Haruan Makan Anak

Haruan makan anak bermaksud bapa atau ketua yang memperkosa anak (anak buahnya) sendiri. Memang sedih dan geram bila perkara begini berlaku dalam masyarakat. Sudah banyak kes yang terjadi, kan? Ada pula yang sudah berpangkat datuk, sanggup merogol cucu sendiri. Sumbang dan kejam.

Anak haruan mudik berempat,
Ikan tenggiri berenang-renang;
Mahu berteman kasih tak dapat,
Diri sendiri menjadi mangsanya.

Ibu haruan bermaksud orang yang suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak). Pernah melihat orang tua yang suka mengusik? Bukan apa-apa tu, mereka hanya mahu menghilang jemu dan sekadar mencari hiburan percuma dan mudah. Kanak-kanak pula ada yang menangis kerana terkejut. :D

Anak haruan mudik berlima,
Anak lembu tidur di kandang;
Tersenyum tertawa si ibu tua,
Anak cucu datang bertandang.

Bagai haruan di dalam tuar bermaksudĀ tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. Orang Kelantan menyebut lukah dengan perkataan tuar. Sejenis alat menangkap ikan yang biasa kami jumpa di kawasan sawah masa budak-budak dahulu.

Anak haruan mudik berenam,
Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
Susah senang sama membimbing.

haruan

Seekor ikan haruan yang aku jumpa waktu keluar rumah untuk ke sekolah awal pagi tadi. Nampak dah letih sangat, mungkin kerana tersalah lompat.

TehrDemikian kisah 'Haruan Makan Anak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. Naziman says:

    Ibu haruan tu paling biasa berlaku kat family saya. Kalau dah bekumpul tu, mula la semua nak sakat.
    Naziman baru je tulis kisah SEO blog? Blogger tolong jangan belajar SEOMy Profile

  2. mak lagenda says:

    harap2 mak x akan jumpa dgn haruan mkn anak tu..dan kalo ibu haruan plak, mak la orgnya kot. Mak mmg suka mengusik budak2 CUMANYA..mak idok la tua mana lg!! Hihihi..
    mak lagenda baru je tulis kisah MANDI TIME!!My Profile

  3. donnyien says:

    bro, klu kat kampung aku selalu tangkap haruan ni guna pancing..
    donnyien baru je tulis kisah Penuntut IPT juga layak dapat BR1M 2.0My Profile

  4. padin says:

    hak hak hak… aku pon suka jugak menyakat budak2 kalau gi tempat keramaian… :D

  5. zool says:

    banyaknya pasal haruan.. ikan haruan ni banyak khasiatnya
    zool baru je tulis kisah Pencapaian September 2012 dan perancangan Oktober 2012My Profile

    1. suri says:

      untuk penyembuhan luka dalam pas bersalin ;)
      suri baru je tulis kisah Kerja Pertukangan Yang Tidak BertempatMy Profile

      1. rahman says:

        memang betul tu.. tapi kalau saiznya besar sangat tak lalu pula nak makan
        rahman baru je tulis kisah Fahmi jatuh lagiMy Profile

  6. suri says:

    itu haruan sy tak mkn alahai…. geli geliman anak tekak sy nnti
    suri baru je tulis kisah Kerja Pertukangan Yang Tidak BertempatMy Profile

  7. suri says:

    klu bapak mkn ank mmg payah nak ckp kena balik pada asal..
    suri baru je tulis kisah Kerja Pertukangan Yang Tidak BertempatMy Profile

  8. akubiomed says:

    Melampau perbuatan meratah benih sendiri. :-(
    akubiomed baru je tulis kisah Guna Hoya CIR Polarizing pada drama Adam dan HawaMy Profile

  9. Hafizul says:

    bro, ibu dan ayah haruan ni, kalau goreng garing masuk dalam kuali sedap jugak..hehehe..harap masyarakat kita terlepas la dari gelaran ibu dan ayah haruan ni…
    Hafizul baru je tulis kisah Review Buku ‘ Blog + Google Adsense = Duit ‘My Profile

  10. Saya kadang-kadang suka juga jadi ibu haruan ;)
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah 5 Langkah Keselamatan Untuk Kanak-kanakMy Profile

  11. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    daging ikan haruan nih baik untuk
    orang lepas bersalin mahupun
    orang yang patah-patah..

    tapi bab “haruan makan anak”
    ni..kalau saya hakim, siram air
    panas je “anu”nya tu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Bila Gula Naik Harga Rakyat Perlu Tahu?My Profile

  12. kenape haruan yang kena makan anak die? ta paham… hehe
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah santai keluarga 1My Profile

  13. Eizil says:

    Haruan melompat bertemu tuan, rezeki di pagi hari… Apapun perbuatan haruan makan anak ni memang tak dapat diterima dek akal, semoga dilindungi dari perkara-perkara sebegini.
    Eizil baru je tulis kisah Kejutkan daku pabila september berakhir.My Profile

  14. bardboo says:

    ibu haruan? pertama kali dengar ni..
    bardboo baru je tulis kisah Bukan Cinta Muka BukuMy Profile

  15. Nazri says:

    kasi pancung ja bapa haruan yang makan anak tu.. tidak berperikemanusiaan
    Nazri baru je tulis kisah Claim Elaun Hospital: Kuman Dalam DarahMy Profile

  16. Dah lama tak makan ikan haruan, biasanya ikan yang sedang-sedang tu yang sedap dimasak sup. :)
    Malaysia coin baru je tulis kisah 50 sen terbelah tepiMy Profile

  17. hatiputera says:

    Memang kita tidak patut menjadi seperti haruan makan anak tetapi ikan haruan yang besar goreng pun sodap.
    hatiputera baru je tulis kisah Layan snogurtMy Profile

    1. rahman says:

      yang besar tu tawar ler bro
      rahman baru je tulis kisah Fahmi jatuh lagiMy Profile

  18. ProfHariz says:

    Ikan haruan ? Susah nak mati. Nyawa dia liat. Begitu je dengan bapa haruan ? Eh~

  19. wazy says:

    Dulu kat kampung selalu juga dapat ikan haruan,masak asam pedas memang sedap
    wazy baru je tulis kisah Hari Ahad Punya CeritaMy Profile

  20. maza says:

    kalau haruan di atas piring lak. apa maksudnya cikgu?

    hehehehe
    maza baru je tulis kisah Maza bukan peragut ituMy Profile

  21. Cik Siti says:

    dulu masa operation selalu makan sup ikan haruan… elok katanya untuk luka…
    Cik Siti baru je tulis kisah wordless wednesday: Senjakala….My Profile

  22. azura says:

    cikgu, betul ke ikan haruan makan anak?
    azura baru je tulis kisah Ciri-ciri lelaki pemalu jatuh cintaMy Profile

  23. cik tom says:

    ikan haruan byk khasiat…
    byk btul kisah haruan dlm artikel ni..
    cik tom baru je tulis kisah Strategi Teknik Permainan SEO Cik TomMy Profile

  24. kakyon says:

    haruan tu makan anak yg betina aje ke..anak jantan dia makan tak?
    kakyon baru je tulis kisah akk dah ok dah..My Profile

  25. titan says:

    hoho..suka makan haruan.
    titan baru je tulis kisah Dah balik dahhh..My Profile

  26. irsah says:

    Tolong orang umah ketika lepas bersalin dengan pati haruan ada jugak buat…
    irsah baru je tulis kisah Shopping Cart-My: Tutorial Integrasi Themes Blogger Kedai On-Line PercumaMy Profile

  27. kawe makan lak Haruan itu…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah I Bet My Son Will Be A Devil SomedayMy Profile

  28. shraqs says:

    Caman boleh tiba2 ada ikan haruan depan rumah ni? Pelihara ke?
    shraqs baru je tulis kisah Samsung Memfailkan Saman Terhadap iPhone 5My Profile

  29. yas says:

    Wahh….datang mana si haruan tu bro? Leh buat gulai tu…hehehe
    yas baru je tulis kisah Pelik – Fesyen Dahi Bonjol?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun