang
allah sediakan kita ruang
sayang sekali kita buang
atau kita letak di belakang

sejak pagi asyik berebut harta
sampai petang masih berebut kuasa
hingga ke malam leka berebut betina
hari besoknya masih juga sama

allah beri kita pilihan
mahu ke kiri atau ke kanan
mahu ke belakang atau ke depan
bersaing maju atau ketinggalan

contohnya: allah beri mulut
bukan untuk kita mencarut
atau menyebar cerita karut
perkara baik kita tak sebut

ada akal kita mesti adil
ada rezeki kita jangan bakhil
selagi bernyawa kita usah degil
sebelum kubur datang memanggil

jambatan runtuh
ada halangan usah kita rempuh
ada jambatan jangan kita runtuh
ukhwah kita mesti sentiasa utuh
tetap bangun walau berkali jatuh

mujur juga kita masih ada kesempatan
dapat pula kita hitung segala perbuatan
selama ini kita patuh atau engkar pada tuhan
tersalah arah kita kembali mencari kebenaran

TehrDemikian kisah 'Hingga Ke Malam Leka Berebut Betina' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. Cik Siti says:

    kain songket di dalam peti,
    corak indah sulur keladi,
    andai nafsu beraja di hati,
    hukum allah ditolak tepi.

    Indah sungguh dipandang mata,
    Cik adik manis yang muda,
    biar diri miskinnya harta,
    usah miskin iman di dada.
    Cik Siti baru je tulis kisah Lupa???My Profile

    1. tehramuan says:

      kain songket sulur keladi
      adik manis bawa bergaya
      bukan sedikit terlupa janji
      dunia akhirat rugi sentiasa

  2. zool says:

    memang sekarang ni ramai org berebut2.. kalau rebut secara betul takpe ni guna cara jahat. tak patut
    zool baru je tulis kisah Pameran Perumahan dan Hartanah Melaka di Mahkota Parade pada 7-9 September 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, bro
      biar la berebut secara adil dan halal
      dunia dan akhirat

      1. btul cikgu..hidup hnya sementara shja..
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Tips Perniagaan Online : Pengurusan StokMy Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    pucuk pangkalnya mengawal
    nafsu dengan akal..kalau tak
    jadi memang parah..sampai
    ke malam la berebut betina :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Kisah Wanita Yang Berani Kerat Putus Alat Sulit LelakiMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      betul
      jangan nanti apa yang disangka untung tu, rupanya adalah rugi

  4. azura says:

    jangan lupa asal usulmu
    dunia hanya sekadar pinjaman
    jika leka hilang penganganmu
    harap kembali ke pangkal jalan

    1. tehramuan says:

      asal sahaja ada kemahuan
      asal sahaja ada keazaman
      pasti jumpa arah tujuan
      pasti bahagia berkekalan

  5. donnyien says:

    sikap manusia akhir zaman
    donnyien baru je tulis kisah Video Maharaja Lawak Mega 2012 Part 3My Profile

    1. tehramuan says:

      sikap yang tak elok ni, patut dibuang saja, bro

  6. shraqs says:

    Sementara masih bernyawa, elok rasanya kalau kita muhasabah diri dan gunakan peluang yg ada sebaik mungkin
    shraqs baru je tulis kisah Download Tote – Genesis Dan Thesis Child Theme Secara PercumaMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, sementara masih bernyawa…

  7. hatiputera says:

    Maksiat berleluasa di mana-mana sahaja. caci mencaci dan fitnah menfitnah secara terbuka tanpa segan silu lagi. Ini ragam manusia pada akhir zaman.
    hatiputera baru je tulis kisah Carta Kedudukan Pasukan Piala Malaysia 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      kita yang tak bersangkutan ni juga yang terasa malu

      1. hafizmd says:

        Bila tiada lagi rasa malu, itu tandanya iman semakin hilang…wanau’zubillah
        hafizmd baru je tulis kisah Oh, Alexa! : 1st Giveaways BudakFelda.ComMy Profile

  8. rezeki. >>> memberi >>>>> menerima. jadi syukur, sedekah, istiqamah dan jaga fardhu kifayah. pasti dibalas.

    1. tehramuan says:

      amin. mudah2an diizinkan allah

  9. Itulah realiti kehidupan sekarang ni. Siang sibuk dengan kerja dan mengejar harta dunia. Malam pulak balik lewat dan berfoya-foya di luar sehingga mengabaikan anak bini di rumah.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Kad Jemputan VIP Pasukan Selangor | Piala Malaysia 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      kes cintakan dunia ni, bro

  10. de engineur says:

    Tak payahlah susah2 nak berebut kannn. Bukannya bleh dibawa ke liang lahad.
    de engineur baru je tulis kisah Sewage-treating bacteria may generate electricityMy Profile

    1. tehramuan says:

      semoleknya bawa amalan baik

    2. hafizmd says:

      Urusan dunia tak kan habis….sama2lah kita berusaha utk kumpul dana akhirat…moga kita tergolong dalam manusia yang untung di sana…..ameen
      hafizmd baru je tulis kisah Oh, Alexa! : 1st Giveaways BudakFelda.ComMy Profile

      1. maza says:

        malam ni elok gi masjid..

        maza kira mahu daftarkan diri sebagai ‘orang masjid’ volleh?

        hehehe…Jom!
        maza baru je tulis kisah A&W lingkup kena jualMy Profile

  11. maza says:

    Hidup mesti diteruskan..
    bahaya mesti dielakkan
    iman mesti diperteguhkan
    adab mesti disopan santunkan..

    hehehe .. pantun lantun-lantun dari maza. ahaks..
    maza baru je tulis kisah A&W lingkup kena jualMy Profile

  12. itulah jadiknya bila nafsu didahulukan…
    keseronokan sementara, bala berpanjangan…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Petua Ubat Cirit Birit | Dugaan Masuk Rumah BaruMy Profile

  13. cik tom says:

    manusia zaman sekarang…hnya pentingkan diri….ikut hawa nafsu…dosa pahala lgsg bt xtau..

  14. padin says:

    tulah kadang2 terleka apa benda yang nak dikejar sebenarnya

  15. Ya Allah! Terima kasih di atas pantun nasihat.
    Boleh buat kita tersedar dari mimpi, betapa banyaknya dosa yang dah dilakukan selama ini.
    Ya Allah! Ampunkanlah segala dosa2 kami selama ini dan tempatkan kami di syurga mu. Amiin..
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Senaman Tabata Ringkas dan Berkesan Membakar KaloriMy Profile

  16. beckhr00y says:

    sikap manusia yang terlalu ikut kemahuan sendiri
    beckhr00y baru je tulis kisah Menang Bid Di Sold.MyMy Profile

  17. Amirez says:

    dulu maksiat secara sembunyi2. sekarang…lagi nak ditayang adalah
    Amirez baru je tulis kisah Bukan Senang Nak Puaskan Hati Orang LainMy Profile

  18. titan says:

    peh..rebut betina plakkk. haha..
    titan baru je tulis kisah Belajar menari Gangnam Style bersama Titan.My Profile

  19. rain says:

    kenang izrail kenang kematian
    kuatkan iman teguhkan keyakinan

    jangan leka jangan lalai
    jangan biar maksiat manja dibelai
    rain baru je tulis kisah kampung : realiti lelaki tua ; fantasi pemudaMy Profile

  20. Bila hidup hanya bertunjangkan nafsu
    Segala pertimbangan menjadi lesu.
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Raikan Bahasa Kebangsaan KitaMy Profile

  21. akubiomed says:

    Masa yang pergi tidak kembali. Jadi rugilah mensia-siakan umut dengan mengejar betina.
    akubiomed baru je tulis kisah Entri pemanas badan blog AkuBiomedMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun