Guru Dulu Vs Guru Sekarang

Guru Pembina Negara Bangsa
[selamat hari guru]

guru dulu sangat dihormati
muridnya buat kenangan sampai mati

guru sekarang selalu juga dicerca
kadang-kadang muridnya calar kereta

guru dulu orang kampung sayang
nama guru disebut pagi petang

guru sekarang ramai yang dah benci
siap bagi warning nak saman lagi

guru dulu gaji sikit tak kisah
orang kampung masih tak pandang rendah

guru sekarang gaji banyak kerja banyak
perangai murid buat kepala jadi senak

guru dulu buat kerja ikhlas setia
susah senang tiada kemudahan pun tak apa

guru sekarang banyak campur bidang kerja
bisnes sendiri kerana gaji tak cukup belanja

guru dulu kayuh basikal pergi sekolah
panas hujan semuanya tak kisah

guru sekarang ramai yang ada kereta
tiap pagi tiba di sekolah lambat juga

guru dulu kelulusan tidaklah tinggi
tapi selalu punya ilham terpuji

guru sekarang punya ijazah tambahan
selalu juga ingkar mengikut arahan

guru dulu mendidik untuk jadi orang
asuh murid hindari perbuatan terlarang

guru sekarang utamakan sijil dan juga ujian
muncul masalah sosial kerana kurang didikan

guru dulu…
guru sekarang…
kerja guru sama sahaja, mendidik anak bangsa

[bukan semua, hanya sebahagian]

TehrDemikian kisah 'Guru Dulu Vs Guru Sekarang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


2 Comments

  1. cikgu naman says:

    dalam sekali maksudnya
    cikgu naman baru je tulis kisah Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  2. cikgu naman says:

    ada ubahsuai lagu berkenaan guru sekarang, tak sempat cuba rekod lagi..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun