Harimau Malaya Gagal Mengaum Sepanjang 2013

Datuk K Rajagobal tidak disambung kontrak oleh FAM. Tugas beliau bersama Harimau Malaya akan tamat pada 31 Disember 2013 nanti. Terima kasih dan selamat maju jaya kepada beliau bersama tugas lain selepas ini.

Harimau Malaya gagal menunjukkan taring sepanjang tahun 2013. Itu pandangan mudah aku berdasarkan rekod perlawanan mereka sepanjang tahun ini. Ada aku sediakan senarai perlawanan Harimau Malaya di bawah untuk korang lihat-lihat sambil minum Kopi Luwak.

01/02/13 Iraq 3 – 0 Malaysia K
06/02/13 Qatar 2 – 0 Malaysia K
17/03/13 Malaysia 1 – 4 Saudi Arabia K
22/03/13 Malaysia 2 – 1 Yemen M
26/03/13 Malaysia 0 – 2 Palestine K
06/06/13 Malaysia 2 – 3 Canberra All Stars K
11/06/13 Malaysia 4 – 0 Sydney Olympic M
13/06/13 Malaysia 0 – 2 Marconi Stallions K
10/09/13 China 2 – 0 Malaysia K
15/10/13 Malaysia 1 – 1 Bahrain S
08/11/13 Kuwait 3 – 0 Malaysia K
15/11/13 Bahrain 1 – 0 Malaysia K
19/11/13 Malaysia 0 – 1 Qatar K

Harimau Malaya hanya menang 2 kali, seri sekali dan kalah 10 kali sepanjang tahun 2013. Aku tak nampak sebab kita perlu gembira dengan rekod keputusan perlawanan begini.

Menang [M] 2
Seri [S] 1
Kalah [K] 10

Pemain terbaik Harimau Malaya memang ramai. Kita ada Mat Yo, Safii dan Amri yang tak gentar untuk letak bola dalam gawang Manchester United, Chelsea atau Barcelona. Kita ada Apek, Aidil dan Amirizwan yang sedia bermain bermati-matian untuk mengelak gawang bocor. Kita juga mempunyai pemain sayap dan pemain tengah terbaik.

Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya. Moga-moga beliau berjaya mencipta kemenangan menentang Yemen bulan Mac 2014 nanti. Lupakan kegagalan pasukan bola sepak kita tahun 2013 ini kerana ia bukan kegagalan jurulatih seorang. Bukan juga kegagalan pemain 100%.

Apa dan siapa lagi yang perlu berubah atau diubah, korang saja tentukan.

TehrDemikian kisah 'Harimau Malaya Gagal Mengaum Sepanjang 2013' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. zik says:

    kita perlukan sentuhan coach baru… mungkin jurulatih import ke…
    zik baru je tulis kisah Masa depan Harimau Malaya?? transformasi drastik diperlukanMy Profile

    1. TehR says:

      nampak gayanya macam tu la
      kita perlukan jurulatih baru

      1. suri says:

        semoga semangat baru akan lebih berkuasa lagi
        suri baru je tulis kisah Cara Mudah Menjahit Baju Kurung Sekolah AnakMy Profile

  2. saimi says:

    Kita perlukan perubahan. Perlu jurulatih import yang mampu membawa perubahan dan bukannya mengikut telunjuk FAM. Sudah sampai masanya FAM pergi mencari sendiri jurulatih yang berwibawa dan bukannya menerima jurulatih yang meng”offer”kan diri untuk menjadi jurulatih harimau malaya.
    saimi baru je tulis kisah Bila masuk bertanding mesti kalahMy Profile

    1. TehR says:

      jurulatih memang penting
      zaman sekarang ni, siapa yang bijak pilih dan susun pemain
      dia yang ada kelebihan untuk menang

  3. hafizmd says:

    Apepun, thanks coach raja sbb ada jugak baktinya kpd kem harimau malaya cuma beliau dah ketandusan idea mungkin

    selamat berjaya buat coach datuk ong kim swee…walaupun smentara, misi pertama vs yaman pasti ditunggu ramai peminat…adakah bakal byk perubahan line-ups nanti…
    hafizmd baru je tulis kisah Rezeki Duit Blogging Denaihati NetworkMy Profile

  4. BukhariMalek says:

    malaysia kena tukar jurulatih baru.. tak cuba tak tahu.. hahahah
    BukhariMalek baru je tulis kisah Megah Berdiri Tak Berkaki……My Profile

    1. suri says:

      ada sahaja pandangan dan buah fikiran rakyat jelata
      suri baru je tulis kisah Membuat Cup Kek Sendiri Tanpa Guru Lebih Menjimatkan!My Profile

  5. Nak salah Rajagobal semata-mata pun tak boleh jugak. Sebab sistem FAM tu sendiri yang lebih menjahanam dari membangunkan bola sepak Malaysia. Hentikan Rajagobal ni hanyalah penyelesaian sementara je.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Dapat Gaji, Kemana Gaji Anda PergiMy Profile

  6. Ismail N says:

    Bagi kawe, agak unfair untuk compare result tahun ini dengan tahun yang lepas-lepas. Tahun ini kita up against better teams seperti Baharin dan Qatar. Even team yg kita main masa friendly for agak bagus. Oleh itu, tentulah keputusan lebih buruk berbanding bila lawan pasukan dalam rantau Asia Tenggara.

    Cuma expectation dari fans lebih tinggi sekarang kerana kita rasa kita ada pemain-pemain yg talented utk bersaing di peringkat lebih tinggi seperti di rantau Asia.

    Realitinya, kita masih perlu sekurang-kurangnya tigaatau empat lagi pemain yang bertubuh besar dan berskill tinggi utk pergi lebih jauh lagi.

    My 5 cents…
    Ismail N baru je tulis kisah Syimir Abdul Razak Wins Malaysia Open 2013My Profile

  7. suri says:

    mana tahu musim depan lebih menyerlah
    suri baru je tulis kisah Cara Mudah Menjahit Baju Kurung Sekolah AnakMy Profile

  8. suri says:

    sekali dua kali mereka agak tepu dengar kata begini saya doakan semua akan kembali semgat pada musim akan datang
    suri baru je tulis kisah Request Hand Bouquet From EN 166864486 MYMy Profile

  9. hafiz says:

    memang dah taringnya kurang..
    hafiz baru je tulis kisah Safee Sali sah ke JDTMy Profile

    1. suri says:

      sabar kita tunggu untuk misi yang seterusnya
      suri baru je tulis kisah Membuat Cup Kek Sendiri Tanpa Guru Lebih Menjimatkan!My Profile

  10. Hafizul says:

    Emm bagus lah tu dapat sambung kontrak..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Malu Dengan Artikel Blog SendiriMy Profile

  11. semoga mereka berjaya…

    takde rezeki namanya…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah cerita kerak-kerak atas pan; rangupMy Profile

  12. azura says:

    saya kesian gak kat Rajagopal tu cikgu

  13. Mr KZ says:

    harap 2014 ni ada perubahan besar hehe
    Mr KZ baru je tulis kisah Komisen Pertama Dari JomniagaMy Profile

  14. UmmiKami says:

    Sentuhan baru harus diberi supaya lebih menyerlah…berubah dari yang baik kepada yang terbaik…
    insuaAllah, strategi baru semangat pun baru… :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pada Yang Bernama……WanitaMy Profile

  15. UmmiKami says:

    Tinggi mangkal si batang kiwi,
    Putih akar berasaplah hangus;
    Pergi K Rajagobal datang Kim Swee,
    Jurulatih bertukar haraplah bagus… :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pada Yang Bernama……WanitaMy Profile

  16. Selamat tinggal Rajagobal, bagi peluang buat Ong Kim Swee untuk buktikan sesuatu pula…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Lee Chong Wei Menjuarai Kejohanan Terbuka Hong Kong 2013!My Profile

  17. titan says:

    tak apa. Cuba lagi dan cuba lagi.

    Jangan putus asaaa..
    titan baru je tulis kisah Hadiah istimewa untuk kekasih hati yang comel.My Profile

  18. de engineur says:

    Teringat kembali gelagat FAM yg suka gantung ahlinya yg mahu bersuara. Kalau you dah ada dlm FAM you kena diam2 takleh bising2
    de engineur baru je tulis kisah Malaysia to raise Electricity Tariff by 10% – 20% in 2014My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun