Hati-hati Bila Berblog

tolak kereta bawah bangsal
kerana rosak enjinnya mati
sungguh penat badan merasa
blog dikerjakan tanpa akal
kerja ditangguh bila nak jadi
bos di pejabat masam muka

tolak motor atas jalan
tekak haus perut lapar
mentari terik atas kepala
gambar video atau tulisan
seluruh dunia rahsia tersebar
jangan kawan pula terhina

tolak basikal tepi parit
sekali celik sekali pejam
peluh menitik basah baju
tiada pasal cari penyakit
layari internet berjam-jam
anak isteri pun tak setuju

Hargai orang lain, apabila anda ingin dihargai. Anda bebas berbuat apa sahaja asalkan berani bertanggung jawab dengan apa yang anda lakukan.

TehrDemikian kisah 'Hati-hati Bila Berblog' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun