Hendak Seribu Daya

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ungkapan ni aku dah dengar sejak kecil. Sejak belum masuk sekolah lagi. Sampai sekarang nampaknya ungkapan keramat ni masih sesuai. Masih boleh diguna pakai.

Apabila berkehendakkan sesuatu. Mahukan sesuatu. Berhajatkan sesuatu… Macam-macam perkara orang sanggup buat. Sanggup lakukan. Memang boleh nampak mereka sanggup bersingsing lengan dan lipat kaki seluar. Kata orang Kelantan, ‘cawat kote’.

Hahaha…

Korang pernah tengok orang panjat kelapa ‘cawat kote’ dengan kain pelikat? :D

Panjat kelapa berkain pelikat,
Atas pelepah kelapa muda;
Kerja ikhlas mendapat berkat,
Rezeki murah hati bahagia.

Nasi lemak santan kelapa,
Daun palas dicuci bersih;
Ada kehendak seribu daya,
Pabila malas seribu dalih.

Selamat Hari Pekerja untuk semua. Kerja kerajaan, kerja swasta, kerja online, kerja offline, kerja sendiri di rumah atau di mana sahaja, kita semua adalah pekerja. Ikhlas atau terpaksa, kita perlu terus bekerja untuk mencari rezeki yang halal.

Sedangkan semut yang kecil itu juga bekerja siang malam.

Kan? Kan?

TehrDemikian kisah 'Hendak Seribu Daya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. Kamil Salleh says:

    Hendak sesuatu seribu daya,
    Tidak mahu seribu dalih,
    Walau anda tidak bermaya,
    Kerja seharian mesti ditagih.

    Selamat Hari Pekerja buat semua semua waris dan rakan-rakan taulan.
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Cara Buat Kek Blueberry CreamMy Profile

    1. TehR says:

      kata si labu labi
      selagi tak tutup mata…
      kerja! kerja! kerja! :D

  2. dja@sishaza says:

    Masa zaman kanak2 dulu pernah tengok yang macam tu.. :-D Ya,selamat hari pekerja buat cikgu dan semua. Tapi nampaknya kerja2 online terus jalan juga kan …
    dja@sishaza baru je tulis kisah ZAMAN SUDAH JAUH BERUBAHMy Profile

    1. TehR says:

      kerja online macam siput je ni
      haha

  3. Cik Siti says:

    Memang betul tu… kalau kerja dengan iklas bukan saja rasa puas dan rezeki diberkati malah setiap apa yang dikerjakan pasti akan dipermudahkan.

    Kelopak mawar singgah di pipi,
    Taman penuh si bunga melati,
    Bekerjalah dari hati bukannya mimpi,
    Moga dilakukan pasti diberkati…
    Cik Siti baru je tulis kisah Wordless Wednesday: A Big…Big…Big… FamilyMy Profile

    1. TehR says:

      Taman penuh si bunga melati,
      Bunga melur nampak cemburu;
      Moga dilakukan pasti diberkati,
      Ikhlaskah jujur kita yang tahu.

  4. Hendak Seribu Daya tak nak seribu dalih, apa kan daya 1000 tu banyak sangat tu yang berdalih-dalih
    DuniaMaklumat baru je tulis kisah Toyota Vios TerbaruMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      alasan memang tak pernah habis

  5. amirulfaiz says:

    Selamat hari pekerja. Moga kita semua bekerja dengan sungguh-sungguh, cekap dan berintergriti.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Kereta kecil warna merahMy Profile

    1. TehR says:

      yups, moga rezeki diberkati

  6. zik says:

    kerja online tak boleh cuti.. hehe.. selamat hari pekerja bro…
    zik baru je tulis kisah Muat turun Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41, 2014!!My Profile

    1. TehR says:

      semangat… semangat…

    2. suri says:

      semalam saya on sekejap jer itu belah petang pastu hadap keje lain
      suri baru je tulis kisah Panduan Cara Memilih Langsir Dapur Murah Dan Moden Ala Inggris Roman Blind Yang Sesuai Dengan KediamanMy Profile

  7. akubiomed says:

    Selamat Hari Pekerja bro. Semangat ‘boleh’ mesti ditanam.

    1. TehR says:

      ya. sentiasa boleh
      asal saja ada kemahuan, di situ ada jalan

  8. titan says:

    hari ini..memang cuti atas katil. haha..
    titan baru je tulis kisah Biskut Galleta yang sedap dan yummy!My Profile

    1. TehR says:

      wah, seronok la orang bujang
      yang dah kawin tak boleh lama2 cuti atas katil
      panas!

      haha

  9. maza says:

    Uiks komen awal maza sudah kena telan. Aderrrkkk….

    Memang sekarang ini perlu kerja keras disebabkan inflasi bertingkek-tingkek. Harap2 tidaklah kerja sampai keras.

    Uhuk…hahaha
    maza baru je tulis kisah Wanita tidak menutup aurat tidak semestinya ke nerakaMy Profile

  10. BERKAH NYA BANYAK KALO KITA IKHLAS KERJA NYA

  11. suri says:

    jomlah kita berkerja itu satu sunnah :)
    suri baru je tulis kisah Kisah Tetamu Allah : Kucing / کوچيڠMy Profile

  12. suri says:

    cuti bagus kerana masa ini kita ada masa untuk bersama keluarga
    suri baru je tulis kisah Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2014 Segalanya Mungkin Boleh Berlaku aHA…My Profile

  13. selamat hari kerja semua buruh ya

  14. Betul tu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau malas, apa pun tak boleh. Hehe.. Tak ada orang yang gagal melainkan orang yang gagal dan malas merancang dan berusaha, serta bertawakal
    MissPuan Yati baru je tulis kisah Kedai yang aktif hari cuti.My Profile

  15. Hero Borneo says:

    saya tak cuti..sebab kerja itu dah macam cuti juga!
    Hero Borneo baru je tulis kisah Jom Pergi KeTaman Negara Tanjung DatuMy Profile

  16. hafizmd says:

    Hendak seribu daya..tak nak1 alasan dah cukup utk bertangguh
    hafizmd baru je tulis kisah Live Streaming Malaysia vs Kanada Separuh Akhir Cabaran Juara-Juara 1My Profile

  17. Kayuh perahu ke seberang sungai,
    Guna perahu bersama besan,
    Andai manusia molek perangai,
    Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Isteri Sihir Suami, Suami Balas Dendam Sihir IsteriMy Profile

  18. Alynn says:

    manusia ni kalau tak nak memang banyak alasan lah..selaluuuuu jek beralasan..
    Alynn baru je tulis kisah Soalan Paling Popular Yang Biasa Ditanya Sebelum Menjadi Ahli ShakleeMy Profile

  19. Hafizul says:

    cawat kote..sampai ke hari ni masih pakai lagi..hahaha…
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #88 – Statistik Pondok KecilMy Profile

  20. hafiz says:

    kalau ada rasa nak berubah dari segi kewangan kenalah berusaha
    hafiz baru je tulis kisah Panduan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41My Profile

  21. Logeswary says:

    Teringat pula pepatah English.. Where is a Will, There is a way.. Happy Labour Day …
    Logeswary baru je tulis kisah Woman’s Health SetMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun