Hidup Berumah Tangga Banyak Cabaran

Hidup berumah tangga banyak cabaran, tak ada siapa dapat nafikan. Siapa yang dah kahwin atau pernah kahwin, pasti tahu apa jenis cabaran yang dihadapi.

Bagaimana tingginya gelombang air pasang. Bagaimana keringnya dasar air surut. Bagaimana kuatnya pukulan ribut taufan. Semuanya pasti akan dirasa.

Rasa yang sememangnya tak sama dan tak akan jadi sama ketika masih dalam bercinta dulu-dulu. Tak boleh kita nak banding-bandingkan antara keduanya.

Sebab?

Sebab suasana dah jadi lain. Tugas dan tanggungjawab dah berubah. Umur juga berubah.

Perubahan dan cabaran yang kadang kala berjaya mengubah nilai cinta dan kasih sayang dalam rumah tangga.

Benarkah hidup berumah tangga banyak cabaran?

masa bercinta
hujan ribut diajaknya berjumpa
bila dah kahwin
serumah pun tidak bersua muka

masa bercinta
tengah hari buta panas tak rasa
bila dah kahwin
siang atau malam rimas sahaja

masa bercinta
lembut sungguh tutur dan kata
bila dah kahwin
tak boleh silap meninggi suara

masa bercinta
hantar sms panjang berjela-jela
bila dah kahwin
nombor telefon pun boleh terlupa

masa bercinta
setiap hari suka menghias rupa
bila dah kahwin
sikat rambut pun cari tak jumpa

masa bercinta
selalu sahaja bertentang mata
bila dah kahwin
selisih bahu masih tak terasa

masa bercinta
tak mahu mewah tak pandang harta
bila dah kahwin
bermacam-macam pula yang diminta

masa bercinta
tak pakai bedak wangi sahaja
bila dah kahwin
pakai pewangi pun sakit kepala

Mungkinkah cinta hilang dalam kesibukan urusan kerja?

Si suami kerja siang, keluar pagi pulang petang. Si isteri pula kerja malam, keluar petang pulangnya pagi.

Atau cinta memang masih ada, cuma caranya sahaja telah berubah mengikut arus zaman? Ikut kemajuan teknologi?

Terang rembulan di hujung atap,
Berkelip bintang seluruh malam;
Berkirim rindu dengan WhatsApp,
Berbalas senyum dengan Telegram.

Hidup Berumah Tangga Banyak Cabaran

“Awak, kenapa hanya ada satu bulan?”

“Bulan umpama hati. Hanya satu sahaja.”

“Kenapa bintang ada banyak?”

“Bintang tu umpama kasih sayang. Ada banyak dan sentiasa ada di mana-mana sahaja.”

“Tapi, awak.”

“?”

“Malam ni tak ada bulan. Nampak bintang je…”

“Tak apa. Tak jadi hal. Walau tak nampak bulan, tak nampak hati, tapi kasih sayang sentiasa ada di mana-mana.”

***

Hidup Berumah Tangga Banyak Cabaran. Sentiasa ada banyak ujian untuk dihadapi dan tak pula pandai habis sampai bila-bila.

TehrDemikian kisah 'Hidup Berumah Tangga Banyak Cabaran' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. Hero Borneo says:

    dugaan dalam mempertahankan rumah tangga juga hebat..
    Hero Borneo baru je tulis kisah Beza e-buku.info Dengan e-sentral.comMy Profile

  2. Dr Fattah says:

    kita boleh bersabar, namun orang lain belum tentu boleh sabar dengan kita.
    Dr Fattah baru je tulis kisah Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  3. Nadri Mohd says:

    Walaupun dah kahwin lebih 15 tahun, kekadang rasa putus asa juga dengan cabaran dlm rumah tangga..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hidup berumahtangga..
    Nadri Mohd baru je tulis kisah Rahsia Mudah Menang Sebut Harga Dan Kontrak KerajaanMy Profile

  4. Cik Siti says:

    Bunga kemuning hendak dijaga,
    Sayang layu rebah di tanah,
    Keharmonian rumah tanggan wajib dijaga,
    Semoga utuhnya cinta hingga ke jannah.
    Cik Siti baru je tulis kisah Kelayakan VS PengalamanMy Profile

  5. titan says:

    ini kalau gi mengorat..kompom dapat.
    titan baru je tulis kisah 18 cara simpan duit untuk simpan duit nak kahwin.My Profile

    1. Sobri Mansor says:

      hahaha… sure lentok dibuatnya…
      Sobri Mansor baru je tulis kisah 12 tahun berhenti merokokMy Profile

  6. Betul tu..saya ni baru ja nak masuk 5tahun alam perkahwinan..ini fasa baru nak kenal perangai masing2 kot walaupun dah ada anak..fasa tu sentiasa berjalan setiap hari..sebelum dan selepas kawen memang ada perubahan :-)
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Bawang Putih Penyembuh Semulajadi JerawatMy Profile

  7. Hafizul says:

    Bila dah lalui alam rumahtangga, macam seronok aje kan kenangkan kembali sejarah percintaan dulu..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Jadilah Manusia Yang SeriusMy Profile

  8. masa bercinta
    belanja telefon beribu-ribu
    bila dah kahwin
    Nak sms sekali pun tak mampu

    He he .. Bukan kawe ehhh :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Panduan Perniagaan Cupcake Buat Usahawan Alaf BaruMy Profile

  9. kakyon says:

    hidup berumahtangga memang penuh cabarannya..bukan saja semasa muda, dah tua lagi banyak dugaannya..bersabar sajalah..
    kakyon baru je tulis kisah Apa khabarMy Profile

  10. aya bro tu memang boleh buat awek cair..hahaha
    blogger lelaki baru je tulis kisah Malaysia Best Blog 2015My Profile

  11. akubiomed says:

    Asam garam kehidupan berumah tangga. Sedangkan lidah tergigit.
    akubiomed baru je tulis kisah Apakah impian yang ingin ditunaikan untuk anak?My Profile

  12. Sedangkan lidah lagi tergigit.. Begitulah asam garam rumah tangga. Pesanan agama dijadikan panduan, Insya-Allah mawaddah berkekalan.
    Inspirasi Huda baru je tulis kisah Tonton Video Promosi Shaklee Februari 2015 di YoutubeMy Profile

  13. Aretikz says:

    Kalau tiada cabaran.. something wrong tu,.. hehe
    Aretikz baru je tulis kisah Perlukah Baca Doa Bahasa Arab?My Profile

  14. adarain says:

    Kapel dan kahwin lain situasinya. Banyak dugaan lagi nak memantapkan lagi kehidupan dalam rumah tangga
    adarain baru je tulis kisah Hj Hasbullah Awang dan Tok Guru Hj Nik Aziz Nik Mat Dalam KenanganMy Profile

  15. Lyn™ says:

    Masa bercinta cute
    Bila dah kawin comot

    Masa bercinta lautan api sanggup direnangi
    Bila dah kawin menyeberang parit pun dah tak lepas lagi

    Waduh.., mau kena sambar geledek itu orang.
    Lyn™ baru je tulis kisah Dari kejauhanMy Profile

  16. kena banyakkan bersabar dalam rumahtangga
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Belasungkawa Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik MatMy Profile

  17. zik says:

    setuju…apepun mestilah sama2 bertoleransi..
    zik baru je tulis kisah Sajak buat tok guru nik aziz nik matMy Profile

  18. Anuar says:

    Saling bersabar dan bertolak ansur merupakan kunci kebahagian rumahtangga… Suami dan isteri saling melengkapi kekurangan yang wujud diantara satu sama lain..
    Anuar baru je tulis kisah Harga Emas Naik menjelang Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015?My Profile

  19. dja@sishaza says:

    Haha …setuju dengan En Titan dan blogger Sobri Mansor. Memang cair habis hihih. Apapun, macam kata orang putih … peoples change
    dja@sishaza baru je tulis kisah Kaedah Mengadun Bahan KekMy Profile

  20. memang lah hidup berumah tangga musti menghadapi banyak dugaan dan cabaran kena bersabar menghadapi
    islam di dadaku baru je tulis kisah Kakek Ini Merangkak selama 60 tahun ke Mesjid Shalat Berjamaah Karena Cacat (Masihkan Anda malas Berjamaah di MEsjid?)My Profile

  21. suri says:

    suka melaram tapi mesti berpada-pada heee
    suri baru je tulis kisah Duit Kopak Sanggup Jahit Jubah, Jahit Baju Kurung Moden SendiriMy Profile

  22. suri says:

    beza kawin dan hidup bujang sungguh tak sama kehidupannyakan…
    suri baru je tulis kisah 5 Panduan Elak Letih Ketika HamilMy Profile

  23. Walau apa pun terjadi, kena banyak berbincang. Jangan buat keputusan sendiri.
    Adam – Penapis Air Coway baru je tulis kisah 3 Sebab Penapis Air Coway Villaem dan Petit Wajib di Setiap RumahMy Profile

  24. emalinmohd says:

    Suka sangat entry ni. Sweet…
    Hidup berumahtangga semestinya perlu tolak ansur sentiasa
    emalinmohd baru je tulis kisah Bahaya Menjadi Ahli Shaklee!My Profile

  25. Ani Haryani says:

    Baca gelak sendiri sebab tengok persekitaran

    pandang kanan camni

    pandang kiri begitu hehe

    asam garam kehidupan perlukan kepelbagaian :)
    Ani Haryani baru je tulis kisah Berat Tanggung Jawab Seorang LelakiMy Profile

  26. hannan rifqi says:

    memang banyak lagi kena belajar bab rumah tangga ni.

    tu tak campur lagi cara nak baiki tangga. Hehe..
    hannan rifqi baru je tulis kisah Pendaftaran Peperiksaan MUET Sesi Julai 2015My Profile

  27. Panduan Exam says:

    Hanya mereka yang dah ada pengalaman mampu berkata dan merasa macam ni…
    Panduan Exam baru je tulis kisah 5 Tips Berkesan Lulus Temuduga KerjaMy Profile

  28. kena banyak sabar dan bertolak ansur supaya rumahtangga bahagia
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Cara Hadapi Musim Panas Melampau di MalaysiaMy Profile

  29. Sobri Mansor says:

    hidup berumahtangga banyak cobaannya. lain orang lain dugaannya.
    Sobri Mansor baru je tulis kisah 12 tahun berhenti merokokMy Profile

  30. Hidup berumah tangga mmmg banyak cabaran dan dugaan. Cabarannya melaut dan dugaannya melangit. Cabaran dan dugaan yg perlu diredah tabah..

    Bersatu sebagai suami dan isteri, serta berpadu dalam ikatan perkahwinan umpama membina sebuah kerajaan. Kerajaan yg amat kecil dari segi saiz dan wilayah kekuasaan tapi amat luas dan besar dari segi tanggungjawab. Kerajaan tersebut ialah RUMAHTANGGA.
    shameel iskandar baru je tulis kisah AWAS, BAHAYA PIL CHI KIT TECK AUNMy Profile

  31. kedaibaru says:

    kesabaran dan kebijaksanaan sangat penting dalam berumah tangga
    kedaibaru baru je tulis kisah Jom Aktifkan MykadMy Profile

  32. Hidup rumahtangga perlukan kesabaran. Sama-sama menghayati erti tanggungjawab dan pengorbanan.
    Hargai insan tersayang sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
    Mek ila Jual Vitamin baru je tulis kisah Exora Memang Mudah Terbakar, Fakta atau Auta?My Profile

  33. sensasi2020 says:

    Malam purnama diterangi bulan,
    Bintang berkelipan cahaya bergema,
    Hidup bersama banyak cabaran,
    Saling memahami perlu diutama.

    Saat bercinta semuanya indah,
    Bila berumahtangga lain ceritanya,
    Masalah selesai tak sudah,
    Asyik menimpa tanpa sebabnya.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Virus Denggi Terbaru Semakin BahayaMy Profile

  34. suri says:

    biarlah seorang keras kepala seorang lembut ok gak.kalau dua2 keras payah loh heee..mesti ada sorang baik sorang nakal gitu heee..
    suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 7/2015_Nike Running TightsMy Profile

  35. suri says:

    sabar dan doa pada Allah selalu.orang bercinta ada gaduh apa lagi yang dah kawin heee..normal tapi bijak kawal budi bicara masing2 hu..
    suri baru je tulis kisah Duit Kopak Sanggup Jahit Jubah, Jahit Baju Kurung Moden SendiriMy Profile

  36. tak berumah tangga pun akan ada cabaran hidup memang akan selalu diuji untuk dilihat siapa yang bersyukur kepada Nya
    islam di dadaku baru je tulis kisah Meneladani Sahabat NabiMy Profile

  37. Rossaimi says:

    Kesabaran, toleransi, kejujuran dan saling mempercayai merupakan perkara yang penting dalam hidup berumah tangga.
    Rossaimi baru je tulis kisah Jom Aktifkan MykadMy Profile

  38. Suriya says:

    Kagum dengan ayat berbunga en Teh. Tulah patut lepas kahwinlah yang kena romantic. Tapi hakikatnya ramai yang take for granted. Pada saya sabar & tolak ansur tu no 1
    Suriya baru je tulis kisah Sakit Sendi Jari Sampai Pinggan Terlepas & Pecah, Apa Nak Buat?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun