Hadiah Untuk Penjenayah

Rumah dua orang guru dipecah masuk ketika mereka sedang mengajar di sekolah. Malang bagi dua rakan kami ini, mereka keluar rumah untuk mendidik dan mengajar tetapi rumah sendiri pula diselongkar oleh manusia-manusia kurang ajar yang tak masuk diajar.

Geng pecah rumah ini memang cekap kerana sempat memecah masuk rumah dua orang guru di dua kawasan yang berlainan. Mereka memang tahu pemilik kedua-dua rumah ini, suami dan isteri adalah guru dan tiada di rumah di sebelah pagi.

lanunsiakap senohong gelama ikan duri
cakap bohong lama-lama mencuri
puyu sepat belukang ikan belida
tangkap cepat masuk lokap semua

sengkuang tebu keledek ubi kayu
bercakap laju-laju semuanya tipu
harimau singa jengking ular sawa
bicara segera letak saja di penjara

Jenayah kolar putih juga sangat pelik kalau difikirkan. Mereka ini semuanya terdiri dari manusia-manusia yang bijak pandai dari berbagai bidang dan sering dipandang mulia oleh masyarakat. Manusia bijak yang dahulunya cemerlang dalam pelajaran.

Mungkinkah kerana terlebih pandai sehingga undang-undang dan peraturan serta hukum-hukum sudah tidak peduli? Semuanya menjadi seperti suatu permainan atau pertandingan sahaja.

Kalau diikutkan hati panas, memang mahu juga bagi ‘hadiah’ sebiji dua kiranya mereka ini dapat ditangkap. Tetapi undang-undang memang tidak mengizinkan kita bertindak memukul walau pun mereka ditangkap ketika sedang mencuri di rumah kita sendiri.

TehrDemikian kisah 'Hadiah Untuk Penjenayah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. shameel says:

    geng2 pecah rumah ni kalo dapat kasi tomoi jer. jgn kasi mati sudahlah. begitu juga dgn geng2 ragut, kalo dapat tangkap belasah sampai dia masuk unit ICU. bukan apa tapi geram betol
    shameel baru je tulis kisah PERCERAIAN PASANGAN ISLAM SEMAKIN MEMBIMBANGKANMy Profile

    1. tehr says:

      kalau ikut hati geram aku ni
      memang hancur, bro

      1. Ismail N says:

        He he.. kalau dia sorang BELASAH AJE bro sampai bengkak.. he he (Kalau rasa boleh menang la).. Kalau polis tanya.. jawap aje “Self Defense. Dia serang dulu tok” :D
        Ismail N baru je tulis kisah Kantoi Sijil Pelajaran Malaysia SPMMy Profile

        1. tehr says:

          aku pun kadang2 fikir akan bagi juga sebijik dua
          kalau dia tak melawan
          haha

          1. benjy says:

            Apa kata kita belasah PENJAHAT tu sampai kita pengsan kepenatan dan PENJAHAT tu pengsan kesakitan … selagi kedua-duanya tak pengsan jangan berhenti … barulah real punya filem. (akhirnya kedua-duanya dimasukkan ke ICU)
            benjy baru je tulis kisah NICE KEYWORD DALAM RAHSIA – MLMMy Profile

            1. tehr says:

              haha
              kalah jadi abu, menang jadi arang

  2. yas says:

    Kalau ikut hukum islam…tak berani org nak buat keje2 macam nih.
    yas baru je tulis kisah Promo TShirt Wings Istana BudayaMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, yas
      takkan ada yang berani buat kali kedua
      orang lain juga pasti seram

      1. yas says:

        Tetiba teringat kat budak2 yg curi motor kat tmpt keje dulu….kesian pun ada…”lunyai” kene belasah…tu la sape suh wat keje2 haram cam tu….
        yas baru je tulis kisah Promo TShirt Wings Istana BudayaMy Profile

        1. tehr says:

          nasib la tak mati
          kekadang kesian juga bila tengok mereka ni kena belasah

          1. suri says:

            hukum islam terus potong tangan..

            1. tehr says:

              insya allah mereka tak akan mencuri buat kali kedua

  3. ghost writer says:

    belasah jer bro kalau dapat tangkap semasa mencuri.tapi kalau ditangkap ketika baru nak mula mencuri tuh jangan lah dibelasah..

    musuh tawanan masa perang pon dijaga dengan abik oleh rasulullah..
    ghost writer baru je tulis kisah kesempatanMy Profile

    1. tehr says:

      satu peringatan yang baik
      musuh dan pesalah juga memang mempunyai hak yang telah ditetapkan

  4. hasrolnizam says:

    dulu rumah pernah kena pecah masuk time orang tengah tidur. habis duit kena curi semua..

    penjenayah kolar putih? mereka ada kabel banyak dan berpengaruh kadang-kadang. itu yg ramai terlepas
    hasrolnizam baru je tulis kisah SPM-its just a beginningMy Profile

    1. tehr says:

      mereka memang tak takut apa2
      rumah saya juga pernah dinaiki, serol
      kali pertama ketika sedang tidur
      kali kedua pula saya masih belum tidur

  5. padin says:

    bermacam taktik dan strategi diorang ni huhuu
    kadang2 diorang tiru cara di media – tv, filem dsb
    debik je sekali bro. kui3

    1. tehr says:

      sokong tu, padin
      memang banyak idea mereka dapat dari media ni

      1. suri says:

        andainya ada lesung batu di tangan mahu je ku duku kepala dema dgn benda alah tuh..

        harini dia bt org sush nnti lain kali hari dia pula..

        1. padin says:

          wah pegang lesung batu,
          tengah siap2 nak tumbuk sambal ke keh3

          1. tehr says:

            kalau tak nak ketuk pun
            sumbat je sambal dalam telinga
            agar dengar nasihat orang
            hahaha

        2. tehr says:

          mati la kalau kena lesung batu :D

  6. hafeezan says:

    macam-macam jenayah sekarang. Jenayah nak ambil duit dari kad kredit kita pun ramai. Kalau tak keberatan nak kongsi dengan cikgu-cikgu sekalian agar lebih berhati-hati.
    http://www.norhafizan.com/2011/03/spam-call-daripada-golden-takaful.html
    hafeezan baru je tulis kisah Fakta Penting- Bumi Berubah Akibat Gempa 9 Skala Ritcher Di JepunMy Profile

    1. tehr says:

      ada juga beberapa orang kawan yang dapat panggilan macam ni
      syukur juga mereka tak terpengaruh

  7. zulkbo says:

    salam..
    hukum hudud membolehkan
    pencuri sebegini di potong tangan
    baru deme tu takut nak buat lagi
    dan pengajaran pada yang lain..
    hukuman ler nih duniawi je..
    penjenayah tak takut
    zulkbo baru je tulis kisah Firefox 4 Memang Terbaik – Lebih 6 Juta Telah Memuat Turun Di Hari Pertama PelancarannyaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      mereka memang tak takut, zul
      beberapa kali dihukum pun mereka masih senyum je

  8. toyol says:

    teringat TK pada kejadian samun tahun lepas..
    parang kt leher tu.. kecut perut jadinye..

    kes2 pecah rumah kt kg TK ni banyk jg blaku, tp xde tangkapan pun d buat.. agaknya sbb xde orang mati, polis yg dtg pun buat dono je..
    geram jg, walhal barang bukti cukup le..
    toyol baru je tulis kisah JAWAPAN DALAM SOALANMy Profile

    1. tehr says:

      kalau kena samun, memang takut la, tk
      tambah pula bila parang kat leher macam tu
      saya pun hairan, kenapa tak ada hukuman yang boleh buat mereka ni takut nak buat jenayah

  9. mie says:

    itu bahayanya sekarang..
    mencuri macam satu pekerjaan…
    mie baru je tulis kisah Memenangi Tiket Animal World Safari MelakaMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 fikir memang macam tu la, mie
      mereka ni tiap hari ‘meeting’ nak buat ‘kerja’

      1. mie says:

        itu la, kan lebih baik fikir kerja yang menghalalkan segalanya..
        itu yang susah sekarang ni
        mie baru je tulis kisah Hotel de ART Shah Alam ColourfulMy Profile

        1. tehr says:

          mereka ni bukan fikir halal atau haram, mie
          asal dapat, rembat je

  10. Norasikin says:

    Tu la bezanya,
    orang yang berilmu tapi tidak berakhlak,
    orang yang tidak berilmu tapi berakhlak,
    orang yang tidak berilmu tapi tidak berakhlak
    dan orang yang berilmu tapi berakhlak.

    Agak2 yang mana jadi penyamun siang hari? Yang mana pula yang jadi penjenayah kolar putih dan yang mana pula visitor blog Tehtiam ni?

    p/s: boleh dikira pantun ke apa yg saya tulis tu bro?
    Norasikin baru je tulis kisah Teknik Membungkus Nasi Goreng PattayaMy Profile

    1. tehr says:

      nampak macam syair pulak tu :D
      iman dan taqwa yang menjadi asasnya dalam hidup kita
      ilmu sahaja belum menjamin apa2

  11. Cik Siti says:

    kena berhati-hati sepanjang masa
    Cik Siti baru je tulis kisah Terkenang Semasa DuluMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, cik siti
      berhati hati, berikhtiar dan berserah

  12. Ismail N says:

    Dkt rumah kawe jiran bukak pintu depan tak lama pun (dia tak sedar) hilang RM 4k .. sonang-sonang aje…. Mahu pasang CCTV iCatcher cam ni..
    Ismail N baru je tulis kisah Kantoi Sijil Pelajaran Malaysia SPMMy Profile

    1. tehr says:

      kesiannya…
      kita memang tak boleh lalai walau sekejap
      mereka ni tunggu peluang je

  13. dyea says:

    penjenayah sekarang ni cerdik2 semuanya..ada je akal dorng..
    dyea baru je tulis kisah Today is my Soul birthdayMy Profile

    1. tehr says:

      mereka memang ada akal
      cuma tak ada peri kemanusiaan je
      sayang sungguh

  14. kulanz says:

    nasib baik geng pecah rumah tu tak kedapatan masa tengah buat kerja tak senonoh diorang.. kalau kedapatan mesti dapat hadiah tu.. selalunya bukan daripada tuan yang kena pecah.. tapi dari orang lain..
    kulanz baru je tulis kisah Wanita dengan Fesyen KenanganMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, lan
      biasanya orang lain yang bagi ‘hadiah’
      sebab dah lama simpan geram :D

  15. Mus says:

    kita berdoa agar pencuri tu bertaubat
    Mus baru je tulis kisah Premium Theme WordPress Ini Diberi Nama ‘Freemium Kinabalu’My Profile

    1. tehr says:

      amin
      moga2 mereka bertaubat

  16. zik says:

    pencuri sekarang nie semakin pandai… tapi kena ingat..sepandai -pandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ke tanah jua..
    zik baru je tulis kisah Sambutan Earth hour 26 march 2011- pukul 8-30 malam- macam neMy Profile

    1. tehr says:

      masa dia jatuh tu
      pakat2 ambil peluang lepaskan geram
      hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun