Guru O Guru

Memang betullah jawapannya Sasterawan Negara Dato’ (Dr) Usman Awang. Tahniah kepada sahabat kita my.Mustaffa dan Ghost Writer yang berjaya memberi jawapan paling cepat dan tepat. Terima kasih juga kepada semua yang masih sudi memeriahkannya.

Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei nanti, saya memilih sajak Guru O Guru [1979] nukilan sasterawan negara ini sebagai tatapan bersama. Tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Dialah pemberi paling setiausman awang
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sasterawan Negara Dato’ (Dr) Usman Awang mempunyai beberapa nama pena yang pernah digunakan seperti Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Pengarang Muda, Amir, Manis, Rose Murni, Setiabudi, Zaini dan UA. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Beliau meninggal dunia pada bulan Ramadhan, 29 November, 2001 dan di kebumikan di Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Selamat Hari Guru untuk semua.

TehrDemikian kisah 'Guru O Guru' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. sud@is says:

    tahniah pada pemenang teka mata 8
    sajak ni memang terbaik dan hebat untuk dikenang dan dijadikan teladan
    selamt hari guru
    sud@is baru je tulis kisah Sebelum TerlambatMy Profile

    1. Mus says:

      ehem ehem..
      Mus baru je tulis kisah Kari Ikan Pari Menu Istimewa Hari IbuMy Profile

      1. suri says:

        senyumnya melerat ar tu..umpana org nak mengurat dia ekeke…

  2. Amat bermakna sajak di atas apabila dibaca dan dihayati. Apatah lagi yang membacanya seorang guru.Mahu mengalirkan air mata.
    PakarBuahPinggang baru je tulis kisah Penyakit Jantung &amp Kaitannya Dengan Buah PinggangMy Profile

  3. adele says:

    tanpa guru, kita takkan mampu pergi jauh..terima kasih guru..

    bro Teh ni guru ye?

    1. Mus says:

      haha.. rasanya memang guru…
      guru pantun.. ;)
      Mus baru je tulis kisah Abalone Hanya Untuk Orang KayaMy Profile

      1. bEe says:

        ha’ah… masa kat blog bEe tehr bgtau dia guru… (hehehe..)
        bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

  4. ghost writer says:

    aku paling tak dapat lupa gelaran tongkat warrantnya ketika dia masih bertugas sebagai anggota polis ketika itu…
    ghost writer baru je tulis kisah pengarang telah matiMy Profile

  5. Cik Siti says:

    tahniah kepada En Mustaffa dan ghost writer kerana berjaya… satu permulaan untuk Cik Siti kerana berjaya teka walau pun terlewat
    Cik Siti baru je tulis kisah Persediaan awal adalah pentingMy Profile

    1. padin says:

      dah bole teka tu kira hebatla Cik Siti hehee

      1. Cik Siti says:

        yang ini bolehlah juga nak meneka… kalau En Tehr letakkan gambar pemain bola atau pemain sukan saya memang angkat bendera putih… :)
        Cik Siti baru je tulis kisah Persediaan awal adalah pentingMy Profile

    2. Mus says:

      sama-sama Cik Siti..
      lewat tak bermakna kalah..
      Mus baru je tulis kisah Kari Ikan Pari Menu Istimewa Hari IbuMy Profile

  6. adah says:

    adah memang bukan peneka yg baik…kekekeke
    adah baru je tulis kisah Ibu yang da best!My Profile

    1. Mus says:

      kena banyak meneka.. supaya mahir.. hihihi :)
      Mus baru je tulis kisah Hannah Memang Suka KameraMy Profile

  7. toyol says:

    hehe..
    sajak ia dr zaman skola, pusara bonda tu mmg buat semua pelajar ingat pd ia..

    syabas pada peneka yg betul,
    yg x betul cm TK tu, lain kali fikir juta2 kali dulu sblm mneka..
    hehe..

    slmt hari guru..
    toyol baru je tulis kisah FAHAMMy Profile

  8. Norasikin says:

    Bangganya saya menjadi guru. Lepas ni nak usaha lebih keras lagi. Tak kisah la walau ramai pelajar dan ibubapa yang langsung tak menghormati kami. Setakat ini, bila saya katakan kamu tak akan dapat A subjek ini dalam peperiksaan nanti, belum ada yang mendapat A
    Norasikin baru je tulis kisah Bagaimana memasukkan gambar dalam komen Disqus blog Resepi Masakan Barat KomersialMy Profile

  9. dyea says:

    bulan ni ari guru ek…untung guru skrng murid dah pandai raikan…bawak adiah lg unt guru,,,dyea sentiasa ingt guru yg mengajar dulu sbb tanpa dorng mesti dye atak pantai
    dyea baru je tulis kisah Jgn Lupa Surat Nikah AndaMy Profile

    1. Mus says:

      untunglah guru yang menjadi kegemaran pelajar.. dapat banyak hadiah
      Mus baru je tulis kisah Kari Ikan Pari Menu Istimewa Hari IbuMy Profile

  10. dyea says:

    bulan ni ari guru ek…untung guru skrng murid dah pandai raikan…bawak adiah lg unt guru,,,dyea sentiasa ingt guru yg mengajar dulu sbb tanpa dorng mesti dye atak pandai
    dyea baru je tulis kisah Jgn Lupa Surat Nikah AndaMy Profile

  11. padin says:

    umm, memang benar jasa Guru amat penting..
    walau apa pun sikapnya, mereka dengan 1 niat sahaja
    menjadikan kita sebagai ‘manusia’ suatu hari nanti..

    Selamat Hari Guru, tehr

  12. Ali ridha says:

    pelajar tetap memerlukan seorang guru.
    biar pandai sekali.
    Ali ridha baru je tulis kisah Google beri hadiah kredit Adwords RM125My Profile

  13. zulkbo says:

    salam..
    tahniah pada yang berjaya
    meneka dengan tepat..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Keputusan Pilihanraya Singapura 2011My Profile

    1. Ismail N says:

      betul tu, congrats kpd yg berjaya…
      bukan sonang tu.. main tgk mata ajer.. :D
      Ismail N baru je tulis kisah Fotografi Sekitar Kota Kinabalu SabahMy Profile

  14. Princess says:

    berbangga menjadi seorang guru…

    saya menjadi guru kerana ingin menjadi guru, saya bukan bekerja menjadi guru.
    Princess baru je tulis kisah Wanita itu ibukuMy Profile

  15. Ismail N says:

    selamat hari guru bro.. (in advance). sure meriah sambutan tahun nie.. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Fotografi Sekitar Kota Kinabalu SabahMy Profile

  16. baca atikel ni terigt dulu²..
    cikgu salalu cakp, jadi manusia jgn jd Ker*..
    sebab tak nak jadi ker* la stdy betui²….

    still remember that words…
    Ceqla (Kamarul Azri) baru je tulis kisah Buat duit dari blog atau suka-sukaMy Profile

  17. Gayahspears says:

    wah sudah ade pemenang ya…hihi
    tahniah kepada pemenang…
    bro tehr nty bagi teka teki lagi ya, nty Gayah nk try jawab..hihi

  18. titan says:

    banyak tol nama nickname dia..
    titan baru je tulis kisah Akupun blogger gakMy Profile

    1. Mus says:

      ya.. memang sukar nak ingat..
      Mus baru je tulis kisah Kari Ikan Pari Menu Istimewa Hari IbuMy Profile

  19. dnoBiz says:

    yang aku tahu hanya tongkat warrant tu pun sebab sajak Melayu
    dnoBiz baru je tulis kisah Mesti tonton – The Twilight Saga- Breaking Dawn Part 1My Profile

  20. zik says:

    tahniah yang cepat dan tangkas…. erm… timing online yang tak sama… dan tak berapa cekap..tahu siapa orangnya..
    zik baru je tulis kisah Pertapaan dalam perniagaan – ada kerMy Profile

  21. selamat hari guru yg bakal tiba :)
    oh guru, teruskan mendidik dan bukan sekadar mengajar

    mak ayah TE guru :)
    tengkorak emas baru je tulis kisah Art of ComebackMy Profile

  22. MDHAFiZ.NET says:

    wah..aku pernah baca sajak ini..memang touching betul lh…best…obama pun jd presiden sekarang sbb apa?? sbb seorang guru biasa..yg mengajar tulis dan baca… :)

    p/s : ayah aku seorang guru jugak..hehehe :)

  23. bEe says:

    Dekat daun ada ulat bulu
    Selamat hari GURU!!!

    Hahahaha :-) (wish awal takpe kan cikgu!)
    bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

  24. mie says:

    alamak!!
    tersalah teka…
    tapi mata ada iras SM Salim la..
    eheheheee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun