Hadiah Hari raya

Macam-macam cara orang memberi dan mendapat hadiah di hari raya. Bagi budak-budak, hadiah yang mereka suka tentulah duit raya. Bagi ibu bapa pula, anak-anak dapat pulang beraya di kampung halaman merupakan satu hadiah yang besar dan sangat bermakna.

Apa hadiah yang korang dapat di hari raya tahun ni? Dapat notebook baru? Ahli keluarga baru? Rumah atau kereta baru? Tahniah aku ucapkan kepada korang semua yang menerima hadiah raya tahun ni.

sitelink tehramuan

Blog Tehramuan.Com tidak ketinggalan mendapat hadiah raya daripada Pakcik Google. Walau pun sepanjang bulan puasa, blog Tehramuan.Com kurang aktif dengan entri baharu, tiba-tiba dapat pula hadiah yang telah lama ditunggu-tunggu. Pakcik Google memang pandai ambil hati anak buah. :D

Makan ketupat menjamu selera,
Biji selasih di dalam minuman;
Seronok mendapat hadiah raya,
Terima kasih hamba ucapkan.

Bagaimana mendapatkan SiteLink dari Google? Menurut beberapa sumber, artikel asli [bukan copypaste] adalah satu keutamaan dalam menarik perhatian Google untuk memberikan SiteLink. Ada pula orang kata, rahsia mendapatkan SiteLink ini hanya Google sahaja yang tahu.

TehrDemikian kisah 'Hadiah Hari raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


9 Comments

  1. akubiomed says:

    Site link untuk blog saya selalu berubah.
    akubiomed baru je tulis kisah Sambutan Hari Raya Aidilfitri meriahMy Profile

  2. Salam bro.
    Tahniah. Bukan senang nak dapat sitelink tu. Kira pakcik Google respect kat blog bro dah ni kan?
    Malaysia coin baru je tulis kisah Duit syiling 1 ringgit siri keduaMy Profile

  3. LadyBird says:

    salam.. lady dpt hadiah pglmn beraya dengan keluarga yg besar.. sgt2 besar.. sangat sangat sangat besar.. di luar jangkaan lady..

  4. hafidz says:

    keaslian blog akan menjadikan blog itu bertambah mutu :D
    hafidz baru je tulis kisah Nuffnang Buffered Earnings 12My Profile

  5. mmg kene len dari yg len..hehe

    cikgu nya hadiah GA sy x nak claim ker..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Wordless Wednesday : VerifyMy Profile

  6. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf zahir dan batin….
    Taqabalallahu minna wa minkum…

    alhamdulillah..
    saya pun baru dapat
    Google Snippets
    Sitelinks dan dapat lama
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah 5 Brothers : Wordless WednesdayMy Profile

  7. sensasi2020 says:

    Pakcik Google orangnya baik hati,
    Memberi sitelink buat tehramuan,
    Tahniah diucap kerana mendapat anugerah ini,
    Pasti diri bro…akan lebih ada lagi keyakinan.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidilfitri-Pantun SyawalMy Profile

  8. hatiputera says:

    tahniah kerana dapat sitelinks dari pakcik google.
    hatiputera baru je tulis kisah Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2012 2013My Profile

  9. shraqs says:

    Tahniah! Paling nak kena maintain pulak. :)
    shraqs baru je tulis kisah Samsung Galaxy S3 Update XXBLH1My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun