Hari Yang Cerah

Pagi ini tiba-tiba nampak matahari memancar cerah di Taman Sri Dalam Rhu, Tumpat. Berhenti sekejap untuk ambil sekeping gambar kerana anak gadis aku memang suka dengan warnanya.

suria pagi

Cahaya merah di bumbung rumah
Hari yang cerah sungguhlah indah

Mentari merah di ufuk timur
Hidupku indah rezeki pun makmur

Kerana dah terbiasa sangat dengan pantun, terus je keluar pantun dua kerat yang ringkas. Hehehe… Kemudian teringat pula hari ini sudah hari Selasa. Datang lagi rangkap pantun dua kerat.

Hari ini Selasa, besok Rabu
Tidak terasa masa berlalu

Besok Rabu, lusa Khamis
Masa yang lalu usah ditangis

Kata peribahasa orang tua-tua, ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Tetapi apakah kita tidak perlu menyesal sekarang kerana kita gagal untuk menyesal ketika dulu-dulu. Masa remaja dulu? Tak boleh juga begitu, kan? Kita tidak pernah terlambat untuk berubah selagi hayat dikandung badan.

Selagi hayat di kandung badan
Jangan sekali dikau lupakan
Perintah Rasul dan perintah Tuhan
Fakir dan miskin jangan kau lupakan

Tiba-tiba pula teringat bait-bait lagu nanyian biduan Ahmad Jais…

TehrDemikian kisah 'Hari Yang Cerah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. azura says:

    pagi yang gelap kini sudah terang
    aku adikmu dan engkau abang….

    selamat pagi cikgu
    azura baru je tulis kisah Scene Vanila Coklat yang tak jadi pun comelMy Profile

    1. chii says:

      wah,zura terus nyanyi lagu kump hujan tu.ehehe..
      chii baru je tulis kisah Susahnya kalau tak sedar diriMy Profile

      1. azura says:

        yang kurik itu kendi
        yang merah itu saga
        yang cantik itu budi
        yang indah itu bahasa

        ok tak chiii
        azura baru je tulis kisah Simple Review 3 TemujanjiMy Profile

        1. chii says:

          ok sgt..tetiba chii nak nyanyi ikut rentak lagu dato’ ct..eehehe
          chii baru je tulis kisah Susahnya kalau tak sedar diriMy Profile

          1. suri says:

            mak suri suka lirik mat kilau ahakss..

    2. mie says:

      terikut2 juga dengan nyanyian ni…
      hehehhee
      mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 1)My Profile

    3. benjy says:

      selamat pagi murid2 … sila duduk :D
      benjy baru je tulis kisah UNDIAN PIALA THOMAS 2012 MEMIHAK KEPADA MALAYSIAMy Profile

  2. chii says:

    pergi ke pasar membeli peria
    hari yang cerah hati pun ceria

    selamat hari selasa juga buat cikgu
    chii baru je tulis kisah Susahnya kalau tak sedar diriMy Profile

    1. azura says:

      16 april pagi selasa
      minum kopi hilang dahaga
      jenguk blog cikgu macam biasa
      berbalas pantun alah bisa tegal biasa
      azura baru je tulis kisah Simple Review 3 TemujanjiMy Profile

      1. hafizmd says:

        alah bisa tegal biasa
        pantun cikgu mmg berbisa
        hafizmd baru je tulis kisah Bagaimana nak jadi lebih kacak dan anggun?My Profile

        1. benjy says:

          Kira bisa ular tedung lah kot ? … :D
          benjy baru je tulis kisah UNDIAN PIALA THOMAS 2012 MEMIHAK KEPADA MALAYSIAMy Profile

    2. hafizmd says:

      terbang rerama hinggap di dahan
      tak sangka chii pun boleh tahan

      pantun indah berpuisi seloka
      hebat-hebak belaka
      hafizmd baru je tulis kisah Bagaimana nak jadi lebih kacak dan anggun?My Profile

      1. chii says:

        hehehe..sekadar cuba2 je. tp kalau disuruh karang lg..mmg failed :p
        chii baru je tulis kisah Susahnya kalau tak sedar diriMy Profile

  3. mie says:

    tapi waktu senja juga menarik…
    tambah2 tepi pantai…
    hehehhee
    mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 1)My Profile

  4. Ad-Dien says:

    Syukurlah, hari yang cerah dan baik..

    disini kerap hujan, rahmat Allah mencurah sekalian alam, Alhamdulillah
    Ad-Dien baru je tulis kisah Sufyan at-ThauriMy Profile

  5. masa berlalu, usia meniti,

    apa lagi, hajat ingin bersuami..

    errk
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kenapa saya comel & kulit halus?My Profile

  6. akubiomed says:

    Malam tadi dan hingga pagi tadi hujan. Barulah sejuk kalau tengahari semalam terasa bahang panas.

    Tidak terlewat untuk melakukan perubahan supaya kesalahan tidak berulang.
    akubiomed baru je tulis kisah Berjumpa blogger otai di majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHatiMy Profile

  7. eiela says:

    cantiknya pemandangan..
    eiela baru je tulis kisah Kehidupan Kaki PancingMy Profile

  8. sud@is says:

    as salam lama x singgah aihhh,,
    bukan kulit ja nak cerah hari pun mau cerah
    mengharap hari2 mendatang kian cerah aman bahagia
    malaysia raya
    merdeka
    sud@is baru je tulis kisah Yang Ni Pun Sedapp……My Profile

  9. hafizmd says:

    cantiklah sungguh hari yang cerah
    awan petang berona merah
    andai ada silap dan salah
    kepada DIA kita berserah
    hafizmd baru je tulis kisah Bagaimana nak jadi lebih kacak dan anggun?My Profile

  10. ProfHariz says:

    Sekarang sudah petang. Pemandangan cantik dlm gambar tuh. Di mana?

  11. fiezaradzi says:

    mmg cantik ciptaanNya.. lau hayati tul2, rasa tak nak berganjak pun.. kan..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Undian Piala Thomas 2012My Profile

  12. yas says:

    Tetiba teringat kat lagu Hujan plak bro…he3x!! Kt S/Alam mmg 2 hari kebelakangan ni asyik hujan …
    yas baru je tulis kisah KOMANDAN & 37 ASKAR KOREA PENGAMAN PBB MASUK ISLAMMy Profile

  13. Norizwan says:

    macam sebuah lagu ler pulak…indahnya ciptaan Allah S.W.T
    Norizwan baru je tulis kisah Sebatang pokok Fir dalam paru-paru manusiaMy Profile

  14. mungkin pepatah menyesal dahulu tu bermksd..menyesal sblum menjdik parah..sbb bila dah parah..menyesal pon dh x berguna..

    pndpt sy la.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Proton Preve’ : Apa Itu ECS ?My Profile

  15. titan says:

    hehe..hari ni memang cerah kat sini..
    titan baru je tulis kisah Ustaz Azhar Idrus dan PTPTN.My Profile

    1. yas says:

      Sama…pagi yang cerah disini….:)
      yas baru je tulis kisah KOMANDAN & 37 ASKAR KOREA PENGAMAN PBB MASUK ISLAMMy Profile

  16. Juan says:

    ini link untuk masuk cpanel bagi tehr http://www.tehramuan.com:2082/
    Juan baru je tulis kisah Proton Preve Latest Images 2012My Profile

    1. rahman says:

      jgn bagi kat sini bahaya.. kena godam nanti hehe.. payah pula nanti kita nak berpantun :)
      rahman baru je tulis kisah Pesawat MAS mendarat cemas di KLIAMy Profile

  17. benjy says:

    dua tiga kucing berlari,
    kucing ke empat tak mahu lari,
    jumpa hantu jangan berlari,
    nanti terkencing sambil berlari. :D
    benjy baru je tulis kisah UNDIAN PIALA THOMAS 2012 MEMIHAK KEPADA MALAYSIAMy Profile

  18. rahman says:

    hari yang cerah terasa aman
    dari pagi hingga ke malam
    syukur dgn anugerah tuhan
    dapat melihat semesta alam
    rahman baru je tulis kisah Masjid Jamek berkembar Haji Mat Saman unikMy Profile

  19. Amirez says:

    cantik warna mentari pagi ni.
    sekarang ni jarang boleh nampak warna pagi secantik ni.
    selalunya kat sini pagi mendung.
    Amirez baru je tulis kisah Emas di Kota DamansaraMy Profile

  20. Bro Zulkbo says:

    salam..
    lagu seniman Allahyarham Ahmad Jais tu
    memang penuh bermakna..
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Apa Anda Akan Buat Jika Ada 5 Billion Dollar Diusia 94 TahunMy Profile

  21. kimmie says:

    keluar rumah pagi – pagi memang boleh tengok pemandangan yang indah ini
    kimmie baru je tulis kisah Wordless Wednesday 24: Kuih apakah ini?My Profile

  22. iza says:

    Assalam..
    Bila baca tu, dapat bayangkan suasana macam tu…
    Teringat di kampung..
    iza baru je tulis kisah Di Wad KecemasanMy Profile

  23. Hairul says:

    masa berlalu cukup pantas… penghujungnya… kematian…
    Hairul baru je tulis kisah Pemenang Program Kongsi Resepi Dapat Duit 2012My Profile

  24. dinar says:

    Cerah matahari tanda siang,
    cerah masa depan tanda kejayaan,
    cerah bulan di waktu malam,
    …..pantun 3 kerat ni tak menjadi lah tehr..hehe
    dinar baru je tulis kisah Harga EMAS dijangka akan melonjak dalam masa terdekat?My Profile

  25. azura says:

    pagi ini saya datang lagi
    jenguk blog cikgu pagi hari
    lihat perubahan hari ini
    rutin biasa sudah sebati
    azura baru je tulis kisah Dream Come TrueMy Profile

  26. nurmisnan says:

    Di Brunei sangat cerah setap hari.. namun bila
    malam tiba hujan lebat mencurah2..
    nurmisnan baru je tulis kisah Kelebihan bersiwak sangat besar fadhilatnyaMy Profile

  27. Tapi betul la bro.. mmg sebelah pagi skrg (kecuali time hujan) mmg cerah benar. Kat sini pukul 6 am puiii terang benderang ehhh
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Cara Mengenalpasti Jantina Anak Kucing Yang Baru LahirMy Profile

  28. donnyien says:

    pandai bro berpantun, hehe..

    benar sekali, usah ditangis kisah yang lalu, masih ada peluang untuk perbaiki diri
    donnyien baru je tulis kisah Wordless Wednesday # Air Terjun Langanan Poring RanauMy Profile

  29. lunaticg says:

    Tak semestinya cerah sepanjang hari.., Macam semalam kat Klang, cerah di pagi hari jer.., nak malam dah start nak hujan.
    lunaticg baru je tulis kisah Hukum Jual Beli Duit LamaMy Profile

  30. kulanz says:

    sekarang ni awal pagi selalunya cerah.. jam 8 matahari dah terik..
    tapi menjelang tengahari mesti hujan lebat..
    kulanz baru je tulis kisah Seminggu di Hospital PitasMy Profile

  31. suri says:

    ipoh asal malam atau petang saban hari hujan shaja…mujur kmi tka duduk di daerah kampar, perak…

  32. suri says:

    semalam jaln2 rasa aman dan selesa sb tak pans dan tak terik heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun