Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan

Habis perayaan Hari Raya [biskut raya belum habis lagi] kita sambut pula perayaan Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan. Korang dah kibarkan Jalur Gemilang di rumah atau di kereta?

Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 daripada pemerintahan British. Sabah, Sarawak dan Singapura merdeka pada 16 September 1963 melalui pembentukan Malaysia. Singapura menarik diri dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Begitulah sedikit rentetan sejarah negara kita Malaysia. Jadi bilakah tarikh paling sesuai untuk kita menyambut Hari Kebangsaan? 31 Ogos atau 16 September?

Tiba-tiba pula otak aku bertanya soalan.

Megah titiwangsa tinggi banjaran,
Kinabalu beredar sampai ke Rajang;
Sambut merdeka Hari Kebangsaan,
Megah mengibar jalur gemilang.

jalur gemilang

Panda gergasi cuba melompat,
Pohon nangka tak sampai tangan;
Jiwa merdeka penuh semangat,
Sehati sejiwa kita bergandingan.

Sekian lama aku telah menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun. Dah banyak kali dah… Sejak kahwin ni [isteri aku orang Sarawak] aku sering keliru, bila sepatutnya kami menyambut Hari Kebangsaan, ikut tarikh kemerdekaan Tanah Melayu atau ikut tarikh kemerdekaan Sarawak?

Atau kami perlu sambut pada kedua-dua tarikh?

TehrDemikian kisah 'Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


13 Comments

  1. Tarikh tu rasanya tak penting sangat tetapi semangat patriotik cintakan negara itu semakin hilang dari kebanyakan rakyat Malaysia. Semoga Malaysia terus aman dan damai di masa hadapan.
    Malaysia coin baru je tulis kisah Duit Syiling lama MalaysiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, moga2 terus aman sejahtera

  2. Ali ridha says:

    ikut tarikh Merdeka le senang.
    Ali ridha baru je tulis kisah Salam Aidilfitri 1433H 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      masalahnya, bro
      tarikh semenanjung merdeka atau tarikh sabah & sarawak merdeka :D

  3. tehramuan says:

    ya la
    sebarang selisih pendapat, bawa bincang elok2, kan?

  4. Bro Zulkbo says:

    salam..
    bila mood raya nih
    macam terlupa pulak
    nak sambut merdeka
    kan..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Dapat Kad Raya Dari PM NajibMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      ya la, bro
      mood raya masih berbaki lagi ni :D

  5. shraqs says:

    Rasanya kalau sambut kedua2 skali tak menjadi masalah Mr. Tehr, lagi meriah kot.
    shraqs baru je tulis kisah Samsung Galaxy S3 Akan Menerima Update Android Jelly Bean 4.1.1My Profile

  6. apa yg penting kita merdeka..btul x cikgu? hehe :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Kelebihan Verify Semua Langkah Google WebmasterMy Profile

  7. Selamat menyambut hari merdeka buat semua rakyat malaysia

  8. sensasi2020 says:

    31 ogos hari kemerdekaan,
    Disambut dengan penuh kebebasan,
    Merdeka dari semua penjajahan,
    Fikiran dan minda perlu bebas tanpa sekatan.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?My Profile

  9. akubiomed says:

    Bendera Jalur Gemilang dan negeri Selangor sudah dikeluarkan daripada simpanan. Cuma belum digantung lagi.
    akubiomed baru je tulis kisah Sudah masanya pulang ke sarangMy Profile

  10. kakyon says:

    merdeka! merdeka!! merdeka!!!
    kakyon baru je tulis kisah masak masak dan makan makan..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun