Gurindam Buffered Earnings

Filem Gurindam Jiwa menceritakan kisah penulis yang kehilangan ilham setelah berpisah dengan isteri tercinta. Filem hitam putih ini dibintangi oleh seniman Nordin Ahmad dan Latifah Omar, diterbitkan pada tahun 1966. Lirik lagu Gurindam Jiwa yang terdapat dalam filem ini menjadi kegemaran ramai dan masih diminati sampai sekarang kerana pilihan kata-katanya yang baik dan menusuk kalbu. Tapi entri ini hanya mengenai lagu Gurindam Buffered Earnings. Boleh ke tidak?

( Blogger )Gurindam Buffered Earnings
Gunung Merapi sudah meledak
Esok jangan menjadi korban
Bayang BE tidak ternampak
Haraplah jangan tuan lupakan

( Nuffnang )
Anak Derus membeli lukah
Lukah dibeli di Kampung Api
Berblog terus jangan gelisah
Sampai masanya diberi nanti

( korus )

( Blogger )
Daun selasih bawa ke tanjung
Dahan sebatang bawa ke desa
Blogger sedih tiada pengunjung
Buffered Earnings tiada merasa

( Nuffnang )
Terbang merpati tiada beribu
Hinggap turun di tengah laman
Janganlah ratapi nasib begitu
Walau bertahun atau berbulan

( Blogger & Nuffnang )
Kalau tuan pergi ke Pekan
Carikan saya bunga dahlia
Harap pesan sama berpesan
Banyak usaha untuk berjaya

Entri merapu setelah lama tidak menerima Buffered Earnings. :) Harap-harap saya tidak menjadikan Buffered Earnings sebagai sasaran utama dalam berblog.

TehrDemikian kisah 'Gurindam Buffered Earnings' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


74 Comments

  1. Nur Fannun says:

    wah, bleh tahan gurindam ni..dh update survey nuffnang blum?

    1. tehr says:

      sudah, nur
      memang belum ada rezeki la tu :(

  2. bluedianthus says:

    Takpe tehr…nanti Nuffnang bagi BE sampai tak terkira banyaknya..Amin..:)

    1. tehr says:

      kalau kosong pun tak terkira juga, sis
      tak ada apa nak dikira
      hahaha

      saya sentiasa percaya akan dapat juga nanti

      1. dnoBiz says:

        Tunggu…..
        masanya akan tiba :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Proton Inspira – Pelancaran Proton InspiraMy Profile

        1. tehr says:

          insyaallah

  3. panadol says:

    xde BE eh ko tehr?
    jadi yg dok b’tenggek2 tue apa?
    hmm

    kalo xde, sabar noh.
    nnt2 ada ar tue b’timbun2..
    panadol baru je tulis kisah Kaki Ejek Itu BaikMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, panadol
      agaknya mereka silap kira, tak? :)

      1. suri says:

        heeee.. klu dapat nak belanja kamis meua ker??

        1. tehr says:

          belanja teh 0, mau?

  4. Princess ♥ says:

    Pergi ke hutan memburu rusa
    Malang sekali sekor pun tak kena
    Jangan mudah berputus asa
    Kelak tehramuan.com juga yang merana
    Princess ♥ baru je tulis kisah Tak Kisah Mula Dari BawahMy Profile

    1. tehr says:

      kalau boleh memburu rusa
      buat juadah berbuka puasa
      harap princess begitu juga
      usah mudah berputus asa

      1. suri says:

        mungkin ada tapi kena tunggu lambat dgn cpt..jgn terlalu mengharap tkut di harap tak ada apstu nnti mood nak berblogg pula akan hambar tak syoklah cam tu huhu..

        1. tehr says:

          mood tak pergi ke laut lagi ni, suri
          harap2 tak hanyut air bah nanti

  5. padin says:

    huhuu.. simpati jugak..
    tapi aku sendiri pun dah berapa lama jugak tak bukak akaun nuff tuh,
    hahaha..

    aku suka “harap pesan sama berpesan, banyak usaha untuk berjaya”… hee
    padin baru je tulis kisah Percaya Sebelum BerjayaMy Profile

    1. tehr says:

      aku buka tiap hari, bro
      pertama tengok trafik
      kedua tengok keyword
      ketiga tengok berapa duit dapat :)

      1. padin says:

        hehe aku buka kadang2 untuk tengok duit ataupun kalau2 ada update terbaru, lol

        tengok unjuran trafik dan keywords, aku selalu guna getclicky.com, hee..
        padin baru je tulis kisah Percaya Sebelum BerjayaMy Profile

  6. sud@is says:

    huh hebat gurindam ni kalau boleh nak dengar real lagu nih….
    sud@is baru je tulis kisah 3 in 1My Profile

    1. tehr says:

      boleh je ni
      nyanyi sendiri dan dengar sendiri
      pelan2 je, ok

  7. sangilapi says:

    adakah entry ini berkaitan dengan entry “sekarang aku dah tau dah” ? :)……aku agak ko dah jumpa taktik memikat BE :)
    sangilapi baru je tulis kisah blogger yang didugaMy Profile

    1. tehr says:

      entri ni hanya terfikir malam semalam, selepas baca entri bro joe tu
      rasanya tiada kaitan

      entri ‘sekarang aku dah tau dah tu’ fokus kepada apa yg dibuat sekarang akan kita dapat kemudian hari

  8. kami says:

    takpe bro belum ada rezeki lagi tu..
    nanti kalau dah ade beduyun-duyun dapat..hehe

    1. tehr says:

      ya. tenang2 je :)

  9. zezebel says:

    Goodluck.
    Ni kalau dapat earning jangan lupa kitaorang yek.
    zezebel baru je tulis kisah WW- Which one is female tokay geckoMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe… mesti tak lupa

  10. Ismail N says:

    Dah bergurindam nie, mungkin terpanggil BE utk datang :D

    1. tehr says:

      besok pagi, kut :)

  11. NEON says:

    MBOI BERGURINDAM PLAK DIER ;) HIHIHI

    1. tehr says:

      sekadar senang2kan diri

  12. bisk says:

    pergi tanjung jual kelapa
    tiba di sana jala ditebar
    Bukan lar Nuffnang sengaja lupa
    cuma tehr kena lah sabar

    1. tehr says:

      lepas tersenyum mula tergelak
      adakah nuffnang mahu mengelak?

      hahahaha

  13. Mohd Hafiz says:

    seronok kalau dpt be selalu… sy selalu dpt be tapi yg sedihnye ciput je dpt… ha3…
    Mohd Hafiz baru je tulis kisah Finally Its Over!! Motosikal Balik Kampung!! My Profile

    1. suri says:

      bahagiannya dapat sy tak pernah dapat pun heee..

    2. tehr says:

      tak apa dapat ciput, bro
      kira dapat la tu :)

  14. suri says:

    leboh selesa jadikan dia part time lover heee

    1. tehr says:

      jangan kekasih gelap dah le :)

  15. dnoBiz says:

    hahahah
    aku suka luahan rasa kau ni :D

    PS: klasik dan berseni tapi sesuai dengan peredaran zaman :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Guru di Rotan – Bersalah Merogol Murid 11 tahunMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya aku dah siap sedia tunggu orang kutuk

  16. Cik Siti says:

    ada rezeki tidakkan kemana….
    Cik Siti baru je tulis kisah Kene tag dengan Adik sendiriMy Profile

    1. tehr says:

      …dan rezeki memang ada di mana2

      1. Cik Siti says:

        betul… setuju….
        Cik Siti baru je tulis kisah Kene tag dengan Adik sendiriMy Profile

        1. tehr says:

          setuju yang mana tu cik siti?

  17. etomyam says:

    Insya Allah lepas ni akan berganda-ganda tu hehe
    daku pun baru tempek 3 minggu lepas walaupun dah register sejak 2007 lagi..tak pernah merasa duit nuff ni
    dapat income dari iklan sendiri aje keh3
    etomyam baru je tulis kisah Complete Clothing For Women At ShopWikicomMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah, bro
      sekadar seronok2 je :)

  18. akubiomed says:

    Benda yang tidak boleh jangka apa yang kita boleh buat tapi heran juga orang lain boleh pulak?
    akubiomed baru je tulis kisah Album Michael Jackson “Breaking News” 2010My Profile

    1. tehr says:

      rasanya tak kena cara lagi ni
      dan saya juga masih terus belajar

  19. belalang says:

    ade la tue nuffnang kumpul sekali banyak2 kat tehr…

    hee…
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      lepas banjir nanti rasanya nuffnang nak bagi
      mereka payah nak hantar sekarang ni :)

  20. Hadi Rofiee says:

    Kreatif. Sambil menyelam minum air. :D
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Sungguh tidak disangkaMy Profile

    1. tehr says:

      sambil minum makan pula cucur udang
      best :)

      1. Hadi Rofiee says:

        Aduh, sedaplah pula.

        p.s: sedang hujan sekarang. :-)

  21. Cha'on says:

    fuhh.. tahniah dapat be.. lame dah tak dapat nie.. rajin2 hapdate la pasni.. :)
    Cha’on baru je tulis kisah Muzik-Muzik 25 Senarai Lagu yang Layak Ke Semi FinalMy Profile

    1. tehr says:

      update hanya sempat 1 je sehari :(

  22. wadud says:

    pergh kaya la ko bro..
    hehehehehe…:p

    1. tehr says:

      belum kaya lagi…
      kayap je :)

  23. zik says:

    hurm masih juga tertunggu.. bilalah nak dapat BE nih…. rezeki belum tiba lagi kot… sabar2..
    zik baru je tulis kisah Hampir 50 ribu calon UPSR dapat 5A!My Profile

    1. tehr says:

      ya la, zik
      nampaknya belum tiba masanya

  24. Minho says:

    Menarik betul gurindam tu.
    Minho baru je tulis kisah Love isMy Profile

    1. tehr says:

      jom nyanyi :)

  25. AnastasiaAnn says:

    haha.. hebat hebat!! Oh lama dah tak tengok nuffnang, azam katakan. ekekekekek
    AnastasiaAnn baru je tulis kisah Stuck in a momentMy Profile

    1. tehr says:

      bukan tak tengok, ann
      tak nampak nak tengok… :(

  26. caliph says:

    gambatte..
    nti smpai ar ribu2 lemon tu.. eh silap ribu2 BE ^^
    caliph baru je tulis kisah hot hot hot My Profile

  27. rizuanismail says:

    waduh..masyuk ar tehr…tabik spring utk hang :D
    rizuanismail baru je tulis kisah 12 Konsep Rekaan Telefon Yang PelikMy Profile

  28. Affan says:

    haha. bila baca blog bro ni, mmg saya akui bro ni pandai berpantun.

    Cuba hantar kat nuffnang ni, mana tau esok dapat.
    *ada dgr blogger email nuffnang tanya pasal BE, tau2 esoknya dapat BE.
    Cuba lah bro, mana tau die buat featured post ke entry ni. hehe. kreatif
    Affan baru je tulis kisah Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan PujianMy Profile

    1. Affan says:

      *owh, gurindam rupanya. ingat pantun.
      kat sekolah dulu ada belajar pasal gurindam, tapi tak ingat dah ciri2 nya
      Affan baru je tulis kisah Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan PujianMy Profile

  29. gayahspears says:

    hak3..
    terpegun dg gurindam bro nih..
    nuff pon jadik…sempoi la bro…
    gayahspears baru je tulis kisah hanya perempuan saja yg paham!!!My Profile

    1. tehr says:

      gurindam membodek tu
      hahaha

  30. kulanz says:

    dulu aku pernah dapat lebih daripada 10 BE.. tapi sekarang xda tinggal 1 pun.. tak kisah lah sangat.. bergantung pada rezeki tu..

    1. tehr says:

      rezeki ada di mana2, bro

      1. mesti sabar mungkin ya bro..
        lowongan pekerjaan baru je tulis kisah APL Vacancies Sales and Management Trainee JakartaMy Profile

  31. mijie says:

    rasanya sekarang bro dah dapat BE kan? nuffnang ni kena seru baru dia datang :)
    mijie baru je tulis kisah Myvi tengah dibetulkan kakinyaMy Profile

    1. tehr says:

      belum ada lagi… :(

  32. kakyong says:

    Insya Allah.. nanti ada tu…
    kakyong baru je tulis kisah 31 sekaligusMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun