gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

tehramuan

Hari Kanak-Kanak Sedunia

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober setiap tahun di Malaysia.

Objektif Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia [World Children's Day] yang diadakan saban tahun adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak. Sambutan ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

kanak-kanak juga ada hak

kami juga anak dunia
punya hak untuk merasa
aman bahagia juga sejahtera
walau pun kami terlewat tiba

pusaka kami bebas dirompak
kalian kamu buta tak nampak
warisan kami musnah dilanyak
bukankah kami semuanya layak

kami hadir ke dunia ini
bersama tiket milik sendiri
kami membawa budi pekerti
bukan meminta mohon simpati

Dalam kemeriahan acara dan keseronokan memberi hadiah, sama ada sedar atau tidak banyak pihak sebenarnya sedang menghancur dan memusnahkan hak kanak-kanak ini tanpa kawalan. Pastinya kita tidak mahu menjadi seperti Jepun yang terpaksa meninggalkan radiasi nuklear kepada anak-anak mereka yang bakal lahir nanti.

TehrDemikian kisah 'Hari Kanak-Kanak Sedunia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



39 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    selamat menyambutnya..
    kanak-kanak pewaris bangsa
    bangsa yang mulia bermula
    dari zaman kanak-kanak..
    tak gitu..?
    zulkbo baru je tulis kisah Isu Mat Indera Pejuang Kemerdekaan Semakin KalutMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      peranan mendidik anak2 memang berat, bro
      semua perlu ambil bahagian

  2. Cik Siti says:

    Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia… mereka adalah pemangkin negara untuk masa depan.. dan keamanan itu penting dalam melihat mereka lebih maju
    Cik Siti baru je tulis kisah #4 wordless wenesday: Alangkah seronok menjadi mereka…My Profile

    1. tehr says:

      tanggung jawab kita untuk menyediakan yang terbaik untuk mereka
      jangan bagi peluang mereka kutuk kita nanti

  3. juanita says:

    Sayangi & hormati kanak2 kerana ia merupakan masa lalu kamu
    juanita baru je tulis kisah Nuffnang Premiere Screening – Apollo 18My Profile

    1. tehr says:

      yups
      kita juga bermula dari bayi dan kanak2

  4. Ali ridha says:

    sekali lahir anak baru.pasti akan terkena
    penyakit.negara jepun cuma satu keluar
    ada satu anak je.paling rendah lah.
    Ali ridha baru je tulis kisah kursus godam komputerMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      silap kita orang dewasa
      anak2 yang terima akibatnya

  5. faaizzdzul says:

    kanak-kanak perlu kasih sayang.
    harap2, kes2 pderaan kanak2 spt nurin, syafiah, m rayyan berkurang lepas ni.

    Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia.

    =)
    faaizzdzul baru je tulis kisah NGERIMy Profile

    1. tehr says:

      ini lagi satu hal
      makin banyak pula kes dera kanak
      orang dewasa yang buat contoh tak baik

  6. maza says:

    Malam kelam jangan alpa
    Tidur sejenak mimpi tiada
    Lumrah alam ketentuan dunia
    mula setelelapak kini dewasa…

    selamat hari kanak2 sedunia gitew..

    kanak2 pewaris generasi kita..
    maza baru je tulis kisah Indahnya Hari RayaMy Profile

    1. adele says:

      terima kasih utk ucapan itu cik maza…. :D

    2. tehr says:

      tidur sejenak mimpi tiada
      berkalih juga masih serupa
      dulu anak sekarang dewasa
      buat contoh yang baik sahaja

  7. adele says:

    terima kasih cikgu mengingatkan sy akan sambutan hari kanak-kanak ni..kalo tak terlupa sy :D
    adele baru je tulis kisah Wordless Day #3 – What Some Guys Really ThinkMy Profile

    1. tehr says:

      masa kecil dulu
      tak ingat pula ada ke tidak sambut hari kanak2 :D

  8. zool says:

    oo baru tau pasal hari kanak-kanak sedunia. almaklumlah takde anak.. jadi memang tak tau hari ni.. ‘selamat hari kanak-kanak’..

    1. tehr says:

      bro zool bila lagi?
      hehe

  9. sud@is says:

    byk betul hari2 sedunia ni ya…
    sud@is baru je tulis kisah Jenazah Noramfaizul Selamat TibaMy Profile

    1. tehr says:

      baru je kita lepas sambut hari raya
      tapi tak sama kan? :D

  10. Wan Perlis says:

    masa aku kanak2 takdak plak depa nak sambut.haha

    1. dnoBiz says:

      ya la wan..
      aku pun rasa masa aku kecik dahulu takde pulak sambutan ni…
      Ps : mungkin masa tu pengasas sambutan ni kecik lagi kot
      dnoBiz baru je tulis kisah Kerja Gila – Batmanning pulak dah… (Video)My Profile

    2. tehr says:

      tu la pasal, wan
      aku pun tak ingat ada smbutan ke tidak

  11. Norasikin says:

    Kanak-kanak adalah aset negara
    Tanggungjawab kita mendidik mereka
    Bimbinglah mereka dengan sempurna
    Moga menjadi pemimpin berjasa
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Karipap Serunding MiniMy Profile

    1. tehr says:

      tugas kita mendidik mereka
      bukan seorang tetapi semua
      buat hanya yang baik sahaja
      berikan contoh pekerti mulia

  12. iwan delaroc says:

    bukan kanak2 lagi….
    iwan delaroc baru je tulis kisah thought of the day #13My Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, iwan :D

  13. anak-anak pewaris bangsa.
    anak-anak penerus negara.
    kita corakkan mereka.
    agar mereka mencorakkan negara.
    shameel iskandar baru je tulis kisah Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

    1. tehr says:

      anak ibarat kain putih
      masih cantik masih bersih
      kalau dapat curahkan kasih
      di hari muka tidaklah pedih

  14. dnoBiz says:

    Selamat menyambut hari kanak kanak sedunia..
    Tapi sayangnya mereka sudah tak dapat..
    Hidu kesegaran Udara yang kita hidu Dahulu..
    Kedinginan embun pagi yang kita rasa dahulu..
    Kesejukan air perigi dan sungai yang kita mandi dahulu..
    Permainan Tradisi yang sering kita mainkan dahulu..
    dan apa lagi yang bakal mereka Hilang…???
    dnoBiz baru je tulis kisah Selamatkah Kita – Rompakan di restoran mamak di Seksyen 15 (Video)My Profile

    1. tehr says:

      dah banyak sangat yang dah pupus dari muka bumi ni
      aku ingat, dulu kalau musim hujan
      ikan puyu boleh naik ke darat ikut air
      kami tangkap macam tu je

      sekarang memang tak ada lagi

      1. dnoBiz says:

        betul tu Tehr..
        kalau dulu mandi hujan sampai sehari suntuk pun ok je..
        tapi sekarang pantang kena mesti ada yang selsema…
        dnoBiz baru je tulis kisah Rehatkan Minda – Bila dah tak paham Bahasa (video)My Profile

  15. Nik Thoha says:

    Selamat hari kanak2 sedunia. Kanak2 adalah pewaris masa depan dunia ini. Dunia yang kita tinggal hari ini bukan milik kita sahaja. Tapi ia juga adalah warisan untuk generasi akan datang. Sama2 kita menjaga alam sekitar juga untuk generasi akan datang. :)
    Nik Thoha baru je tulis kisah Motivasi Untuk PelajarMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, nik
      alam yang dah tercemar ni
      jangan la buat jadi lebih teruk

  16. surihatiku says:

    yang penting saya anak malaysia heee..
    surihatiku baru je tulis kisah Ibarat Mati Hidup SemulaMy Profile

  17. ohcikgu says:

    sekarang ni..macam-macam hari ada ye. hehe..
    ohcikgu baru je tulis kisah (Gambar) Produa Myvi Extreme 1.5L yang comel.My Profile

    1. zik says:

      hari susu pun ada….. apepun kanak2 harus diingati juga…
      zik baru je tulis kisah Sajak: kota kemerdekaan yang dibinaMy Profile

  18. bEe says:

    Teringat masajadi kanak2
    Zaman plg seronok! :-)

  19. akubiomed says:

    Seingat saya dahulu ada anugerah Hang Tuah untuk kanak-kanak yang menonjolkan sifat berani. Masih ada lagi anugerah tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge