cahayacinta dululainsekaranglain apacerita
tak kenal maka tak cinta
ahmadfaizal pondokkecil sudais-sudais
tehramuan

Halau Nyamuk

Syoooh… Syooooohh! Banyaknya nyamuk. Siapa pula yang tak tutup kandang ni. Hahaha. Dengan apa cara pun nyamuk mesti dihalau atau dikawal kerana bahayanya tidak mengenal sesiapa. Sejak dahulu hingga sekarang, kita mempunyai banyak pilihan bagaimana cara mahu menghalau dan mengawal nyamuk di rumah dan persekitaran. Pilih sahaja yang mana berkenan.

boleh guna racun serangga
sembur saja kat mana-mana
awas jangan terlebih guna
akhirnya sendiri pula merana

lingkaran nyamuk siap sedianyamuk
badannya hijau merah kepala
semakin diguna semakin lama
seperti tiada kesan apa-apa

ikutlah petua orang dulu-dulu
keluarga nyamuk tak suka bau
bunga tahi ayam kalau mahu
cubalah tanam semua penjuru

untuk hiasan dalaman pula
pokok selasih boleh dicuba
aroma tajam buat serangga
mereka pasti tak akan suka

sekarang ada petua terkini
cubalah diguna kalau serasi
sembur listerine sebagai ganti
nyamuk tak suka bau begini

paling senang beli kelambu
gantung saja empat penjuru
tapi jangan di ruang tamu
tidak sopan berbuat begitu

Inilah yang sedihnya orang kita sekarang. Kebanyakannya memang boleh menjadi penternak yang berjaya tetapi tidak pula pandai menguruskan hasil ternak. :D Berkeliaran dan berterbangan ke mana sahaja tanpa kawalan. Tak pasal-pasal nanti, jiran sekampung pula hilang sabar.

TehrDemikian kisah 'Halau Nyamuk' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



58 Comments

  1. padin says:

    nyamuk ni memang runsing tambah bila dia bunyi tepi telinga, memang menggangu tidur, huhuu..

    kat rumah pakai ubat nyamuk je hehee

    1. Mus says:

      kadang-kadang aku keliru..
      ubat nyamuk ke racun nyamuk?
      Mus baru je tulis kisah Mari Mencegah Wabak Kolera – TaunMy Profile

      1. padin says:

        haha tu la pasal, kalau di beri ubat
        makin kuat la nyamuk tu miahahaa

        sebetulnya racun serangga.. :D

        1. tehr says:

          haha
          vitamin kot?

      2. tehr says:

        haha
        makin sihat nyamuk tu makan ubat :D

      3. mie says:

        agak keliru juga..
        nak mengubati ataupun memusnahkannnya..
        eheheee
        mie baru je tulis kisah Gambar EPL Masters Football Malaysia CupMy Profile

        1. tehr says:

          aku masih berfikir juga ni
          kalau2 nyamuk ni boleh dijual :D

          1. padin says:

            kalau ada nilai di pasaran,
            aku sanggup buat part time kih3

            1. tehr says:

              aku join, bro
              50-50
              haha

    2. tehr says:

      kalau yang suka buat bunyi kat telinga tu
      aku memang geram
      memang tak boleh tido selagi tak bagi penampar :D

  2. Nadri says:

    daun serai pun blh digunakan utk halau nyamuk..nyamuk mmg bahaya terutamanya nyamuk aedes..dua kali aku masuk hospital gara2 digigit nyamuk aedes…mmg menyusahkan org betul nyamuk nie…
    Nadri baru je tulis kisah Kisah Susu KambingMy Profile

      1. Ismail N says:

        Kawe pun baru tahu.Mcm mana mahu guna? Letak aje kat sekeliling rumah? Atau tanam kat sekeliling rumah?

        1. tehr says:

          kena tanam tu, bro
          pastu jangan lupa siram air :D

      2. tehr says:

        ya la
        aku pun baru tau juga ni

    1. tehr says:

      aedes memang bahaya, bro
      anak aku hari tu, seminggu juga kat hospital

    2. akubiomed says:

      Banyak produk yang berasaskan serai wangi banyak dijual dipasaraya tapi samada hidung kita boleh bertahan bau serai wangi atau tidak itu pun satu persoalan juga :-)

      1. tehr says:

        hehe
        jangan2 kita sendiri pulak yang tak tahan
        nyamuk pula senyum je

        aku belum cuba sebarang produk dari serai wangi ni

  3. Mus says:

    kat bilik hotel aku ni ada jugak nyamuk..
    kena kena ridsect jugak ni..
    Mus baru je tulis kisah Cara Mudah Nak Menang Apple iPad 2My Profile

    1. kulanz says:

      uikkk.. hotel mana tu bro yang banyak nyamuk..
      yang tempat model bergambar tu? hehe
      kulanz baru je tulis kisah Fenomena Supermoon Syzygy 19 Mac 2011My Profile

      1. tehr says:

        boleh je nyamuk sekarang ni, bro
        memang dah power semuanya

    2. tehr says:

      aik, kat hotel pun dapat juga mereka curi masuk?
      memang cekap betul nyamuk sekarang ni

  4. kulanz says:

    siapa ada ternak banyak nyamuk.. sila mengaku sebab aku nak borong.. hehe..
    memang bahaya tu nyamuk.. tak boleh diternak.. kena hapuskan juga walau dengan apa cara
    kulanz baru je tulis kisah Fenomena Supermoon Syzygy 19 Mac 2011My Profile

    1. tehr says:

      jom kita paka2 bisnes nyamuk :D

  5. Ismail N says:

    Ramai ke lagi org zaman ni pakai kelambu bro? Kampung kawe rasanya dah tak guna lagi? Semua lwn nyamuk pakai ubat nyamuk. :D

    1. tehr says:

      memang jarang dah yang pakai kelambu
      hanya orang2 lama je :D

      1. padin says:

        betul, orang tua aku masih pakai kelambu ekekee

        1. tehr says:

          mereka suka pilih jalan selamat
          paling selamat

      2. akubiomed says:

        Ada yang kata pakai kelambu panas tapi ada beberapa kelambu moden tidak perlu gantung seperti dahulu. Kelambu moden ini berbentuk khemah ada yang sebesar saiz katil king dan queen.

        1. tehr says:

          betul tu, bro
          memag ada d jual sekarang ni
          kalau tak mahu guna senang nak simpan

  6. ghost writer says:

    masalahnya mau pakai kelambu itu merimaskan..tak biasa.

    maka pilihan yang ada..cuma guna kipas dengan kelajuan maksima untuk menghalau nyamuk
    ghost writer baru je tulis kisah jangan salahkan 3 stoogesMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun tak baisa dengan kelambu ni, bro
      memang kipas juga jadi pilihan
      selimut pulak paling tebal
      sejuk oooo

  7. Seri Bahasa says:

    senang kan kalau ternak nyamuk…tak payah jaga tak payah bagi makan…ehhh…ubat nyamuk pun banyak jual kat kedai…mesti sihat punya…

    1. tehr says:

      tak lama lagi malaysia jadi pengekspot nyamuk utama
      hahaha

  8. zulkbo says:

    salam saudara Tehr..
    bagaimana dengan serai wangi
    khabarnya nyamuk pun lari?
    saya masih bersyukur rumah
    saya tidak bernyamuk..alhamdulillah..
    tapi bila balik ke kampung petua ini
    boleh saya cuba nanti..TQ
    :D
    zulkbo baru je tulis kisah URLs Restricted By robotstxt errors -Tip BloggingMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      begitulah kata orang
      boleh dicuba nanti tanam serai banyak2

  9. toyol says:

    TK tidur dlm kelambu..
    tp kdang2 dlm kelambu pun ada juga sekor dua..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      bijak betul nyamuk tu :D
      halimunan kot?

    2. padin says:

      bermaharajalela la kalau ade yang masuk kelambu,
      dia tiada jalan keluar keh3

  10. mie says:

    nyamuk di mana pun senang dijumpa…
    tidur dalam kelambu pun boleh ditembusinya..
    eehheee
    mie baru je tulis kisah Gambar EPL Masters Football Malaysia CupMy Profile

    1. tehr says:

      nyamuk jenis halimunan tu, mie :D

    2. akubiomed says:

      Ada yang tidak tutup pintu kelambu rapat-rapat itulah sebab nyamuk masuk :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Pengharaman botol susu bayi polikarbonat Bisphenol AMy Profile

      1. mie says:

        patut la…
        nak kena beli kelambu special ni..
        ehehee
        mie baru je tulis kisah Bergembira di Air Terjun Kampung PerigiMy Profile

        1. tehr says:

          kalau yang paling besar tu
          budak2 boleh main kejar2
          haha

  11. zik says:

    nyamuk yang datang tanpa diundang…. kat kg kejap ada kejap takda…. tapi kat sini takda denggi ..bimbang juga..
    zik baru je tulis kisah Camel spider- labah-labah unta yang menakutkan!!My Profile

    1. tehr says:

      denggi ni kejap je merebak, zik
      kena awas selalu juga tu

  12. Kat Sabah ni, nyamuk kurang.., tapi kalau dah banyak tu, memang tak boleh tidur….
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Current news and eventsMy Profile

    1. tehr says:

      nyamuk ni memang jeles ngan orang tidur :D

  13. Cik Siti says:

    Jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar ye…
    Cik Siti baru je tulis kisah Cerita Bersiri Masa Kecik-KecikMy Profile

    1. tehr says:

      jangan
      habis rumah pulak nanti yang terbakar

  14. mekar says:

    Sya kalu kena gigit nyamuk cepat aje kulit sya ni berbintik merah. Nasib baik kt umah sya skrg xde nyamuk
    mekar baru je tulis kisah Jom Belajar Membuat MacaronMy Profile

    1. tehr says:

      biasanya orang berkulit cerah alahan dengan nyamuk ni
      kulit gelap macam saya ni tak la kisah sangat :D

      1. suri says:

        haa.. anak sy kulitnya cerah hooo klu blik umh mk merya saban mlm jdi santapan nya..

        bubuh sahaja visks hilanglah ia :)

        1. tehr says:

          beli kelambu je, suri
          senang dan selamat :D

  15. suri says:

    sslu htr anak kat tamn perumah..taman pinji mewah tapi nama je mewah hakikitnya ada jer lembu2 berkeliran ktu stu huu…kambing hitam ada jua..

    pastu tahu berjela2 atas jln ..bila kereta d rempuh busuk baunya heee..

    1. tehr says:

      aik? lembu pun ada?
      memang tak baik lepas binatang berkeliaran
      banyak harta benda orang yang rosak

  16. Norgadis says:

    Wah! gambar nyamuk tu memang saya suka tengoklah, macam katun kat tv pula hehehe…

    1. tehr says:

      nyamuk2 sekarang dah comel2, nor :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar