Hati Besi

Kecil-kecil dahulu aku selalu dengar cikgu di sekolah memberi nasihat masa belajar. Kita mesti punyai Hati Waja. Waktu itu tidaklah aku faham apa maksudnya waja. Proton Waja memang aku tahu. Kawan-kawan kata besi baja. Entah macam mana pula besi boleh menjadi baja. Pelik.

Apa ditunggu ketupat palas,
Mahukah dihadam perut budak;
Nasihat cikgu di dalam kelas,
Sedikit faham banyaknya tidak.

Rupa-rupanya besi baja itu adalah besi waja. Sejenis besi yang kuat dan tahan. Dan maksud nasihat cikgu ialah kita mesti mempunyai hati yang kuat. Hati yang berpendirian serta tidak mudah goyah dengan dugaan dan pujukan. Kata Ustaz, kita mesti punyai iman yang kuat. Teguh.

Lagit biru keindahan maya,
Unggas keluar mencari makan;
Sembahyang itu tiang agama,
Iman dan sabar alat kemenangan.

Bila sudah dewasa, sudah tua-tua begini aku makin sedar, hati waja atau hati besi tidak ada gunanya juga kalau tidak diasah dan dipujuk. Tak ada faedahnya kalau berterusan disimpan dengan kuat wajanya. Berkarat juga akhirnya!

Anak ceti membawa pedati,
Anak benggali mengikut rapat;
Berdiam ubi akhirnya berisi,
Diam penggali pasti berkarat.

Payah untuk membersihkan besi yang sudah berkarat. Perlu diasah, perlu diketuk malah perlu juga dibakar api sehingga lembut. Hati? Begitu juga hati, akan menjadi berkarat oleh setiap kesalahan yang kita lakukan. Hati yang berkarat perlu juga diketuk, dipaksa dan ditundukkan untuk menjadi lembut, bersih dan suci.

Burung merpati datang berhibur,
Seekor mati dalam kekenyangan;
Wahai hati sujudlah bersyukur,
Hidupmu nanti dalam keriangan.

Sesekali aku terfikir juga, sudah berapa banyak agaknya karat yang ada pada hati besi ini.

TehrDemikian kisah 'Hati Besi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. donnyien says:

    hai tehr,
    semoga kita memiliki hati yang tabah dan gagah untuk menghadapi segala ujian yang maha esa…
    donnyien baru je tulis kisah Aku harus pergi sebelum kamu, ibukuMy Profile

  2. Hati emas lah bro.. kemmmmmbara..sudah puas ku mengembara :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Kasih Sayang Resort – A Cool Haven In KKMy Profile

  3. Naziman says:

    Mari kita perbanyakkan zikir dan istighfar supaya sentiasa mengingati Allah. In shaa allah, hati yang rapuh akan jadi lebih kuat dari besi, hati yang berkarat akan lebih bersinar.
    Naziman baru je tulis kisah Kenapa kita perlu Belajar Perkara Teknikal?My Profile

  4. mie says:

    kalau hati berkarat…
    susah la nanti…
    eheheheee
    mie baru je tulis kisah Koleksi Ferrari Model LEGO SHELLMy Profile

  5. akubiomed says:

    Besi kalau dijual memang boleh buat. Kalau simpan perak pun okay juga selain emas. Kiranya adik beradik logam. :-)

  6. Abdur says:

    Hati hati dengan hati,sebab isi hati tiada yang tahu.Macam itu kalimat nasehat orang
    Abdur baru je tulis kisah Seo Oh SEOMy Profile

  7. shraqs says:

    Mendalam betul Mr Tehr bermonolog kali ni…
    shraqs baru je tulis kisah Boleh Ke Pasang AdSense Di Blog Bahasa Malaysia?My Profile

  8. ohcikgu says:

    hemm..memang berhati besi nak jadi cikgu nih..
    ohcikgu baru je tulis kisah Teka-teki Dividen ASB tahun 2012.My Profile

  9. padin says:

    hahaaa, guna penyembur hilang karat pon belum tentu eh,

  10. hati waja…

    lama tak dengar perkataan ni.

    kereta waja tak kuat pun. hehehe
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah selasa yang sibuk : kebanyakan tak bertempatMy Profile

  11. maza says:

    hati tabah itu perlu untuk mengharung cabaran hidup..
    tapi apa2 hal tentang pantun

    Apa ditunggu ketupat palas,
    Mahukah dihadam perut budak;
    Nasihat cikgu di dalam kelas,
    Sedikit faham banyaknya tidak.

    semacam terkena batang hidung sendiri lah.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Maza Memberhentikan Keretapi di Stesen Keretapi Kuala Lumpur dengan TanganMy Profile

  12. sensasi2020 says:

    Jangan dipetik mawar berduri,
    Terkena tangan berdarahlah ia,
    Hati berkarat sukar ditangani,
    Lambat bertindak lagi terseksa.

    Hati besi berjiwa waja,
    Lembutlah ia jika ditempa,
    Nasihat-menasihati sesama kita,
    Agar tidak tersesat ke jalan binasa.

    Insaflah diri dosa bertimbun,
    Taubat dipinta pada yang Esa,
    Buat baik banyakkan memohon ampun,
    Panjangkan usia tingkatkan pahala.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Wordless Wednesday # 6 – Selamat Hari Lahir Anak Bongsu KuMy Profile

  13. de engineur says:

    Besi baja sukar utk ditempa sbab dah diadun menjadi aloi yg keras. Tapi karat pasti boleh dibersihkan. Panaskan dan ketuk hilanglah ia. Begitu juga hati manusia.
    de engineur baru je tulis kisah Hooray, I’m a millionaire!My Profile

  14. hairulafiz says:

    hati besi memang mudah berkarat kalau tidak digilap
    hairulafiz baru je tulis kisah Wordless Wednesday #9 : Pemandu tidak bertanggungjawabMy Profile

  15. Hafizul says:

    Hati waja..hati besi..memang perlu dalam kelangsungan hidup..tu la kan..tua-tua baru mengerti apakah makna semua ni..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #39 – LukaMy Profile

  16. Bro Zulkbo says:

    salam..
    hati besi bila dah berkarat
    memang payah dah..rosak
    besi kerana karat :(
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Tahukah Anda Ikan Keli Juga Mampu Menangkap Burung (Gambar Dan Video)My Profile

  17. mak saya selalu berpesan, byk ngaji baca alquran.. nanti hati berkarat….
    Hairul Hissam baru je tulis kisah 6 Modul Menarik Pakej Rahsia Putu Special & Mohon Maaf.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun