Hanya Sekadar Menjemput

masjid

Selepas  solat Jumaat tadi, imam mengadakan solat sunat hajat dua rakaat. Ramai juga jemaah yang turut serta di samping ramai yang pulang. Masjid tempat saya selalu berjumaat ni sering juga mengadakan solat sunat hajat.

Kadang-kadang di kampung juga ada jemputan untuk mengerjakan solat hajat. Tujuannya berbagai-bagai terserah kepada tuan rumah. Biasanya majlis solat hajat diadakan selepas solat Isyak dan diikuti dengan sedikit jamuan. Apa yang peliknya, ada juga tuan rumah yang tidak turut sama mengerjakan solat hajat. Hanya sekadar menjemput dan menyediakan jamuan. :(  Layan lagu Wali Band kejap.

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzolimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Solat hajat boleh dilakukan bersendirian atau secara berjamaah. Biasa dilakukan bila memohon supaya Allah memakbulkan sesuatu permintaan. Apa sahaja permintaan atau hajat seperti memohon petunjuk, mohon dapat kerja, mohon selamat dalam perjalanan, mohon jodoh yang baik atau mohon ketabahan dalam menghadapi ujian di dunia ini juga.

TehrDemikian kisah 'Hanya Sekadar Menjemput' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. cikmin says:

    bercadang nak buat solat hajat jugak ni..disurau berdekatan..mohon diberikan kesihatan yang baik buat anakanda yang kecil tu.. :( buat kat surau senang..tempat luas..kalau dirumah cikmin ni agak terhad..
    cikmin baru je tulis kisah 5 Blogger Wanita Pilihan G&WMy Profile

    1. tehr says:

      bagus juga tu, cik min
      jemaah pun tak ambil masa nak solat
      mana tau kan, ada yang masih ada urusan nak dibuat

    2. dnoBiz says:

      Bagus tu Cikmin,
      Kat surau lebih afdal dan jemaah nya pun lebih ramai..
      dnoBiz baru je tulis kisah Perkahwinan Ayu Raudhah – Ayu Raudhah- Zaquan selamat diijabkabul GambarMy Profile

  2. RedBoys says:

    betul tu. ada juga yang jemput tapi tak solat sekali. alahai.
    RedBoys baru je tulis kisah Ibu Adalah SegalanyaMy Profile

    1. tehr says:

      tak tau apa sebab

      1. dnoBiz says:

        Mungkin yang laki tu datang bulan Kot :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Lawak Antarabangsa – TerBuat Lawak Bodoh Tapi…My Profile

  3. Zezebel says:

    Sebagai saudara baru, saya baru belajar solat 5 waktu, huhu
    Zezebel baru je tulis kisah Govt to build RM62m road linking Belaga and BakunMy Profile

    1. tehr says:

      langkah slow2, belle
      kerjakan yang wajib dahulu
      amalan sunat dikemudiankan

    2. dnoBiz says:

      Alhamdullilah Bel…
      Belajar pelan pelan, yang penting iklas dalam mengerjakannya, Ramai yang dah lama tapi masih tak tahu solat, ramai yang tahu tapi tak buat, ramai yang buat tapi tak betul…

      Ps: Harab Bel dapat mempelajari setiap perkara tentang islam tampa banyak masaalah :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Chat Box – Bila ChatBox Jadi Advertaising Community My Profile

  4. shameel says:

    lagi malang dlm kes solat jenazah. ada si anak menjemput org solat jenazah ibu or bapanya. tapi, si anak sembang kt luar
    shameel baru je tulis kisah JESSICAMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 allah izinkan aku solat jenazah ibuku nanti
      insya allah

  5. toyol says:

    solat hajat tu ikhtiar akhir..
    usaha dulu baru tawakal..
    toyol baru je tulis kisah KAHWIN BOLEH JEMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      jangan hanya pandai buat hajat je
      usaha kena buat juga

  6. bisk says:

    di surau tempat aku bermukim pon biasanya ada solat hajat nih selepas isyak.tapi lebih kerap ketika majlis bacaan yassin dan isyak selesai…
    bisk baru je tulis kisah black swan-its more than passionsMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bisk
      biasanya lepas isyak
      lebih tenang dan lapang

  7. sud@is says:

    solat hajat adalah hubungan antara insan dan pencipta yang paling dekat
    sud@is baru je tulis kisah DiTelan Mati Emak DiLuah Mati BapakMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      minta la apa2 saja

  8. eiela says:

    solat hajat memang bagus. dapat lak solat buat tgh malam, sunyi je.
    eiela baru je tulis kisah Kecelaruan Identiti – Selidik Dulu Sebelum BuatMy Profile

    1. tehr says:

      kalau rajin bangun pula buat solat tahajjud

  9. Cik Siti says:

    tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah…
    Cik Siti baru je tulis kisah Segmen- Bermadah Pujangga oleh Ben AshaariMy Profile

    1. tehr says:

      allah maha pengasih dan penyayang

  10. kaizen says:

    kat sini lak, setiap kali lepas jumaat mesti buat solat jenazah.
    kaizen baru je tulis kisah JiKa NaBi BeRSaMa KiTaMy Profile

    1. tehr says:

      innalillah
      maut ada di mana2 tak kira bila hari dan ketika

  11. dnoBiz says:

    Aku pun tak paham,
    ada yang hanya suruh orang buat sedangkan kat rumah dia sendiri tak buat…
    dnoBiz baru je tulis kisah Gadis Mata Duitan – CEO Buang Isteri Seperti SampahMy Profile

    1. tehr says:

      macam upah orang buat je :D

  12. padin says:

    ahahh.. yelah, solat ni merupakan senjata umat Islam,
    teringat masa sekolah dulu amalan ni memang berterusan, nak – nak lagi bila hampir dengan peperiksaan..
    padin baru je tulis kisah Coret – Coret BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      usaha dan tawakkal
      boleh mententeramkan suasana :D

  13. zik says:

    sembahyang hajat sunat yang sangat2 dituntut (sunat muakad)… kalau boleh sekurang-kurang nya seminggu sekali,.. sebulan sekali, atau setahun sekali.. ataupun seumur hidup sekali… ikut kemampuan…
    zik baru je tulis kisah Beregu kecundang- Lee Cong Wei mara separuh akhirMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      buat ikut kemampuan
      tapi jangan pula buat2 tak mampu :D

  14. mie says:

    mau mohon jodoh yang terbaik..
    amin!!!
    mie baru je tulis kisah Pekerjaan Extreme Semakin Menjadi PilihanMy Profile

    1. mie says:

      amin amin!!!
      mie baru je tulis kisah Paskal Selamatkan MT Bunga LaurelMy Profile

  15. Ismail N says:

    Jemaah tak jemput tuan rumah solat sekali ke? :D

    1. tehr says:

      aik?
      sepatutnya begitu la, bro

  16. zulkbo says:

    SALAM..
    pelik juga tuan rumah
    tu ye..?apa yang tak kena?
    pahala pun nak di beli
    gamaknya..??
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Nikah Ayu Raudah Dan Zakuan Kami Berkongsi JurunikahMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali

      tu la pasal, bro
      macam upah pulak

  17. sangilapi says:

    DIA lah tempat mengadu yang sebaik-baiknya.
    sangilapi baru je tulis kisah rezeki dari domainMy Profile

  18. kakyong says:

    suka dgn lirik lagu ni… :)
    kakyong baru je tulis kisah Pulut kuning vs menukar nama anakMy Profile

  19. suri says:

    rasanya mau monhon naikkkan gaji hee… Amin.

  20. suri says:

    benar tu mmg kekadang bila ada kenduri arwah cthnya.. org dtg mmbaca yasin tapi tuan rumah pula sibuk kat dapur dgn hidangan lauk itu ni kononya takut tetamu yg d jemput tak cukup makan huuu

  21. Norgadis says:

    Pelik pula bunyinya kalau yang menjemput tak solat sekali.
    Norgadis baru je tulis kisah Love Award Untuk Blogger PilihankuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun