Harimau Malaya 2014 Lawan Filipina

Seperti dapat semangat baru pula aku mahu bercerita mengenai Harimau Malaya 2014 ni. Datuk Ong Kim Swee telah dilantik sebagai jurulatih sementara. Beberapa pemain baru dipanggil untuk menguatkan pasukan. Aidil pula dilantik sebagai ketua pasukan yang baru.

Maka semangat aku juga menjadi baru. :D

Harimau Malaya sudah sedia,
Mengasah kuku dengan taring;
Mat Yo, Piya sesiapa sahaja,
Letakkan bola ke dalam jaring.

Cuma FAM saja masih dengan cara lama. Masih tidak dapat melantik jurulatih baru menggantikan Datuk K Rajagobal yang tamat kontrak. Sedih sangat dengan FAM ni.

Malaysia vs Filipina

Harimau Malaya 2014 Lawan FilipinaMalam ini ada perlawanan persahabatan Malaysia lawan Filipina. Korang kaki bola boleh menonton perlawanan ini di Stadium Perbandaran Selayang. Mana yang tak sempat dan tak dapat ke stadium, boleh menonton di Astro. Siapa yang tak ada Astro, tengok je melalui live streaming dalam bilik tidur.

Tiada sunyi malam terasa,
Bara berapi semangat lelaki;
Suami isteri melayan bola,
Seperti merpati dua sejoli.

Aku? Aku macam biasa layan live streaming saja. Mana dapat nak menonton di stadium. Jauh tu.

Ranking Malaysia vs Filipina

Ranking FIFA bulan Februari, Malaysia berada di tangga ke 150 sementara Filipina di tangga ke 127. Hanya bulan Mac 2012 Malaysia [152] mengatasi Filipina [156]. Dah sangat lama tu.

Nampak elok sangat bulan Mac 2014 ni Malaysia kembali mengatasi Filipina dalam ranking FIFA.

TehrDemikian kisah 'Harimau Malaya 2014 Lawan Filipina' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. ooo pah tehr ngan isteri suka tengok bola ke?

    hahaha!
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah U.B.A.HMy Profile

    1. TehR says:

      ada juga sesekali isteri tumpang sibuk tengok bola
      tapi biasanya menonton dengan anak je :D

  2. Malaysia seri dgn Filipina 0-0 walaupun banyak peluang terhidang tapi palang dan tiang gol menjadi penghalang.
    Blogger Top Star baru je tulis kisah Umur Kian Meningkat, Ajal Semakin DekatMy Profile

  3. amirulfaiz says:

    Ye, ada yang tertekan, marah, kerana 30 tahun masih di takuk lama.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Robinson Crusoe, Great Illustrated Classics.My Profile

  4. dja@sishaza says:

    Hanya sekadar jadi teman menonton …siapa tonton siapa pun tak tahu sebab lepas 10 minit, si peneman dah pun sampai ke awan :)

  5. hafiz says:

    Malu juga ranking filipina lebih baik dari malaysia
    hafiz baru je tulis kisah Top komentator Februari 2014My Profile

  6. hafizmd says:

    Seri. Walaupun seri, nmapk ada kemajuan dari segi cara permainan. Striker jer nak kena tajam lagi…
    hafizmd baru je tulis kisah Temuduga PPTM F29 Penolong Pegawai Teknologi MaklumatMy Profile

    1. Sebenarnya ramai pemain utama Filipina tidak beraksi kerana bermain di Liga Eropah. Mereka ini mat salleh yg diberikan kerakyatan Filipina bagi meningkatkan mutu bola dan ranking mereka.

      Team yg datang tu gak lemah dan hadapi masaalah suaikan diri dengan padang kita. Pemain-pemain kita dapat byk space utk menyerang. Lawan Yamen nanti, sure tak mcm ni nanti.
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Tiki Taka Football At Its BestMy Profile

  7. cik tom says:

    tapi syg team harimau malaya kalah…
    cik tom baru je tulis kisah Ephyra memang awesome!! ( Testimoni after consume 2 box)My Profile

  8. Hafizul says:

    live streaming pun dah rasa macam kat padang…hahaha
    Hafizul baru je tulis kisah Top Komentator Februari 2014 Pondok KecilMy Profile

  9. titan says:

    aishh..patut leh menang tu..
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 104 dan 105My Profile

  10. suri says:

    Sesekali melayan online syok gak hiii
    suri baru je tulis kisah Kenapa Bantal Busuk Rasa Sejuk Dan Nyaman SekaliMy Profile

  11. suri says:

    Kalah jangan susah hati lain kali wajib usaha lbh kuat lagi
    suri baru je tulis kisah Janda KayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun