Help Rumah Aman

Harap tidak terkeliru dengan tajuk dalam Bahasa Inggeris di atas kerana entri Mr Tehr masih lagi menggunakan Bahasa Malaysia seperti biasa. Entri kali juga seperti biasa mengenai kehidupan biasa kita di negara Malaysia yang kita sayang ini. Sahabat sayangkan Malaysia, kan?

Sekejap tadi sempat Mr Tehr menjenguk ke laman Nuffnang dan terbaca pula mengenai kempen ‘Help Rumah Aman’ yang sedang dijalankan oleh mereka. Sahabat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Rumah Aman ini di www.rumahaman.com.

Jemur dulang di atas para,
Sayang ketupat berisi inti;
Tuan senang kami gembira,
Bertaut erat di taman hati.

Sayang ketupat berisi inti,
Dalam bekas belum dimakan;
Bertaut erat di taman hati,
Bantuan ikhlas kami harapkan.

Mr Tehr sempat juga menjenguk laman Rumah Aman sekejap tadi untuk mencari cerita tetapi ‘page under renovation‘ la pulak. Walau pun begitu usah kecewa, harapan mendapat maklumat masih disediakan melalui saluran sokongan blog dan Facebook page.

maher zain rumah aman

Gambar cedok dari blog Rumah Aman

Dalam kita bergembira bersama keluarga, bagus sekali kalau dapat menjenguk dan membantu mereka yang serba kekurangan dan memerlukan bantuan. Tak sangka, penyanyi lelaki kegemaran Mr Tehr si Maher Zain juga pernah berziarah ke Rumah Aman.

TehrDemikian kisah 'Help Rumah Aman' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


6 Comments

  1. NuarHaruha says:

    Bulan yg mulia banyakkanlah menderma.

    Berpisau belati belah delima,
    Dipotong empat usah bersepah;
    Bermurah hati menabur derma,
    Pahala dapat rezeki melimpah.
    NuarHaruha baru je tulis kisah Pantun Merdeka – Menyambut KemerdekaanMy Profile

    1. tehr says:

      dipotong empat usah bersepah
      pisau terjaga jangan berkarat
      pahala dapat rezeki melimpah
      seisi keluarga mendapat berkat

  2. FD says:

    hoho.. harap2 rumah ni terus maju lah..
    *tak ada apa nak komen.. macam spam pulak.. ^.^
    FD baru je tulis kisah #Cabaran – 6 Bulan Blogging, Namun Jadual Aku AnjalMy Profile

    1. tehr says:

      ok saja, FD
      terima kasih sudi singgah sini

  3. Mus says:

    di hari yang mulia ni..
    sama-samalah kita membantu sesiapa sahaja yang memerlukan..
    Mus baru je tulis kisah Nasib Baik Tak MeletupMy Profile

  4. Khidhir says:

    wahh.. maher zain pun prnah datang. bila maher zain nak dtang rumah khidhir lak ni..
    Khidhir baru je tulis kisah Matluthfi Video – Made by MalaysiansMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun