Hidup Kita

mengapa tak ikut resmi padi
semakin tunduk semakin berisi
kuning berkilau menampak seri
tapi pohonnya tidaklah tinggi

mengapa tak turut resmi ubi
semakin berisi diam menyepi
sekali tanah dicangkul gali
tiada bangga menunjuk budi

tengok lilin membakar diri
gelap kelam cuba disinari
tiada untung hendak dicari
hanya cahaya mahu diberi

bukan cerita lalang menari
keras kejung menegak tinggi
mengikut angin ke mana pergi
tiada pendirian dalam pekerti

bukan kaedah ayam berperi
riuh sekampung hanya sebiji
sukar hidup mencari rezeki
berkais petang berkais pagi

atau sepandai tupai melompat
di atas dahan menunjuk bakat
berlagak mudah tidak beringat
akhirnya tanah tempat mendarat

Sekadar beberapa rangkap puisi dalam mencari erti hidup di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga dapat menjadi ingatan berterusan kepada diri sendiri mengapa blog ini masih diteruskan. Eh, apasal macam mood sedih pulak ni? Ha ha ha.

TehrDemikian kisah 'Hidup Kita' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun