Harga Yang Perlu Dibayar

Tanpa mengira siapa, kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, jarang sekali seseorang memperolehi sesuatu dengan percuma kecuali udara. Air juga perlu dibayar walau pun kadang-kadang hanya angin sahaja yang keluar dari kepala paip. Apa lagi kalau mahu mendapatkan sebuah Toyota Vios atau Proton Exora, sudah pasti perlu ikat perut kumpul wang bertahun-tahun.

ikat perut mengurangkan makan kerana susah;

ada harga yang perlu dibayarharga yang perlu dibayar
makan pakai mahu pun belajar
tinggal setempat pergi belayar
orang kecil atau orang besar

berbagai cerita selalu terdapat
ada manusia seronok merembat
tak berbayar menunjuk kudrat
si lemah pula hidup merempat

Adakah harga sebuah ketenangan seorang yang dikejar along sama dengan harga sebuah mimpi seorang jutawan? Berapa pula harga satu kehamilan sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin? Seratus, seribu, sepuluh ribu atau seratus ribu?

Harga serangkap pantun dari Mr Tehr di blog tehramuan ini pula kena tanya Mr Nuffnang. :D

TehrDemikian kisah 'Harga Yang Perlu Dibayar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

    1. tehr says:

      memang lari tak cukup tanah tu

  1. Jai says:

    Nak kumpul wang bertahun2, nak abiskan sehari je..hu3…

    Kalau tya nuff harga pantun di blog ini, mesti diorg x mampu nak bayar kan..he3

    1. tehr says:

      haha
      ni memang masalah besar ni
      ramai anak cucu yang habiskan harta peninggalan datuk nenek

  2. padin says:

    betul tu, semua perkara perlu di bayar sekarang, huu..
    kalau pantun bro ni… mmg ada ‘harga’

    1. tehr says:

      jangan tersenarai sebagai barang kawalan dah la
      raya pun dah dekat ni :D

  3. tengkorakemas says:

    Tiap tindakan ada juga ‘harga’nya yang perlu dibayar…jadi biarlah kita cuba betul untuk kali pertama, pilih jalan yg tepat..

    Pantun di blog ni, nuff pasti tau cara membayarnya, cuma dorg tak berbalas pantun je hehe

    1. tehr says:

      kalau nuff tak hantar pantun pun tak apa
      asal saja hantar cek :D

  4. adele says:

    camne nak kumpul wang secara berkesan..hmmm
    adele baru je tulis kisah Aku, Dia dan PingpongMy Profile

    1. bEe says:

      @adele : Ha, bila dah start pegang duit kena mula menabung yer cik adik manes… kalau tak mahu nnt kelabu bijik mata… hehehe

    2. tehr says:

      mmm
      kalau berikan saya simpan? macam mana :D

  5. akubiomed says:

    Kalau ikutkan hati mahu ambil Proton Exora sebab famili sudah besau :-)

    1. bEe says:

      @akubiomed : Samelah kita bro… hehehe
      Tp RM tak tahu nak cekau mana. hehehe

    2. tehr says:

      boleh la tu, bro
      memang selesa juga nampak

  6. bEe says:

    Skang ni semua RM jek cikgu! huhuhu
    Takde RM mcm gelap jek masa depan. huahuahua

    1. tehr says:

      memang pasti bergelap, bEe
      kalau rm tak ada nak bayar bil elektrik :(

  7. maza says:

    Sekarang semuanya bertanda harga
    Usahkan kata kereta
    berak pun ada juga harga
    itulah nilah dunia
    bila taruhan hidup adalah harta

    huhuhu
    maza baru je tulis kisah Didera Lelaki juga perlukan talian NUR!My Profile

    1. tehr says:

      abang sudin, duaposen!

  8. yas says:

    Hari2 aku tgk exora…sampai jemu dah rasanya…tp mcm bro kata la..klau nak memiliknya kene ikat segala2nya dulu…ishhh tak sanggup lak aku rasanya…
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday ~ Kebab TurkiMy Profile

    1. tehr says:

      kadang kena ikat kaki gak, yas
      tak boleh jalan2 selalu macam biasa :(

  9. ghost writer says:

    ada manusia seronok merembat
    apa jenis barang pun dia sebat
    si lemah pula hidup merempat
    yang kuat tak perlu guna kudrat

    dan ada yang tak perlu bayar apa-apa hanya dengan mengharapkan ihsan rakyat.
    ghost writer baru je tulis kisah badiMy Profile

    1. tehr says:

      buat baik berpada-pada
      buat jahat jangan sekali
      orang besar mengada-ngada
      orang kampung bersedih hati

  10. zulkbo says:

    salam..
    jika nuffnang kurang membantu
    apa kata tukar sahaja penaja Bro
    :D
    zulkbo baru je tulis kisah Dah Tengok Cincin Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond? (Gambar)My Profile

  11. kakyong says:

    x de yg percuma dlm hidup zaman skrg ni..
    semua nya ade harga
    cuma harga diri ramai yg jd murah, semuanya kernaa nak byr harga kehidupan
    kakyong baru je tulis kisah Stanza Cinta–review episod 2 & 3My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun