Hilang

Kebelakangan ini berita orang hilang kurang mendapat liputan berbanding cerita parti politik yang hilang pemimpin dan hilang penyokong. Antara sebabnya kerana hilang keyakinan serta hilang kepercayaan, lalu hilang arah dan hilang jati diri dalam perjuangan. Dan pastinya selepas hari pengundian nanti ada pula cerita calon YB yang hilang wang pertaruhan. :D

spr

Pacak bendera di siang hari,
Besok hilang entah ke mana;
Besama kita keluar mengundi,
Jangan dibuang hak milik kita.

Tegak tiang keliling pancang,
Berkibar tetap bendera labuh;
Semangat pejuang takkan hilang,
Patah sayap bertongkat paruh.

Ekor punai panjang sejengkal,
Sayapnya patah oleh berlaga;
Janganlah sampai hilang akal,
Hilang harta dan hilang nyawa.

maziya-vs-kelantanCerita pasal hilang, nampaknya Kelantan The Red Warriors hilang tumpuan dan hilang tenaga untuk mencabar Maziya dalam saingan Piala AFC 2013 apabila kalah 6-1. Harap-harap peminat dan penyokong Kelantan tidak hilang semangat untuk terus memberikan sokongan. Selangor juga masih belum hilang peluang untuk terus mencabar dan layak ke pusingan kedua selepas seri dengan East Benggal 2-2 malam tadi.

Kita boleh sahaja hilang segala apa yang kita ada, yang diberi pinjam kepada kita selama ini asal sahaja kita tidak hilang maruah dan pedoman dalam meneruskan kehidupan!

TehrDemikian kisah 'Hilang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. BeritaKaki says:

    main di kelantan satu game lagi mesti menang punya.. Kelantan boleh
    BeritaKaki baru je tulis kisah AFC CUP : Keputusan Maziya SC vs KelantanMy Profile

    1. hafizmd says:

      last game, mesti menang nanti..tunggulah =)
      hafizmd baru je tulis kisah Live Streaming Piala AFC Kelantan vs Maziya 23 AprilMy Profile

  2. Bro Zulkbo says:

    salam..
    demi maruah dan kesepakatan
    setakat RM30K okey je tu..cuma
    hairan masa nak penama calon
    nape nak bersaing sesama rakan :(
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Wordless Wednesday: What If Polling Results In A Tie – Lambung Syiling ?My Profile

    1. hafizmd says:

      itu yg ambe pelik, padahal sudah lama bermusyawarah ttg calon. ade sesuatu yg tak kena…
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #36 Ini Kalilah…My Profile

      1. suri says:

        alah kan ada pihak ketiga iaitu syaitan hasut hee..mmg kerja dia le tu heee
        suri baru je tulis kisah Aku Nak Mengelak Dari Berjumpa Dengan Kekasih LamaMy Profile

  3. Padin says:

    Aku baru je hilang semua data dlm laptop… Huhuuu
    Padin baru je tulis kisah Takut, Geli dan FobiaMy Profile

    1. hafizmd says:

      aduyai..dapat balik tak ni bro padin?
      hafizmd baru je tulis kisah Nak Kuruskan Badan? 5 Cara Cepat Bakar 300 Kalori!My Profile

      1. Padin says:

        tak dapat la bro,
        banyak juga dokumen kerja dalam tu huhuuu

    2. suri says:

      asal blh ilang padin?

  4. UmmiKami says:

    Salam semanis madu… :)

    Putera kacak pulang istana,
    Ketawa puteri tentulah suka;
    Bendera dipacak hilang ke mana,
    Dibawa lari hantu puaka.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Anakku Sazali Anak Bapak….My Profile

  5. UmmiKami says:

    Sudah gelap kuatnya guruh,
    Tangki ditadah sampai seminggu;
    Patah sayap tongkatnya paruh,
    Kaki yang patah pakai yang palsu. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Anakku Sazali Anak Bapak….My Profile

  6. UmmiKami says:

    Bekal pasta dibawa seraga,
    Peria halus direbus hangus;
    Akal harta dan nyawa berharga,
    Supaya telus mulus dan bagus.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Anakku Sazali Anak Bapak….My Profile

  7. shameel says:

    hilang defosit tu lumrah. Tapi hilang jati diri itu parah. Harap2 sedikit masa lagi takdelh katak2 yg suka melompat mencari zon selesa.
    shameel baru je tulis kisah SEJARAH PILIHAN RAYA UMUM DI MALAYSIAMy Profile

  8. hafizmd says:

    Moga2 kita kekal dalam pedoman dan rahmat Allah.

    Itu yg penting.

    PRU13 pasti paling menarik dalam sejarah =)
    hafizmd baru je tulis kisah Nak Kuruskan Badan? 5 Cara Cepat Bakar 300 Kalori!My Profile

    1. suri says:

      ya mmg menarik kasi pecalah undi kita tgok sapa dpt byk heee
      suri baru je tulis kisah Puisi Indah Buat IsteriMy Profile

    2. UmmiKami says:

      Celah kelapa dituang padi,
      Diusung sekejap di batu berusia;
      Usah lupa membuang undi.
      Tanggungjawab satu Malaysia. :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Anakku Sazali Anak Bapak….My Profile

  9. suri says:

    hilang hati mmg tak blh ckp apa sb sedia lekat dlm badan
    suri baru je tulis kisah Pecah UndiMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Hilang hati sebab Suri dah curi…. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Anakku Sazali Anak Bapak….My Profile

      1. suri says:

        saya pula yang curi hee sy letak di mana ya
        suri baru je tulis kisah 2 Sebab Kita Mesti Menghormati Hak Orang LainMy Profile

  10. suri says:

    mano loh ilangnya blogger tehr tu semenjak dua ni diam2 ubi jer…dia bz ker dia kurang sht? heee
    suri baru je tulis kisah Jangan Gatal-Gatal TanganMy Profile

  11. mancai says:

    risau gak aku dengan perkataan “Hilang” ni…
    mancai baru je tulis kisah Wordless Wednesday: Nasi AmbengMy Profile

  12. onlajer says:

    i say macam mana pulak red warior boleh hilang tumpuan
    onlajer baru je tulis kisah Usaha Mengatasi Duka!My Profile

  13. ohcikgu says:

    camana kelantan leh kalah teruk ni..
    ohcikgu baru je tulis kisah Cik Hazanis – Terima kasih kerana memilih saya..My Profile

    1. suri says:

      sebab salah teknik tak juga tapi dah usaha Tuhan punya kuasa
      suri baru je tulis kisah 2 Sebab Kita Mesti Menghormati Hak Orang LainMy Profile

  14. azura says:

    cite kat tv pun hilang dah yang ada mandat manjang
    azura baru je tulis kisah Belanja TerakruMy Profile

  15. Bahrain says:

    ada naik ada turun…kelantan In Sya ALLAH boleh!
    Bahrain baru je tulis kisah BELI POWERBANK YANG ORIGINALMy Profile

  16. dja@sishaza says:

    …. kata2 ” takkan melayu HILANG di dunia…” mungkin makan diri jika kita yg Melayu ni hilang pertimbangan, hilang pedoman dlm memilih antara kaca dan permata
    dja@sishaza baru je tulis kisah TANDA-TANDA KEMATIANMy Profile

  17. akubiomed says:

    Harap Red Warrior dapat bangkit semula.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Jemput naikMy Profile

  18. kita akan hilang di dunia ini bila habis tempoh..bersedialah selalu.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Wordless Wednessday : Luahan Rasa Seorang AnakMy Profile

  19. zool says:

    pasukan kelantan hilang sorang pemain kena kad merah.. tu yg kena belasah tu
    zool baru je tulis kisah Bila terlebih belanjaMy Profile

  20. Amirez says:

    baru kehilangan berus gigi petang kelmarin. yang peliknya dah pegang dengan tangan tapi alih-alih tengok hilang. musykil betul.
    Amirez baru je tulis kisah Teknik Menangkap Gambar Dalam SangkarMy Profile

  21. maza says:

    Bercakap pasal AFC 2013 ini, maza rasa serba tak ken.. apatah lagi perhatian rakyat lebih tertumpu pada PRU13 ini.. ahaks

    oppss.. maza juga sudah hilang.. hilang mood berblog lah fulaks. uhuk!
    maza baru je tulis kisah Rusuh itu berlaku lagiMy Profile

  22. papa mifz says:

    bukan sahaja Kelantan kene belasah, Barca pun kene belasah juga…huhu
    papa mifz baru je tulis kisah 6 Koleksi FM TerbaruMy Profile

  23. ohcikgu says:

    ramai betul team yang jadi lauk ni..
    ohcikgu baru je tulis kisah (Hari) Gwiyomi / Kiyomi by Gail Sophicha with UkuleleMy Profile

  24. titan says:

    asyik kalah teruk aje sekarang ek..
    titan baru je tulis kisah Kontes Panduan Blogger – HasrulHassan.comMy Profile

  25. Lyn says:

    Bab bola saya tak mau ulas. Bab suasana mengundi…..mcm yg kt bawah ni ;
    Hilang wang pertaruhan tak apa lagi..,lebih bagus dari hilang harga diri.

    1. suri says:

      lyn bola sana sini sush nak masuk gol
      suri baru je tulis kisah 2 Sebab Kita Mesti Menghormati Hak Orang LainMy Profile

  26. Hafizul says:

    Artikel dua dalam satu nih..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 12 Dari JobdirumahMy Profile

  27. fiezaradzi says:

    harap2 kelantan tak hilang arah lepas ni.. hehe.. saper tak nak tgk pasukan sendiri menang kan?
    fiezaradzi baru je tulis kisah Bila Budak Mula Baca DoaMy Profile

    1. suri says:

      ada sebab menang atau kalah janji usaha telah d buat
      suri baru je tulis kisah 2 Sebab Kita Mesti Menghormati Hak Orang LainMy Profile

  28. takai says:

    yes yang paling penting jangan hilang pedoman..tpi aku bru hilang traffic pagi tadi huhuhu
    takai baru je tulis kisah Kematian Paling Pelik Di DuniaMy Profile

  29. suri says:

    shut, sy bukan pengulas bola haaa
    suri baru je tulis kisah 2 Sebab Kita Mesti Menghormati Hak Orang LainMy Profile

  30. suri says:

    yang hilang akan ada pengganti

  31. suri says:

    jangan hilang di mata kalau hilang mudahnya sy rindu heeee
    suri baru je tulis kisah Selamat Hari Buruh 2013, Pekerja Pemangkin Transformasi NegaraMy Profile

  32. Rina says:

    dalam hidup akan selalu banyak kehilangan dari pada mendapatkan. yang terutama adalah keluarga kita, kasihi mereka sebelum mereka hilang satu persatu meninggalkan kita karena panggilan Allah Taala …
    Rina baru je tulis kisah List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 SitesMy Profile

  33. Along says:

    Ne comment sesat ka,hai selamat perkenalan .
    Along baru je tulis kisah Cerita Lawak Antarabangsa Dan NegeriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun