Hiburan Percuma

Ada berbagai cara manusia berhibur dan mencari hiburan percuma. Ada yang terhibur bila nampak orang jatuh longkang, melihat orang menangis, jumpa orang lapar, bila dapat anyam ketupat, dapat pelihara kura-kura dalam perahu atau dapat buat istana pasir dalam periuk nasi orang. Ada yang seronok dan terhibur bila dapat pijak ekor kucing. :D

Berbau hamis daging apa,
Daging kambing masak kari;
Orang menangis kita ketawa,
Sambil menjeling angkat kaki.

Apabila Google menjelajahi (crawl) dan mengindeks entri blog, macam-macam perkara boleh kita tengok berlaku dengan blog kita. Pelawat datang dari berbagai arah dan berbagai sebab. Macam-macam perkara yang mereka cari dan mereka ingin tahu. Dan aku seperti biasa dapat hiburan percuma dari aktiviti mereka. Tak salah, kan?

landing page

Cuba tengok landing page blog Tehramuan.Com yang aku ambil dari Google Analytics minggu lepas. Nampak seperti ramai peminat baju kotak menaiki bas datang ke program sambutan Hari Malaysia dan Hari Merdeka selepas makan sayur keladi. :D

Burung tempua burung tekukur,
Anak katak belajar berenang;
Bermacam cara boleh berhibur,
Asal tidak menyusahkan orang.

Ilmu SEO (Search Engine Optimization) aku bukanlah banyak mana, keywords yang aku guna pula sesedap rasa aku dengan menggunakan teknik hentam dan bedal. Pertandingan SEO juga selalu kalah teruk. Tapi aku sangat berterima kasih kepada Pakcik Google kerana tak ambil masa lama untuk jelajahi dan senaraikan entri Tehramuan.Com dalam enjin carian. Ini juga hiburan percuma aku dalam dunia blog.

https://www.google.com/webmasters/tools/submit-url/

Jadi, beritahulah Pakcik Google untuk menjelajahi dan menyenaraikan entri blog kita dalam enjin carian. Pasti anda akan lebih terhibur nanti. Tak perlu buang masa cari orang jatuh longkang atau amalkan cara hidup pengkid untuk mendapatkan hiburan percuma dalam hidup. :D

TehrDemikian kisah 'Hiburan Percuma' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


52 Comments

  1. nie kira berhibur bersama pakcik google yeee… :D

    samalah saya bro.. guna teknik seo hentam saje lah.. he.he.he..
    kalo dulu saya blast artikel saya ke mailing list saya.. terus page 1 google.. tapi sekarang bila blast kat mailing list… terus hilang terus dari google.. hu.hu..hu
    Hairul Hissam baru je tulis kisah TM Streamyx Package | 7 Sebab Saya Bertukar Ke TM StreamyxMy Profile

    1. tehramuan says:

      sekadar hiburan mudah untuk diri sendiri :D

  2. akubiomed says:

    Keyword bro Tehr memang kena pada masanya. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # Sumber inspirasiMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak juga, bro
      mungkin sesekali je kena

  3. azwan says:

    nak berhibur setiap masa pun boleh. tapi dalam berhibur tu jangan lupa diri je
    azwan baru je tulis kisah Selepas 23 Tahun, Akhirnya MenangMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, jangan lupa diri dan jangan lupa ada orang lain juga di kanan kiri

  4. zool says:

    pasti terhibur kalau ramai yang singgah.
    zool baru je tulis kisah Presiden Persatuan Bolasepak Perlis hutang alongMy Profile

    1. tehramuan says:

      tapi, sebenarnya tak la ramai mana pun :D

  5. berhibur bersama pantun lagi la best dari berhibur sesama kaum… kan?

    ade maksud lain ke? teeet!

    1. tehramuan says:

      tak ada :D

  6. Hafizul says:

    EMM ENTRI AKU LAMBAT JER GOOGLE NAK INDEXK..KADANG2 TENSION JUGAK…DULU MASA AWAL BUAT BLOG, OK JER INDEX…HEHE..SEKARANG TAK LAGI..
    Hafizul baru je tulis kisah Antara Mak Cik Monopos & Anak DaraMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada yang tak kena tu, bro
      cuba periksa balik kat mana2

      1. Hafizul says:

        emm sy tak pandai la bro nak periksa..mungkin ada masa free nak cuba jugak tanya pakar2 blogger.hehe
        Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #29 – Terima Kasih Di Atas Kesetiaan Selama IniMy Profile

  7. padin says:

    yup… mmg seronok jugak tgk analisis tu..
    hehee banyak juga lekat “pantun orang marah”
    tak paham ape yg org cari sebenarnya ekekee

    1. tehramuan says:

      memang dia tengah marah tu
      tapi nak luahkan dalam bentuk pantun

  8. Naziman says:

    hahaah. Itu lah orang kata, saya sendiri pun kadang-kadang dapat hiburan percuma tengok keyword yang orang cari-cari tak sangka2. haha.
    Naziman baru je tulis kisah Blog Popular mesti ada kumpulan – Tip BloggingMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, kita juga dapat tahu apa yang kita tak tahu
      hehe

  9. ghost writer says:

    budak2 pengkid dah jawab. dia buat sesama dorang risiko mengandung takde.. so, berhibur puas2 pun takde kes buang bayi di kalangan dorang.
    ghost writer baru je tulis kisah inlah manterakuMy Profile

    1. tehramuan says:

      mereka ni asal boleh jawab je
      betul ke salah ke
      letak tepi

  10. bardboo says:

    kadang2 memang boleh tergelak bila tengok keyword yang buatkan orang sampai ke blog kita..
    bardboo baru je tulis kisah Dah Guna Thesis 1.8.5My Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal
      hiburan percuma la tu :D

  11. Rasanya pakcik Google pon terhibur juga bila crawl blog nie… sobab kawe pun LIKE!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah KK Is Invaded!My Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      thanks, bro

  12. shraqs says:

    Ini kategori hiburan tahap tinggi dah ni. :)
    shraqs baru je tulis kisah Dengki Yang PositifMy Profile

    1. tehramuan says:

      tinggi sampai ke awan :D

  13. sud@is says:

    hiburan free dan tak payah beli…
    seronok suka happy2 ceria…
    sud@is baru je tulis kisah Anika Roti CanaiMy Profile

    1. tehramuan says:

      sekadar hiburan untuk diri sendiri je, sudais

  14. shameel says:

    saya yakin google terhibur dgn blog tehr. ajar sikit mcm mana nak buat google terhibur dgn blog kita.
    shameel baru je tulis kisah LOMBOK: NERAKA YANG DISANGKA SYURGA OLEH WANITA MALAYSIAMy Profile

    1. tehramuan says:

      sebenarnya aku sendiri tak banyak ilmu dalam bab ni
      nak ajar pun tak tahu nak mula dari mana

  15. hatiputera says:

    sekarang nie aku jugak semakin terhibur dengan gelagat pakcik google.
    hatiputera baru je tulis kisah Blog PopularMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya. sama2 kita dapatkan, bro :D

  16. Mak lagenda says:

    Untunglaaaaaaaaaaa bila google dtg mengcrawl n3 n3 yg ada kat sini

    :)
    Mak lagenda baru je tulis kisah STANDARD – LOWERED – STANDARD KEMBALIMy Profile

    1. tehramuan says:

      untung tu, memang untung, mak
      tapi yang ruginya masih berlambak lagi
      huhu

  17. Cikgu Hairul says:

    Baca entri ni pun rasa terhibur.. hehehehe
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Dah diberi amaran, masih juga degil, kan dah kenaMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya la, cikgu
      buat apa yang kita suka je :D

  18. teknik hentam dan bedal? Ni macam buaya SEO ni…. :D
    Ini kira ok lagi ni.., cuba kalau yg dtg tu dgn keyword yg tidak kita sangkakan.
    Malaysia Coin baru je tulis kisah Duit syiling peringatan 50 tahun TUDMMy Profile

    1. tehramuan says:

      buaya seo?
      memang pun!!
      haha haha

  19. Ya, memang betul kalau tengok google crawl blog memang terhibur. Tak boleh tahan, sangat terhibur ;)
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Biarkan Kanak-kanak Bergaduh?My Profile

    1. tehramuan says:

      macam2 ada, kan? :D

  20. donnyien says:

    selalu terhibur bila berkunjung ke blog Tehr, bagi aku blog bro memang unik

    1. tehramuan says:

      terima kasih, don
      aku ni memang tulis suka hati aku je
      macam aku kata tu, asal saja tak kecilkan hati sesiapa

  21. Amirez says:

    jarang orang ada hiburan macam ni. kira tahap tinggi dah ni :)
    Amirez baru je tulis kisah Bagaimana Amirez Mendapat Nama?My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      tinggi setakat bumbung rumah je

  22. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kepuasan berblog bila
    ada yang singgah di
    blog kita :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Alexa Ni Bukannya Betul Sangat?My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali

      dan lebih terhibur bila ada yang baca, kongsi pendapat
      harap2 ada yang dapat faedah darinya
      bukan dapat bala

  23. Juan says:

    best juga nih, saya sendiri pon dah lama x tgk landing page ni kat google
    Juan baru je tulis kisah Amanah Saham Bumiputera (ASB)My Profile

    1. tehramuan says:

      ada masanya kita banyak kerja
      memang tak sempat la nak tengok, juan

  24. kakyon says:

    akk pun dapat hiburan percuma baca entry tehr. tak salah kan?hehe
    ilmu seo akk pun kelaut..kebukit..keparit..entry main bedal..janji hati terhiburkan..:)
    kakyon baru je tulis kisah menyambut kelahiran baby..My Profile

    1. tehramuan says:

      yups, janji hati sendiri terhibur
      satu bonus bila orang yang singgah baca juga turut terhibur

  25. yas says:

    Hehehe…stylo pantun tehr kali nih…yup setuju…memang wajib kita summit link ke pak cik google tuk suruh dia buat kejer sikit kt blog kita…
    yas baru je tulis kisah Daftar Bantuan Rakyat BR1M 2.0My Profile

  26. 10k impression?..byk gak tu cikgu..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Buah Longan BrazilMy Profile

  27. azura says:

    baju kotak-kotak
    azura baru je tulis kisah Dimana Legoland MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun