Gurindam Jiwa Blogger

Pantun Melayu boleh ditulis mengikut keselesaan sendiri. Asal sahaja ia menepati ciri-ciri pantun yang baik.

Aku selalu beritahu, cara aku menulis pantun ialah dengan menyiapkan 2 baris maksud pantun terlebih dahulu. Tetapi sebenarnya dalam menulis pantun, boleh juga disiapkan 2 baris pembayang pantun terlebih dahulu.

kucing tidurDalam contoh di bawah, 2 baris pembayang pantun berasal dari lagu Gurindam Jiwa dan 2 baris maksud pantun aku tuliskan mengikut kehendak sendiri. Jom kita menyanyi. :D

Gurindam Jiwa Blogger

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Buat entry antara tidak,
Esok jangan sayu-sayuan.

Anak Cina pasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Jati;
Kalau usaha berat dan  payah,
Tentu peluang tidak kemari.

Batang selasih permainan budak,
Daun selasih dimakan kuda;
Mata pedih usaha tak nampak,
Hati yang sedih tidak berguna.

Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman;
Takkan menjadi berhasil dan maju,
Jika berdengkur sepanjang jalan.

Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan malas selalu,
Pastinya blog bersawang juga.

Pantun Melayu boleh diubahsuai mengikut tujuan masing-masing. Korang layan saja lirik lagu Gurindam Jiwa Blogger ini. Moga-moga boleh mendatangkan semangat untuk korang terus menulis dan mendapat kepuasan serta hasil yang setimpal dengan apa yang korang diusahakan.

TehrDemikian kisah 'Gurindam Jiwa Blogger' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. Cik Siti says:

    Anak bajau pergi membajak,
    Duduk berehat penuh santun,
    Bagaimana ingin ku ukur bijak,
    Andai kerdil di medan pantun.
    Cik Siti baru je tulis kisah Kalau Tiada Rezeki…My Profile

  2. onlajer says:

    kesimpulannya kena rajin lah ya tak
    onlajer baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Awan Bercahaya?My Profile

  3. Hafizul says:

    Hahahahahaha…suka baca pantun ni..rasa nk menyanyi lahhh pulak..best lirik ni..yang last tu tak tahan…pastikan blog bersawang juga..hahaha..memang bro kreatif arrr..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #58 – Oittt Menguap Tutup Mulut LaaaMy Profile

  4. hafizmd says:

    pantun last paling menikam lubuk jiwa…hehehhe
    hafizmd baru je tulis kisah Peluang Terakhir Selamatkan Piala Liga Super!My Profile

    1. Cik Siti says:

      peringatan untuk semua…. termasuk saya juga…. hehehe….
      Cik Siti baru je tulis kisah Kalau Tiada Rezeki…My Profile

      1. Hafizul says:

        Hafizmd & Cik Siti…kita pakat sabar aje lahhhh…
        Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 16 Dari JobdirumahMy Profile

  5. dja@sishaza says:

    Amboi terbayang mcm tengah menyanyi kat tepi rumpun buluh pula ;P hihihi.
    Asyik layan laman sesawang, sedar tak sedar rumah pula dah bersawang…..alaaaahaii !
    dja@sishaza baru je tulis kisah SEMAKAN TAWARAN CALON GANTIAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013My Profile

  6. SHIMI says:

    Belayar kapal tanpa haluan
    Hajat berdagang kayu belian
    Mulia sungguh pesananmu tuan
    Jadi panduan kami sekelian
    SHIMI baru je tulis kisah Di daerah yang tenang itu, hidup memilih kematianMy Profile

  7. de engineur says:

    harap2 lah aku rajin update blog, jgn sampai bersawang pulak
    de engineur baru je tulis kisah Open bidding for solar power Feed-in TariffMy Profile

  8. Mohd Shubhi says:

    menyanyi sambil menganyam tikar bawah rumah di depan bendang best ni
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Inspirasi 10 perkara bahagia # 5; Hidup ringkasMy Profile

  9. cayalah ada bakat juga rupanya
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Wordless Wednesday 79 : Limau Untuk MukaMy Profile

  10. eiela says:

    blog saya pun kadang2 bersawang jugak
    eiela baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Warna-Warni Coklat M&MMy Profile

    1. Hafizul says:

      Emm bersawang kejap tak apa..jangan lama2..jhehe
      Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 16 Dari JobdirumahMy Profile

  11. papa mifz says:

    den bab-bab berpantun nih memang gagal…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Akhirnya Lubang DitutupiMy Profile

    1. suri says:

      berdondang saya bolehlah
      suri baru je tulis kisah Tips Memilih Ikan SegarMy Profile

  12. Joe says:

    Intai kami antara nampak,
    esok jangan rindu rinduan…

    Kalau rajin, takla blog bersawang.
    Joe baru je tulis kisah Komisyen Awal BulanMy Profile

  13. suri says:

    pas ni saya nak gurindma blogger plk cikgu tunggu eh
    suri baru je tulis kisah Total Earnings RM75.00My Profile

  14. PerenLee says:

    Saya pun guna cara yang sama,fikir 2 baris maksud dulu lebih mudah pada pendapat saya…
    PerenLee baru je tulis kisah Tips Berhenti MerokokMy Profile

  15. Kena entri ni dengan aku.. semangat menulis blog yang semakin hilang.. harap-harap datang kembali :D
    Kulanz Salleh baru je tulis kisah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sabah 2013 | 1434HMy Profile

  16. akubiomed says:

    Apa bila blogger bergurindam menarik juga bunyinya.
    akubiomed baru je tulis kisah Hasil air Soya dan Taufufa sendiri untuk juadah berbuka puasa.My Profile

  17. Lynn says:

    Saya pula lebih suka cari maksud pantun dulu sebelum cari pembayang.
    Lebih mudah rasanya.

    Sibuk mencari laman sesawang
    Main video game – kena tibai
    Blog saya memang hampir bersawang
    Kerana fikiran tengah menyakai.
    Lynn baru je tulis kisah Surat jawapan permohonan quota tambahan Ben Ashaari ( Part 2 )My Profile

  18. AUC says:

    iskkhhh tak nak balas pantun weh
    tapi boleh faham tu, kita kena rajin sokmo…
    AUC baru je tulis kisah Sure White Beauty PlusMy Profile

  19. Terbelog says:

    blog bersawang tu terasa tu hihi
    Terbelog baru je tulis kisah Kisah Benar Jururawat Mula Menutup AuratMy Profile

  20. kakiblog says:

    dua tiga kucing berlari,
    mana nak sama si kucing belang,
    dua tiga dapat kucari,
    mana nak sama tehramuan sorang.

    ps: itu sebab saya suka datang ke sini.
    kakiblog baru je tulis kisah Jawatan Kosong Sebagai BloggerMy Profile

  21. banyak nasihat daripada pantun ni.. :)
    blackrosehunter baru je tulis kisah Kisah Benar 4 Dekad Memburu ImpianMy Profile

  22. azura says:

    saya juga sangat suka membuat sawang di blog sendiri… alahai gurindam
    azura baru je tulis kisah Dari Laut SandakanMy Profile

  23. titan says:

    wahh..bergurindam la plakk..
    titan baru je tulis kisah 3 Strategi Buat Duit dengan BlogMy Profile

  24. mmg mengasyikkan la pantun yg bro buat….
    pantun org lama, alunannya mmg memukau.. heee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Panduan Cara Mengecat Cat Rumah Utk Hari RayaMy Profile

  25. Wan Fauzi™ says:

    piala liga super 2013 sudah pergi merantau ke negara seberang..
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Pemerintahan “Sementara” Negara MesirMy Profile

    1. Wan Fauzi™ says:

      tumpuan semua pasukan bola sepak selepas ini ialah piala malaysia..
      yg akan menjanjikan persaingan yg sengit antara setiap pasukan…
      Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Gugur Sistem Demokrasi Negara MesirMy Profile

  26. Mohd Helmi says:

    Saya suka membaca dan mendengar pantun, tetapi tidak pandai menulis pantun. :)
    Mohd Helmi baru je tulis kisah Apa Itu Nuffnang BlockbusterMy Profile

  27. ProfHariz says:

    Apa-apapun sifat malas tu yang kena buang jauh-jauh.

  28. hafiz says:

    terhibur juga baca gurindam ni..
    hafiz baru je tulis kisah Tazkirah Jumaat 13My Profile

  29. waiman takwa says:

    Assalamualaikum. Saya pun suka berpantun. Bila buat pantun tu, saya baca banyak-banyak kali hehe :)
    waiman takwa baru je tulis kisah Penulis Blog Perlu Menggunakan Penulisan Sebagai Senjata Mencegah KemungkaranMy Profile

  30. sensasi2020 says:

    Datang kawe datang berhajat,
    Dari jauh mencari tempat,
    Saja mari beri pendapat,
    Hanya pantun ini kawe sempat.
    sensasi2020 baru je tulis kisah 5 Jenama Telekung Popular Di MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun