Haram Boleh Jadi Halal?

banyak sudah terjadi
haram jadi halal nanti
bila dinikahkan wali
damainya suami isteri

gembira bila melihat
manusia sanggup diikat ketat
bersetuju berjanji untuk bersepakat

banyak sedang terjadi
haram jadi halal sendiri
dicampur perempuan lelaki
memandai sesama sendiri

sedihnya bila dapat tahu
ada insan sanggup diri ditipu
bersefahaman tanpa perjanjian jitu

banyak akan terjadi
haram jadi halal begini
bila lesen pula diberi
kononnya mengawal judi

geramnya bila mengetahui
kumpulan berjaya diberi semula lesen judi
untuk bola sepak piala dunia 2010 nanti

halal dan haram
kita tak boleh diam
kerana bukan dari ilham
datang di tengah malam

haram dan halal
hukumannya tetap kekal
bagi insan berakal
bukan manusia bebal

TehrDemikian kisah 'Haram Boleh Jadi Halal?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun