gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

Hati Yang Sakit

hidup seharian beriri hati
segala rahmat juga rezeki
apa kesenangan orang nikmati
merasa susah di dalam diri

hasad dengki apabila bermula
tak suka lihat orang bahagia
berusaha untuk merosak segala
sahabat handai jiran tetangga

hati yang kelam suka menghasut
sentiasa cuba mencapai maksud
saudara aman bertukarlah kusut
wabak dan sengketa tiada susut

busuk mulut fitnahnya jenuh
terlebih kejam dari membunuh
semuanya kabur tetap disuluh
disusur galur bukti tak penuh

hati yang busuk buruk sangka
suka berfikir perkara curiga
orang dipandang berbuat dosa
diri sendiri memang tercela

hati khianat dan tidak amanah
kepercayaan orang jadi musnah
bohong mungkir selalu dijamah
kecantikan diri menjadi punah

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

TehrDemikian kisah 'Hati Yang Sakit' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



3 Comments

  1. Gayahspears says:

    hati yang kau sakiti…. cewah.. macam lagu rossa lak :D
    Gayahspears baru je tulis kisah Makan HatiMy Profile

  2. [...] bekerja sering ingat gaji dalam berniaga kira untung rugi dalam sehari perlu juga diingati dalam hati hadir muhasabah [...]

  3. Lynn™ says:

    Satu organ badan yang paling susah dikawal adalah hati.
    Tuannya sekolah, hatinya belum tentu boleh ‘ disekolahkan.’
    Lynn™ baru je tulis kisah Just my 20 cents ………..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge