Hakikat Yang Perlu Diterima 130211

Nigeria muncul Juara Piala Negara-Negara Afrika 2013 setelah menewaskan Burkina Faso 1-0 melalui jaringan Sunday Mba. Sememangnya terbukti Nigeria lebih bagus berbanding Burkina Faso. Nigeria juga pernah muncul juara pada tahun 1980 dan 1994.

Kucing tidur di balik tabir,
Menutup mata melayan lena;
Burkina Faso ke pentas akhir,
Tahniah Nigeria muncul juara.

Harapan Manchester United (MU) untuk muncul Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menewaskan Everton 2-0 melalui jaringan Ryan Giggs dan Robin van Persie. Manchester City kini di kedudukan kedua dan ketinggalan 12 mata.

Terkejut adik tidurnya terjaga,
Lantai bergegar kakak berlari;
Manchester United di puncak liga,
Tidak terkejar Manchester City.

Juara Tour de France, Lance Armstrong disaman AS$12 juta (RM36.2 juta) oleh SCA Prmotion selepas dilucutkan gelaran tahun lalu dan mengaku mengambil dadah perangsang yang dilarang. Yang salah tetap juga salah sampai bila-bila.

Terbang burung mari berkawan,
Menjelajah dunia berhati riang;
Lance Armstrong kini disaman,
Padah kerana dadah terlarang.

Nazmi Faiz Mansor meninggalkan Beira-Mar dan mengikat kontrak dengan PKNS FC. Pemain berusia 19 tahun ini pulang mengejut dari Portugal dan telah mencetuskan kontroversi serta tanda tanya peminat. Sememangnya bola sepak Malaysia masih berada di belakang pasukan-pasukan lain.

Sayang keladi dibuang batang,
Harap dapat dimasak ubi;
Sayang Nazmi terpaksa pulang,
Harap dapat bergegar di sini.

“Dari segi pandangan peribadi, pasukan negara masih jauh ketinggalan berbanding negara Asia lain. Saya bukan mahu memperlekehkan kemampuan mereka, tapi itulah hakikat yang perlu diterima buat masa ini.” Pendapat bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan. [petikan dari Sinar Harian.]

Nampak selesa berbaju Melayu,
Berkain pelikat tiada berbunga;
Harimau Malaya semakin lesu,
Begitu hakikat terpaksa diterima.

TehrDemikian kisah 'Hakikat Yang Perlu Diterima 130211' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. Petua Puteri says:

    mesti byk speculasi atas kepualngan nazmi.. tapi tak mengapa.. ilmu ditimba disana dan dicurah di sini..
    Petua Puteri baru je tulis kisah Resepi Cream Puff Bentuk Swan CreativeMy Profile

    1. suri says:

      apa situasi sy ttp minat bola heee
      suri baru je tulis kisah Rahsia Rumahtangga Yang AmpuhMy Profile

  2. Dja@SisHaza says:

    opps..tak boleh dan tak reti nak komen lebih2 pasal memang zero tentang bola walaupun org sebelah dan anak2 memang excellent bab bola
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah UNTUNG PANDAI MEMASAKMy Profile

    1. suri says:

      haa.. klu tgok berita bola tu tahu degar tpi tka paham sgt apa mereka ckp kan..kan..
      suri baru je tulis kisah Kaku.. MembisuMy Profile

  3. azura says:

    hakikat yang terpaksa diterima…terima sahaja
    azura baru je tulis kisah Penat Tapi Tak PayahMy Profile

  4. suri says:

    cik senyum jer kalau kalah ke menang blhkan?

    pstt:Admin cek MBB dapt tak >_<
    suri baru je tulis kisah Kaku.. MembisuMy Profile

  5. suri says:

    terima dalam terpaksa ya azura
    suri baru je tulis kisah Kaku.. MembisuMy Profile

  6. ghost writer says:

    sekurang-kurangnya Burkina Faso lebih baik berbanding Ivory Coast dan Ghana yang dipenuhi dengan bintang malah mendapat liputan meluas bak selebriti tapi sentiasa gagal sebagai sebuah pasukan. The Stallions hampir membuat kejutan seperti Zambia pada edisi yang lepas. apapun, tahniah untuk Nigeria setelah sekian lama terumbang ambing dengan prestasi.
    ghost writer baru je tulis kisah oh, demi tuhan, kita semua tidak sanggup meninggalkannya.My Profile

  7. titan says:

    payah dah nak kejar MU..lainlah kalau MU kalah semua perlawanan lepas ni. haha..

  8. akubiomed says:

    Kejutan demi kejuta dari dunia sukan bola sepak.
    akubiomed baru je tulis kisah Pameran Raja Kita di Istana Negara bahagian 2My Profile

  9. Wan Fauzi™ says:

    hebat pasukan nigeria dpt kalahkan burkina faso… terbaik la…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Apa Sebenarnya Valentine`s DayMy Profile

  10. orang rumah berjaga sehingga dinihari untuk menyaksikan kemenangan Negeria menentang Burkina Faso…Saya terlelap kerana letih memikirkan entri untuk blog esok hari..dunia berbeza.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Bestnya! Teknik Pintas Untuk ‘Submit Site’My Profile

  11. hairulafiz says:

    kuasa baru bolasepak benua Afrika
    hairulafiz baru je tulis kisah Sambutan Hari Kekasih dilarangMy Profile

  12. suri says:

    jangan gaduh2 ya hee risau dah dunia pilitik huru hara heeee
    suri baru je tulis kisah Rahsia Rumahtangga Yang AmpuhMy Profile

  13. effort lab says:

    Bola kan bulat. Player man city pun dah start bosan, hilang fokus. tu yang hilang sengat tak macam season lepas.
    effort lab baru je tulis kisah Balai Bomba TerbakarMy Profile

  14. Glory Glory Man Utd he he… :D
    Esok bro, lawan Real Madrid. Lepas game kena lah Ronaldo terima hakikat bhw Man Utd lebih power dari Real! he he … alahai riak lak aku!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah RVP And EPL Title No. 20My Profile

    1. hafizmd says:

      hohohoho…harap2 manu menang pagi ni…hehehehee
      hafizmd baru je tulis kisah Jom Memberi!My Profile

  15. hafizmd says:

    1. Nigeria mmg lebih berpengalaman dan layak menang pagi tu, tapi Burkina Faso melakar sejarah tersendiri kali ni. hebat! Kelantanpun dgr katanya nak amik pemain dr B.Faso…fuh!

    2. Manu makin selesa di carta BPL. Pagi ni lwn Real Madrid pulak. Mesti best game ni…

    3. Harap Nazmi dapat tunjukkan yg dia masih bernilai.

    4. Harimau Malaya perlukan coach baru. Tu aje
    hafizmd baru je tulis kisah Jom Memberi!My Profile

  16. kaki bola betul… saya tak tahu ape-ape pun pasal ni…

  17. Bro Zulkbo says:

    salam..
    tahniah buat team Nigeria..
    saya sempat tengok final je
    edisi kali ni
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Fakta Tentang Madu Lebah Dan KhasiatnyaMy Profile

  18. fiezaradzi says:

    byk berita dlm satu entry ni.. moga msia terus gah dlm sukan, tak kira apa jua sukan…
    fiezaradzi baru je tulis kisah Dunia Tanpa SempadanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun