Hari Malaysia – Kita Pernah Dijajah

dahulu datang mat portugis
kisah sejarah sangat tragis
buat rakyat melaka menangis
rempah ratus dipunggah habis

portugis diganti mat belanda
kedua-duanya sama sahaja
menyapu memunggah segala
melaka hampir papa kedana

mat saleh datang terkemudian
pahlawan gagal beri tentangan
tanah melayu dalam cengkaman
sabah dan sarawak diikat tangan

di zaman perang dunia kedua
jepun datang memotong kepala
hidup sukar sungguh sengsara
mendidih darah pahlawan bangsa

kini kita sudah pun merdeka
berjaya mewah penuh bergaya
bersatu serta aman sejahtera
malaysia negara yang tercinta

Hari Kebangsaan pada 31 Ogos mengingatkan rakyat mengenai kisah perjuangan mencapai kemerdekaan daripada penjajahan yang dirayakan dengan pelbagai acara rasmi, seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosiobudaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

TehrDemikian kisah 'Hari Malaysia – Kita Pernah Dijajah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


One Comment

  1. donnyien says:

    suka baca post ni bro, lama bro bercuti.. selamat bercuti ya.
    donnyien baru je tulis kisah Rahsia hidup bahagia Part 1My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun