Hijau Kepala Itik

Ha Ha Ha korang jangan gelak. Biar aku je gelak sorang-sorang. Dua hari aku cari kod warna nak nak sesuaikan dengan warna yang ada dekat kepala itik. Korang kan tahu, aku ni kalau dah godek-godek kod, memang leka sampai nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan pun tak sempat lagi. :D

kepala itik hijau

Itik Ini Yang Membantu Aku

Kod warna yang aku guna ialah #03411C untuk latar belakang dan header menu sementara #009134 untuk link. Walau pun masih belum bagus tapi cukup untuk aku berpuas hati setakat ni. Barulah senang nak menulis pantun mengenai itik malam ni.

Tengah hari di panas terik,
Sedap diminum air kelapa;
Bertukar hijau kepala itik,
Harap-harap korang suka.

Berkejar berlari adik-beradik,
Main sama berpusing-pusing;
Jamuan tengah hari gulai itik,
Simpang Tiga Kampung Geting.

Waktu petang bersiar-siar,
Molek juga membeli cucur;
Sawah bendang usah dibiar,
Eloklah dipelihara itik telur.

Tiga rangkap pantun mengenai itik yang sempat aku tulis. Satu lagi yang aku cuba buat dalam sehari dua ni ialah mengenai header blog. Kerana hijau kepala itik jugalah menjadikan air dalam cawan teh juga bertukar menjadi hijau. :D Theme PrimePress yang aku gunakan sekarang menyediakan rotating header image, jadi aku letakkan satu header image berkaitan penjaring terbanyak di EURO 2012 yang sedang hangat sekarang ni.

Harap-harap korang tak sakit kepala dengan warna hijau kepala itik untuk blog Tehramuan.Com kali ini. Tak dapat la aku nak jamin warna hijau kepala itik ni akan kekal lama atau tidak.

TehrDemikian kisah 'Hijau Kepala Itik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


51 Comments

  1. daddydee says:

    Memang menarik warna tu. Aku suka.

    Sempat lagi berpantun. Hahaha..
    daddydee baru je tulis kisah Euro 2012 : Hadiah Terbaik Untuk Suami Kaki BolaMy Profile

    1. tehramuan says:

      terima kasih
      jom berpantun, bro

  2. Cikgu Hairul says:

    Teh telah bertukar menjadi teh daun misai kucing yang tak dijemur..
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Kekurangan Guru Sukar Diatasi, Cikgu Juga yang salahMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      kata orang, teh misai kucing banyak khasiat

      1. hafizmd says:

        Misai org yg tanam pokok misai kucingpun ada byk gunanya =)
        hafizmd baru je tulis kisah Pisang dan TimunMy Profile

  3. kimmie says:

    wah..begitu hijau sekali, tapi cantik hijau ni, pada saya tak sakit mata pun.
    kimmie baru je tulis kisah Wordless Wednesday 29: Rezeki BlogMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la
      harap2 tak sakit mata

  4. akubiomed says:

    Warna hijau ada makna nih. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # Uncle Gedek ProtegeMy Profile

    1. tehramuan says:

      makna di sebalik hijau?
      entah la, bro

  5. Bro Zulkbo says:

    salam..
    saya baru tahu kepala itik
    warna hijau Cikgu..he he..
    apa pun saya suka warna nih
    pandangan orang lain saya tak
    pasti
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Alat Bantuan Mengajar (ABM) : Wordless WednesdayMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      memang ada itik yang kepala warna hiju ni
      biasanya itik jantan :D

  6. ohcikgu says:

    itik pun.itiklahh. haha..
    ohcikgu baru je tulis kisah 99 nama Allah – Maher ZainMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      sesekali sedap juga makan gulai itik
      hehe

  7. Bro Zulkbo says:

    tak kan teh salam cawan
    pun jadi hijau cikgu..?
    dah macam teh jepun nih
    huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Hari Bapa Ku Yang Penuh KejutanMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      orang kata ‘go green’ :D

  8. mak lagenda says:

    hijau kepala itik ni lain dr blog yg lain..ada tone kaler plak tu. Cun jugak tehr.
    mak lagenda baru je tulis kisah ‘KASUT SUKAN BARU’ CIK DEBABMy Profile

    1. tehramuan says:

      kepala itik hijau ni memang menawan, mak
      itik betina akan terpikat :D

  9. Floyd says:

    Cantik itik hijau tu. Bro edit ke imej tu?

    Lagi satu, air teh dah tukar warna dah, mungkin spirulina kot?
    Floyd baru je tulis kisah EPF withdrawal at age 60: are you in favour?My Profile

    1. tehramuan says:

      warna imej tu memang asal begitu, bro

  10. maza says:

    ERR.. tu bukan ke itik serati ek?

    hehehehe
    maza baru je tulis kisah Worldless Wednessday: Kasih sayang itu umpama tumpang menumpangMy Profile

    1. tehramuan says:

      hampir sama
      ada juga itik serati yang warna macam ni

  11. suri says:

    sy sukar hijau tappi akan marh bila org kata sapa suka hijau dia kuat CEMBURU? ye ker hee sy suka biru jugalah
    suri baru je tulis kisah Berapa Budget YouMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya ke kuat cemburu, suri?
      tak pernah tahu pulak

      mungkin hanya sekadar kata2 je tu

  12. nurmisnan says:

    hoho.. ku lihat hijau..
    nice…
    nurmisnan baru je tulis kisah Serai merawat demam kuning dan mengurangkan kolestrolMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      bagus lagu hijau nyanyian zainal
      saya suka

  13. yas says:

    mesti dh buhsan ngan kaler sblm ni kan…hehehe
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Badang?My Profile

    1. tehramuan says:

      buhsan dan nak hilangkan gatal tangan :D

  14. kalo buat grafik nie.. pilih warna yg paling leceh..
    dah pilih2.. letak kat web.. nampak lain plak.. kena tukar lagi… :D
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Cara Membuat Sagun | Boleh Buat Bisnes Sampingan TawMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, bro
      memang ambil masa nak dapatkan apa yang kita berkenan

  15. onlajer says:

    hijau disana sini
    onlajer baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Si Tong GengMy Profile

    1. tehramuan says:

      go green :D

  16. Nazri says:

    Kepala hijau, paruh kuning .. fanatik betul itik ni dekat pasukan kedah walaupun ketika Euro sedang berlansung
    Nazri baru je tulis kisah Claim Elaun Hospital Akibat PneumoniaMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      kedah sedikit kurang mengancam musim ni
      harap2 dapat bangkit musim depan nanti

  17. azura says:

    kalau pulang ke negeri patik
    ada sekumpulan burung merah
    walaupun hijau kepala itik
    moga ia membawa tuah
    azura baru je tulis kisah Memori Melaka BersejarahMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada burung paruh merah
      sedang leka makan padi
      moga ia membawa tuah
      moga Dia memberi rezeki

  18. tgh salin kulit rupanya..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Google Snippets : Ubahsuai Tema Genesis 1.71My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      sedang alami penyakit gatal tangan :D

  19. titan says:

    mengapa mesti hijau? tidak merah atau kuning?
    titan baru je tulis kisah Mencintai Ain Maisarah – Part 7My Profile

    1. tehramuan says:

      sahut kempen ‘go green’ ni titan

  20. cik tom says:

    comel jugak warna hijau kepala itik ni…hee
    cik tom baru je tulis kisah Blog Gambar Untuk MewarnaMy Profile

    1. tehramuan says:

      lagi best kalau dapat makan gulai itik serati :D

  21. amirulfaiz says:

    Ada musim menggodek themes ke sekarang ni. 2, 3 blog saya jumpa bergodek-godek dengan themes masing-masing.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Naufal dah mula nak bercelotehMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      wabak gatal tangan sekarang
      tapi tiada kaitan dengan jerebu :D

    1. tehramuan says:

      TQ

  22. Mus says:

    terkejut saya dengan warna hijau ni.. menarik.. mcm Hulk!!
    Mus baru je tulis kisah Promosi Sempena Perlantikan CEO Baru AirAsiaMy Profile

  23. eiela says:

    ok jugak warna hijau nih, kemas jugak.
    eiela baru je tulis kisah Pengalaman Merentas DesaMy Profile

  24. chii says:

    Hijau gak. Mcm chii,hehe. Suka2, kaler tu cntik d mata chii juga

    ntah bila la headr blog chii nk siap. Adeh
    chii baru je tulis kisah Mari bergotong royong di hujung mingguMy Profile

  25. haha! sini rupanya punca hijau itik

    dah lama rasanya tinggalkan blog, tak jenguk sini, idea pantun pun berkubur

  26. Hujan pagi rintik-rintik
    tergendala sudah rombongan pinangan
    Warna Hijau kepala itik
    segar mata segar pandangan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy paintless dent removal
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Paintless Dent Removal (PDR)My Profile

  27. anjangman says:

    Aku suka tengok, sedap mata memandang. Kira blog kau ni mesra alam..gud job..
    anjangman baru je tulis kisah Wordless Wednesday – PanggangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun