Hari Wanita Sedunia 2011

Tarikh 08 Mac adalah Hari Wanita Sedunia. Tema sambutan bagi tahun 2011 ini ialah “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita.” Tahun ini juga merupakan sambutan ke 100 Hari Wanita Sedunia.┬áBelum terlambat rasanya untuk mengucapkan:

rose

Selamat Hari Wanita buat semua wanita di seluruh dunia.

ros

Sungguh malang apabila ada sebahagian dari kita yang berkata tidak memerlukan pasangan dalam hidup. Ada lelaki yang mendabik dada mengatakan tidak memerlukan wanita manakala wanita pula tidak memerlukan lelaki. Yang sedihnya mereka masih pula memerlukan pasangan sejenis untuk memenuhi keinginan dan gelora kehidupan.

hidup berkecamuk ruginya besar
jiwanya dirasuk matlamat tersasar
jangan mengamuk di bawah sedar
marahkan nyamuk kelambu dibakar

Tidak dapat dinafikan bahawa kaum wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan. Sejarah telah membuktikan bahawa hidup kaum lelaki tidak sempurna dan berjaya tanpa ditemani dan disokong oleh kaum wanita. Keduanya mempunyai peranan yang sama penting serta saling memerlukan antara satu sama lain. Di sisi Allah, hanya iman dan taqwa sahaja yang membezakan setiap insan.

TehrDemikian kisah 'Hari Wanita Sedunia 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. kulanz says:

    wanita memang sangat penting dalam hidup..
    cuma kadang-kadang terlupa hari penting ni.. :)
    kulanz baru je tulis kisah Keguguran dan Pengguguran KandunganMy Profile

    1. tehr says:

      sama la dengan aku, bro
      selalu je lupa tarikh2 penting
      hehe

  2. padin says:

    umm, kedua2 di cipta untuk saling melengkapi kan?
    hehee.. so jgn nak cakap la, lelaki hebat dari perempuan,
    dan sebaliknya..

    1. tehr says:

      tak siapa yang hebat, bro
      semua perlukan pertolongan

  3. ghost writer says:

    i need a woman….tidak pernah serik malah tetap respect jugak..

    selamat hari wanita
    ghost writer baru je tulis kisah blankMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      walau pun perempuan banyak ragam
      tapi masih juga diperlukan dan menyenangkan :D

  4. ahmadhaikal says:

    ramainya wat entri pasal nih. hehe..
    ahmadhaikal baru je tulis kisah Oh No! PMS! Premenstrual SyndromeMy Profile

    1. tehr says:

      nampaknya semua perlukan wanita ni, haikal :D

  5. Selamat hari wanita kepada wanita-wanita di luar sana…. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah WW- Wedding ModeMy Profile

    1. tehr says:

      selamat hari wanita, sis
      moga2 dikunjungi kejayaan berpanjangan

  6. akubiomed says:

    Hari Wanita Sedunia disambut hebat
    Selagi hayat di kandung budi
    Kuasa wanita tidak dapat disekat
    Jangan lelah untuk berbakti
    akubiomed baru je tulis kisah Dedikasi Hari Wanita Sedunia 2011My Profile

    1. tehr says:

      selagi hayat dikandung badan
      jangan sekali kamu lupakan
      sunnah rasul perintah tuhan
      anak kecil kaum perempuan

  7. kakyon says:

    beberapa hari tidak on9..smpai terlupa sambutah hari wanita..
    kakyon baru je tulis kisah Emak !!My Profile

    1. tehr says:

      masih sempat lagi ni, kakyon
      sempat hari wanita untuk kakyon
      cergas dan hebat selalu

  8. toyol says:

    TK sendiri x pnh cakna pasal sambutan hari wanita ni, walau pun TK seorang perempuan..
    yg TK selalu ingat hari ibu je..

    semua manusia harus saling menghormati dan saling memerlukan, tidak mengira jantina..

    sambutan hari lelaki ada tak??
    toyol baru je tulis kisah AYAH- JANGAN SEMBELIH SAYA! part 2My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, tk
      hari ibu memang lebih popular dari hari wanita

  9. Cik Siti says:

    selamat hari wanita…. kepada semua wanita yang ada diseluruh dunia…
    Cik Siti baru je tulis kisah BagindaMy Profile

    1. tehr says:

      dan untuk cik siti
      moga2 kekal sihat dan terus berjaya

  10. zulkbo says:

    salam..
    selamat menyambut hari wanita..
    sayangilah wanita-wanita dalam
    hidup anda..wanita penyeri hidup…
    zulkbo baru je tulis kisah Semakan Daftar Pemilih Pengundi – PRU-13My Profile

    1. tehr says:

      salam
      betul tu, bro
      seminggu isteri pergi kursus pun si suami dah tak keruan
      haha

  11. decrewz says:

    Hari yang cukup sesuai untuk ucapkan pada tunang Jai, baru la romantik cikit..wahahaha
    decrewz baru je tulis kisah Buffered Earning Yang ke-5My Profile

    1. tehr says:

      molek sangat tu, jai
      jangan lupa hadiahkan bunga juga

      selamat berbahagia

  12. Hadi Rofiee says:

    Lelaki perlukan wanita & begitulah sebaliknya.

    Islam datang & mengangkat darjat kaum wanita. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Fokus kepada penyelesaian dan bukannya kepada masalahMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      syukur nikmat :)

  13. etomyam says:

    ahh wanita..can’t live with them but can’t live without them ngehehe :D
    etomyam baru je tulis kisah Being Interesting VS Being InterestedMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      mereka memang penuh dengan misteri

  14. sud@is says:

    dijadikan insan hidupnya berpasangan
    saling memerlukan
    sud@is baru je tulis kisah Grid dan Graf Perlu SeimbangMy Profile

    1. tehr says:

      saling melengkapkan
      dan sangat diperlukan :D

  15. mie says:

    selamat hari wanita!!!
    bila hari lelaki pula? heheee
    mie baru je tulis kisah Keyword Bulan Februari 2011My Profile

    1. tehr says:

      malangnya hari lelaki tiada, mie
      hanya ada hari bapa je

      pelik betul mereka ni buat sambutan :D

      1. mie says:

        itu la, sambutan macam2 ye..
        janji ada cuti xkisah la..
        eehheee
        mie baru je tulis kisah Door Gift Bukan Untuk DijualMy Profile

  16. shameel says:

    semoga hari wanita kali ini mematangkan kita erti wanita dan kewanitaan.
    shameel baru je tulis kisah UMAT ISLAM DI CHINAMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      kadang2 ada yang tak mengerti mengapa wanita dijadikan
      ada yang buat seperti barang mainan je
      di jual beli sesuka hati

  17. Ismail N says:

    aku hanya pencinta wanita.. he he..
    tahniah wanita2 semua, especially yg kat rumah tu.. dah tido pun dia.. :D

    1. tehr says:

      dan aku pasti BUKAN buaya :D

  18. mie says:

    itu la, banyak pula sambutan ni
    heheheee
    mie baru je tulis kisah Tolong Ingatkan Aku!!My Profile

    1. tehr says:

      semua sayang wanita, mie
      aku juga
      hehe

  19. Norgadis says:

    Lelaki dan wanita sebenarnya saling perlu memerlukan…

    Bunga ros si bunga mawar
    Tajam duri harum baunya
    Di mana kucari ubat penawar
    Tanpa wanita tiada serinya.
    Norgadis baru je tulis kisah Karnival Suka Tadika Islam MAIWP Caw Labuan 2011My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun