Hari Persekolahan Dan Cuti 2011

Sekejap saja masa berlalu, sudah genap seminggu rupanya Mr. Tehr dan family berada di Sarawak [Bumi Kenyalang] yang terkenal dengan Bujang Senang ini. Walau pun tak banyak tempat yang sempat dilawati, tapi banyak la juga RM yang habis. :D

Mr. Tehr masih ada seminggu lagi untuk bercuti sebelum sesi persekolahan 2011 bermula pada 02 Januari nanti. Sebagai panduan untuk diri sendiri dan rujukan kawan-kawan, kali ini Mr. Tehr sertakan takwim hari persekolahan dan hari cuti persekolahan tahun 2011 yang akan datang.

Kumpulan A
(Kedah, Kelantan, Terengganu)

Penggal Hari Persekolahan Dan Cuti Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 10.03.2011 50
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 26.05.2011 50
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16
II Hari Persekolahan 12.06.2011 25.08.2011 55
Cuti Pertengahan Penggal 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 17.11.2011 55
Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B
(Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal Hari Persekolahan Dan Cuti Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 11.03.2011 50
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 27.05.2011 50
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16
II Hari Persekolahan 13.06.2011 26.08.2011 55
Cuti Pertengahan Penggal 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 18.11.2011 55
Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Bagaimana dengan keperluan persekolahan anak-anak? Harapan Mr. Tehr moga-moga semuanya sudah lengkap dibeli atau ditempah. Tarikh untuk bercuti di tahun depan juga mungkin boleh mula dirancang dari sekarang atau juga sudah boleh mula menempah tiket. Apa-apa pun lebih baik disiapkan lebih awal, kan?

TehrDemikian kisah 'Hari Persekolahan Dan Cuti 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. kami says:

    salam bro lama tak jumpa..
    da ada jadual bro..semangat nak mengajar ni..
    org umah pun tgh bercuti sekolah ni..
    nak besalin pun dekat je dgn tarikh buka sekolah,jd sambung cuti 3 bulan lg le..:)
    kami baru je tulis kisah Google Site Link Life KamiMy Profile

    1. tehr says:

      bagus juga tu
      sambung cuti bersalin pula 3 bulan

  2. sangilapi says:

    kalau bercuti ni memang rasa macam sekejap je masa berlalu :)

    selamat menempuh rutin biasa selepas ini.
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      tinggal seminggu je lagi

      dalam cuti pun ada je call dari sekolah bertanyakan bermacam hal
      urusan sekolah tak habis2

      yang seronoknya, aku hanya sekadar kerja melalui hp :D

      1. dnoBiz says:

        Nanti mesti jadi sindrom blues buka sekolah pulak lepas ni :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Faedah Kitar semula dan Stacy Pakai Buang Video-LirikMy Profile

        1. tehr says:

          harap2 tak jadi macam tu :D

  3. zulkbo says:

    salam..
    takwim berguna
    buat rujukan..senang
    mana nak ambik cuti
    kahwin ni..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Lelaki Dan Kerja Rumahtangga Tip RumahtanggaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      betul tu,musim cuti kawin untuk tahun 2010 ni dah nak tutup
      sapa2 yang berhajat, tempah awal2 untuk tahun depan
      ~bro zul berhajat gak ke? :D

  4. zulkbo says:

    salam..
    saya langsung tak berpeluang
    cuti panjang..paling lama pun
    Raya puasa 10 hari cuti berturut2
    zulkbo baru je tulis kisah Lelaki Dan Kerja Rumahtangga Tip RumahtanggaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      masing2 ada kelebihan dan kekurangan

  5. bisk says:

    masihkah digunakan slogan ‘ngap sayot’ di sana…lama tak dengar slogan tuh sekalipun ada member asal sarawak kat sini…

    1. tehr says:

      memang popular slogan ni suatu ketika dulu
      slogan pasukan bola sarawak ni
      tak tahu kenapa tiba2 je diberhentikan

      1. dnoBiz says:

        mungkin bila pasukan mereka mula menganas slogan ni akan kedengaran semula :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Faedah Kitar semula dan Stacy Pakai Buang Video-LirikMy Profile

        1. tehr says:

          dah lama juga mereka tak mengganas kan?

  6. akubiomed says:

    Terima kasih bro kongsi jadual persekolahan penggal. Tidak semua kalendar ada info ini termasuk kalendar kuda :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Persiapan persekolahan abang NgahMy Profile

    1. tehr says:

      sama2
      sebagai ingatan untuk diri sendiri juga sebenarnya :D

  7. padin says:

    wahh aku belum tengok lagi jadual untuk sesi akan datang, tp xbanyak perubahan rasanya hehee harap2 budak semster 1 kali ni tak banyak mendatangkan masalah,
    padin baru je tulis kisah padinno @ 2010My Profile

    1. tehr says:

      sekadar berharap je, bro
      tapi setiap tahun, perkara yang sama juga yang dihadapi :D
      dah memang tugas kita mendidik dan mengajar

      1. padin says:

        hehe betul juga tu… yup nama lagi pendidik
        bukan sahaja ilmu akademik, sahsiah diri juga hee

        mudah mudahan, tehr..
        padin baru je tulis kisah Entry TerbaikMy Profile

  8. zik says:

    wah…. cuti sekolah dah nak habis lah… erm… macam ne agaknya persiapan sekolah anak2 semua??
    zik baru je tulis kisah Kucing paling garang !!My Profile

    1. tehr says:

      hampir 90% dah siap, zik
      tunggu jaga buka pintu pagar je :D

  9. Latifah says:

    sekejap je masa berlalu… tahun 2010 sudah tiba di penghujungnya…
    tahun 2011 bakal menjelma..

    adehhh…. den gak belajo tak abis2 laei nih…
    Latifah baru je tulis kisah Tagged -again-My Profile

    1. tehr says:

      sapo pun takkan abis, latifah
      dari buaian hingga ke liang lahad mesti sentiasa belajar
      insya allah

  10. MDHAFiZ.NET says:

    Selamat Datang Dan Semuga Mendapat Rahmat dari negeri Sarawak Darul Hana…. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Goodbye 2010Hello 2011 !!My Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah, insya allah

  11. Ismail N says:

    Err belum apa2 lagi dah pikir cuti next year. Advance! Ha ha..
    Tak lama lagi terpaksalah kembali jd driver utk anak2 :D Sebelum 6 pagi bertolak…. hu hu..

  12. Cik Siti says:

    pejap celik cepat masa berlalu… erm…. tak lama lagi anak dah masuk darjah satu… semoga dia berjaya…
    Cik Siti baru je tulis kisah Apa ada pada kampungMy Profile

  13. Norgadis says:

    Wah! ada jadul cuti sekolah pula ni, bestlah boleh copy utk simpanan.
    Norgadis baru je tulis kisah Hari Pertama Bercuti Di Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      sekadar panduan sendiri
      boleh je copy, noor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun