Hilang Dalam Perjuangan

missing in action hilang dalam tugas atau hilang sewaktu bertugas

Apa kahabr semua. Sihat-sihat hendaknya dalam menyelesaikan segala tugas harian sama ada di pejabat, di sekolah mahu pun di rumah. Selagi badan masih bernyawa, selagi itulah kerja… kerja… kerja… perlu diteruskan. Teringat pula aksi si Labu Labi. :D

Pernah kehilangan sesuatu? Saya percaya setiap dari kita pernah mengalaminya. Tak sedikit, banyak. Tidak hilang perkara kecil, pasti pula hilang perkara besar. Dan saya lebih lagi percaya kita sedar apa yang telah kita hilang. Kalau tidak sedar kehilangannya pasti sekali kita tidak akan mengatakan kita telah kehilangannya. Tak gitu?

hilang kemampuan menjadi setia
lemah semangat pemudi pemuda
kurangnya ilmu bekalan di dada
kurangnya hormat kepada si tua

selama bernyawa kehilangan arahmerdeka
siang dan malam nafsu disembah
menantikan jasad ditimbus tanah
tidak mengenal quran dan sunnah

langkah sengaja kehilangan akal
ketagihan arak serta pil khayal
keluarga sendiri sudah tak kenal
di mana rumah di mana bangsal

tiadanya risau kehilangan maruah
bergaul bebas tersungkur di lembah
hilangnya suci kehormatan musnah
anak sendiri dibuangnya ke tanah

kehidupan remaja berani mencuba
semangat merdeka sekali sahaja
pantang takut kehilangan nyawa
merempit berlumba di jalan raya

Tiada siapa yang mahu kehilangan sesuatu dengan sengaja. Seperti apa yang berlaku di negara matahari terbit sekarang. Jepun kehilangan harta benda dan nyawa kerana dilanda bencana gempa bumi dan tsunami. Tapi bagaimana pula kalau ada kes kehilangan yang disengajakan? Hilangan peta dan arah, lalu sesat dalam mencari jalan pulang.

TehrDemikian kisah 'Hilang Dalam Perjuangan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. decrewz says:

    Cemna pulak dengan menghilang.. Menghilang time kje tanpa dikesan… Senang citer dipanggil meng’ular’ la..hu3
    decrewz baru je tulis kisah Tsunami Berita Mingguan Dikritik Di CNN Kerana UltramanMy Profile

    1. tehr says:

      wah, kalu lagu tu dah masuk bab ‘sleeping in action’ tu, bro
      hehe

  2. ghost writer says:

    kehilangan nyawa tiada gantinya…
    ghost writer baru je tulis kisah jangan salahkan 3 stoogesMy Profile

    1. tehr says:

      lebih malang lagi kalau kehilangan nyawa dengan sia2

  3. padin says:

    ahah.. aku simpati dengan apa yang melanda Jepun,
    aku takut kalau hilang ingatan huhuu

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      hilang ingatan juga sukar nak dapat gantinya

  4. zulkbo says:

    salam saudara..
    yang sedihnya ramai remaja
    kita hilang maruah dan perasaan
    malu lagi sekarang..buat perkara
    kurang sopan terang-terangan..
    zulkbo baru je tulis kisah Terkini – Tsunami Di Jepun Alasan Naikkan HargaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali saudara zul
      satu ‘kemalangan’ yang maha besar bagi bangsa kita
      kelakuan yang sangat ditegah oleh islam
      memanglah benar malu itu sebahagian daripada iman

  5. mie says:

    kehilangan sesuatu yang penting..
    memang amat dirasai…
    cubalah untuk menghargainya
    mie baru je tulis kisah Perkahwinan Kak Long Memang MeriahMy Profile

    1. suri says:

      apa yg ada mmg d hargai…tapi klu dah ada yg baru mmg mudah org akan lupakan brg yg lama huuu

      cedih ar.. :(

      1. tehr says:

        apasal bunyi lain macam je ni? :D

    2. tehr says:

      yups
      hargainya sebelum hilang
      dan sebelum siaran tangisan tak berlagu

  6. Mus says:

    peralatan GPS juga kena diupdate..
    mungkin sebulan akan datang dah berubah hala jalan tu..
    Mus baru je tulis kisah Cara Mudah Nak Menang Apple iPad 2My Profile

    1. tehr says:

      ya kena updatekan juga
      tak pasal2 nanti bertembung kat jalan sehala :D

  7. suri says:

    takat ni cuma nak ingat aoa yg di belajar dahulu..hara ia tdk akan menghilang lagi..

    1. tehr says:

      insya allah
      kena selalu hafal dan amalkan

  8. kakyong says:

    kerap jadi hilang ingatan.. hehe.. dok di dapur, buka freeze, buleh lupa nak amik apa.. termangu depan freezer.. tutup balik & sambung koje lain & cuba2 recall, apa brg nak amik dr petiais.. hehehhe..
    kakyong baru je tulis kisah 2nd batch – Peserta aksi si cilik berbasikalMy Profile

    1. tehr says:

      biasa tu, kak yong
      tertinggal kunci kereta atas meja
      memang dah pasti tak dapat start
      haha

  9. toyol says:

    pernah ilang jati diri..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      kes berat juga tu, tk
      tapi, dah jumpa semula kan?

  10. kulanz says:

    kalau hilang dari kerja sebab ada alasan yang kukuh tak kisah juga.. tapi hilang secara sengaja tu yang patut dielak.. terutama yang melibatkan hilang maruah
    kulanz baru je tulis kisah Bila Tsunami Jadi Bahan GurauanMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      memang tak boleh buat hal sendiri je
      kepentingan orang lain juga nak kena jaga
      kerana semuanya berbaik kepada kita juga nanti

  11. Saya pernah kehilangan seseorang, dia tidak mungkin akan kembali tapi penganti harus dicari untuk meneruskan kehidupan.
    Cewaaaaah…., Syok plak bermadah dengan tehr ni… ;)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Current news and eventsMy Profile

    1. tehr says:

      yang pergi tidak akan kembali
      kenangan indah masih bersemi
      kupohonkan doa seikhlas hati
      mengiringi jasad dibawa pergi

  12. Cik Siti says:

    Andai hilang semangat bertatih boleh kita pulihkan
    Andai hilang keimanan maka ingin berpatah kembali alangkah payah
    Cik Siti baru je tulis kisah Cerita Bersiri Masa Kecik-KecikMy Profile

    1. tehr says:

      minta2 kita sentiasa dikekalkan di jalan yang lurus
      amin

  13. Norgadis says:

    Jangan sampai hilang kepercayaan terhadap agama sendiri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun