Hak Seorang Muslim

Sahabat pastinya pernah mendengar atau membaca mengenai hak seorang muslim ke atas muslim yang lain sebelum ini. Saya sekadar cuba mengubah bentuk kepada rangkap-rangkap berirama sahaja. Moga-moga ianya menepati dan selari dengan apa yang sahabat pernah tahu.

hak seorang muslimucaplah salam apabila berjumpa
balaskan salam seikhlas terima
saling bermohon saling berdoa
bersama nanti beroleh bahagia

penuhi undangan kalau dijemput
bukan mengeluh atau merungut
walau hanya dihidangkan biskut
tetapi dah boleh mengalas perut

terkadang kawan mohon nasihat
menalipon kita meminta pendapat
cubalah berikan dalam beringat
moga-moga allah memberi berkat

hak seorang muslimsaudaramu bersin memuji allah
doakan kembali sama berserah
sangat mudah bukannya payah
semoga kelak diberikan hidayah

sakit dan demam biasa terjadi
semua makhluk memang begini
berziarah kita saling kunjungi
doakan mereka sihat kembali

sampainya ketika tibalah ajal
saudara kita kembali ke asal
urus jenazahnya sejernih akal
iringilah ia ke alam yang kekal

“Bahwasanya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam.” Dikatakan kepada beliau: ‘Apakah hak-hak itu, wahai Rasulullah?’ Beliau bersabda: ‘Kalau kamu bertemu dengannya hendaklah mengucapkan salam kepadanya. Kalau dia mengundangmu maka sambutlah (penuhilah). Dan kalau dia minta nasehatmu, maka berilah nasehat. Dan kalau dia bersin lalu memuji Allah ‘Azza wa Jalla, maka doakanlah (Semoga Allah ‘Azza wa Jalla merahmatimu). Dan kalau dia sakit, maka jenguklah dan kalau dia meninggal dunia, maka antarkanlah jenazahnya.” - HR Muslim

TehrDemikian kisah 'Hak Seorang Muslim' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    benar tersentuh saya dengan
    pantun anda kali ini..semoga anda
    di berkati selalu sahabat…jazakallah khairan khathiroo..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Penghargaan Iklan Percuma Buat Pengomen TegarMy Profile

    1. Mus says:

      semoga perkongsian tehr ni mendapat berkat…
      Mus baru je tulis kisah Cara Murah Hasilkan Kesan Fisheye Pada GambarMy Profile

    2. tehr says:

      salam kembali
      sekadar menukar bentuknya sahaja, bro
      kalau makan ayam selalu pun jemu juga kan? :)

  2. nurida ardy says:

    yup…touchin…ummm….
    nurida ardy baru je tulis kisah Pada Hemat Aku La- Osama bin Laden niMy Profile

    1. tehr says:

      touchin2 :D

  3. ghost writer says:

    moga kita semua diperingatkan dengan hak menghormati hak orang lain,tak kira yang muslim atau non muslim.
    ghost writer baru je tulis kisah sayembara jalananMy Profile

    1. Mus says:

      perhubungan kita sesama manusia kalau dijaga baik.. tak kira bangsa atau agama pasti akan membina negara makmur yang sering dicemburi negara jiran.
      budi bahasa antara pengerat hubungan rakyat malaysia
      Mus baru je tulis kisah Hannah Memang Suka KameraMy Profile

    2. tehr says:

      itulah sebenarnya apa yg perlu kita buat
      hormat kepada semua makhluk

  4. Kamal Hayat says:

    Kita wajib mengamalkan 3 hak seorang muslim itu..
    salam kenal

    1. tehr says:

      yups
      lagi pun bukan payah mana, kan
      hanya perlu biasakan diri je

  5. Adat Melayu bersendi syarak
    Syarak bersendi ke kitabullah
    Adat Melayu pantang dianjak
    Dianjak sekali tentu menyalah

    Syarak bersendi di kitabullah
    Ditudung payung sunnah Nabi
    Dianjak sekali tentu menyalah
    Binasa kaum rosaklah negeri

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy cat spray dashboard kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      ditudung payung sunnah nabi
      diturut sahabat sepenuh jiwa
      binasa kaum rosaklah negeri
      kelak alam diterpa bencana

  6. Gayahspears says:

    pantun yg indah utk dikongsi….

    1. Ismail N says:

      terbaik.. bukan sonang nak susun ayat pantun dengan keyword yang seperti di atas. 5 rangkap lagi tu. Respect tehr. :D
      Ismail N baru je tulis kisah Kereta Mainan RoqMy Profile

    2. tehr says:

      seindah pelagi pagi :D

  7. belalang says:

    ini salah satu peringatan dan nasihat daripada seorang sahabat semuslim alam maya yang bergelar ‘tehr’…

    terima kasih kawan :)
    belalang baru je tulis kisah Sekali Salah Group FB DaaMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 la, belalang
      sebenarnya aku hanya ubah bentuk je :D

  8. Cik Siti says:

    mengingati sesama islam…. kita semua sememangnya bersaudara…
    Cik Siti baru je tulis kisah Kecilnya Dunia NiMy Profile

    1. tehr says:

      sama mengingati sesama insan
      sama minum bersama makan
      sama menjenguk blog kawan2 :D
      haha

  9. Ismail N says:

    Perkongsiaan yang menarik dan baik sekali. Berpesan-pesan dan ingat mengingati amalan murni. Keep it up bro.
    Ismail N baru je tulis kisah Kereta Mainan RoqMy Profile

    1. tehr says:

      berpesan kepada diri sendiri juga, bro

      1. bEe says:

        Semoga dgn peringatan ini, ukhuwah menjadi semakin harmoni :-)
        bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

  10. adele says:

    terima kasih utk peringatan ni..menarik bila dipersembahkan dlm pantun :D
    adele baru je tulis kisah Terima Kasih SemuaMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, adele
      sesekali kita tukar makan sayur je
      tanpa lauk ikan atau ayam :D

      1. bEe says:

        TERBAEK!!!! :-)
        bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

  11. hak kita sesama muslim untuk saling menasihati, bukankah agama Islam ini agama nasihat..

    bukan niat mahu takabur
    bukan mahu dikenang budi
    saling menasihati tak kira umur
    agak terpelihara nilai peribadi
    tengkorak emas baru je tulis kisah Unit Siasatan Jenayah BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      bukan mahu dikenang budi
      bukan juga mengejar pangkat
      agar terpelihara nilai peribadi
      semoga hidup mendapat berkat

  12. hawa says:

    salam tehr…
    kumpulan nasyid tu dari indonesia :)
    hawa baru je tulis kisah Muhasabah Cinta My Profile

    1. tehr says:

      ooo indonesia
      patut la saya tak biasa mendengarnya
      hehe

  13. nelly says:

    Like2 !!!
    Inilah perjalanan hidup !
    nelly baru je tulis kisah Wa tabik entri bahasa Inggeris – Itu bukan Nelly !My Profile

    1. tehr says:

      aku yang masih
      di perjalanan hidup ini…

      tetiba je teringat kat abang ramli :D

      1. mie says:

        abang ramli mana?
        ramli sarip ke?
        heheheee
        mie baru je tulis kisah Gambar Suasana Keganasan USA Terhadap Osama Bin LadenMy Profile

  14. maza says:

    Ya Allah,

    memang tersentuh pantunya kali ini..

    sampai maza ternganga dan putus idea…
    terima kasih cikgu.. huhuhu

    1. tehr says:

      moga2 kita bersama2 mendapat rahmatNya
      aku hanya mengubah bentuknya je, bro

      1. bEe says:

        :-) errr, maza ternganga tu ada air liur meleleh tak??? hehehe
        bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

  15. p@kcikLie says:

    assalamualaikum..

    selalu menidak kan hak sebagai seorang muslim kerana asyik sibuk dengan urusan tersendiri yg semata2 duniawi sahaja…
    ..jemputan kenduri buat don no je..dan sebagainya seperti di atas adalah peringatan terbaik…

    muslim sesama muslim adalah saudara.

    1. tehr says:

      benar sekali
      ada masa kita penuhi hajat orang
      ada ketikanya hajat kita pula dipenuhi
      muslim memang bersaudara, bro

  16. suri says:

    marilah kita semarakkan budaya islam agar suber mewagi di mata dunia :)

    der lli hrni jgn lupa g solat jumaat ye ;)

    1. tehr says:

      insya allah, suri
      harum mewangi juga akhirnya nanti

  17. sud@is says:

    semoga kita dapat saling menyerpurnai hak masing-masing
    sud@is baru je tulis kisah Doa Anak YangTabahMy Profile

    1. tehr says:

      mudah2an bersama pula kita mendapat faedahnya

  18. akubiomed says:

    Hak-hak yang perlu ditunaikan sesama insan muslim.

    1. tehr says:

      insya allah, bro

  19. sangat2 best pantun kali ni..tak pernah la plak tak best kan cikgu :D

    kdg2 bnda plg simple yg bagi salam n jawab bersin tuh pon bole lupe nak laksanakan..sigh

    1. tehr says:

      mudah2an akan sentiasa ingat

      barca vs MU
      sapa menang nanti ni, doc?

      yahoooooooo! MU menang! :D

  20. MDHAFiZ.NET says:

    x sempurna iman kamu sehingga saudara kamu x dikasihisi seperti kamu mengasihi diri kamu sendiri… :)

  21. dnoBiz says:

    Memang terbaik tehr….
    dakwah ni kalau dipelbagaikan caranya memang mudah meresap dalam jiwa
    dnoBiz baru je tulis kisah Gugurnya Singa Allah – Hamzah Tewas di Tangan WahsyiMy Profile

  22. zik says:

    banyak pahala boleh kita dapat…. kehidupan seharian, ada sahaja doanya….

  23. padin says:

    kalau kita dah biasa melakukannya,
    6 perkara tu bukanlah payah sangat
    untuk di laksanakan..

    apa pun bagus juga entri sebegini
    kadang2 menyedarkan semula mana yang alpa

  24. bEe says:

    Indahnya bahasa cikgu :-)
    Menarik bahasa yg disampaikan
    Penuh dgn tulus & mulus…
    bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun