Hebatnya Si Siput

Cikgu Teh diminta ganti guru yang bercuti di kelas Tahun 1 Maju. Selepas memberi salam, Cikgu Teh cuba menarik minat murid-murid yang masih kehairanan.

Cikgu : Saya Cikgu Teh, ganti cikgu awak yang cuti sakit.
Murid : Sakit apa cikgu?
Cikgu : Demam. Mmmm. Hari ni kita dengar cerita je, nak tak?
Ramai : Nak!
Cikgu : Kalau nak dengar cerita awak semua mesti diam. Boleh?
Ramai : Boleh.
Cikgu : Cerita ni mengenai 3 makhluk di atas dunia ni. Mereka ni nak berlumba, nak buktikan siapa lebih laju.
Murid : Makhluk apa cikgu?
Cikgu : 3 makhluk ni ialah Maksis, Selkom dan Siput.
Ramai : Hahaha hahaha hahaha.
Cikgu : Kenapa pulak kamu gelak?
Ramai : Hahaha hahaha. Siput mana laju cikgu. Mesti kalah punya!
Murid : Selkom ngan Maksis tu menatang apa cikgu?
Cikgu : Makhluk Tuhan gak. Nak dengar ke tidak ni?
Ramai : Naaakk!
Cikgu : Ceritanya macam ni. Pada hari yang telah ditetapkan, semua makhluk dalam kampung tu keluar ke jalan raya, untuk lihat perlumbaan tu.
Murid : Lumba motor ke cikgu. Mat Rempit ke?
Cikgu : Tak. Ni lumba biasa je. Mereka akan berlumba untuk satu jarak tiang kabel.
Murid : Laaa. Dekatnya.
Cikgu : Nak dengar ke tidak ni?
Ramai : Naaakk!
Cikgu : Setelah ketiganya beratur, Tok Ketua pun meniup wisel. Freeeeeeepp. Penonton bersorak dengan riuh sekali. Selkom, Maksis dan Siput berlumba dengan sepenuh hati. Penonton masih bersorak. Lajuuuuu. Lajuuuuuuuu.
Murid : Lajuuuuu. Lajuuuuuuuu.
Cikgu : Hingga ke tengah hari hanya separuh perlumbaan dihabiskan. Penonton pula sudah letih bersorak. Mereka diam je melihat je 3 makhluk tu berlumba. Awak tahu tak?
Murid : Taaaakk!
Cikgu : Ada juga penonton tertidur di tepi jalan tunggu perlumbaan tu tamat.
Murid : Laaa… dahsyatnya. Pukul berapa tamat cikgu?
Cikgu : Sampai petang barulah perlumbaan tu tamat.
Murid : Siapa menang cikgu?
Cikgu : Siput.
Murid : Hah? Siput menang?
Cikgu : Ya. Siput lebih laju dari Selkom dan Maksis.

Murid-murid terlopong dengan wajah yang penuh tanda tanya.

TehrDemikian kisah 'Hebatnya Si Siput' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun