Guest Blogging Part 2

Dalam entri Menjadi Penulis Jemputan [Guest Blogging] beberapa hari lepas, ada beberapa soalan dalam kotak komen yang memerlukan aku menjawabnya. Aku memilih untuk meletakkan jawapan dalam entri sambungan ini. Boleh kan? :D

soalan hadir mahu bertanya
penulis jemputan bagaimana gaya
menulis entri apakah cerita
ada tetapan atau bebas sahaja

1. Guest Blogging, tak pernah try yang Malaysia punya, tapi tajuk macam mana puilak bro?

tajuk korang pilih sendiri
itukan korang punya entri
korang tahu maksud dan isi
aku terima dengan senang hati

2. Kalau nak sumbang pantun-pantun rekaan original sendiri pun boleh ke?

pantun syair madah seloka
puisi baharu dan puisi lama
diterima dengan tangan terbuka
asal tidak merosakkan warga

3. Balik kpd tajuk, bro nak blog entri tu yg membincangkan tajuk khusus atau terbuka?

tajuk khusus memang tak ada
korang boleh tulis apa sahaja
cerita nasihat panduan kerjaya
asal saja bersantun berpada

4. Boleh cuba ke bro ?hehe. tp pasal teknologi je la.

molek juga kisah teknologi
buat panduan sesama sendiri
aku juga tak banyak mengerti
sampai sekarang masih belajar lagi

5. Sekiranya tema dari postingannya tentang apa saja ya yang diterima ??

apa sahaja boleh diterima
asalkan untuk kebaikan bersama
juga sebagai hiburan semasa
orang tak marah, kita pun suka

Rasa tak sihat pula dalam sehari dua ni. Jadi molek benar kalau ada rakan blogger yang mahu menulis sebagai penulis jemputan untuk blog ni. Kurang-kurangnya dapat juga hilangkan sawang dan sarang labah-labah yang dah nampak semakin banyak.

TehrDemikian kisah 'Guest Blogging Part 2' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. kakiblog says:

    harap tuan bersabar menghadapi ujian kesihatan ini..memang ada hatin juga nak jadi penulis jemputan ini..
    kakiblog baru je tulis kisah 3 Blog Yang Menggunakan Bahasa IndahMy Profile

    1. Ismail N says:

      Memang ada hajat kawe nak submit lagi artikel bukan utk blog ini sahaja malah utk blog-blog rakan-rakan blogger yg lain. Cuma hujung musim persekolahan ini, agak sibuk sikit dgn aktiviti anak-anak – exam, sukan sekolah, kokum, msy ibu bapa guru sekolah, pendaftaran tahun depan, etc Maybe bulan Nov nanti lah.

      Satu perkara yg blogger perlu take note ialah, jadi penulis jemputan hendaklah jangan difikirkan sangat soal backlinks dan seo sahaja. Honestly, kawe pon dah tahu apa lagi effect backlink sama seo dgn algorithm Google yg asyik berubah jer ni..

      Yg penting ialah untuk menimba pengalaman dan mencuba keluar dari ‘comfort zone’ kita i.e cuba tulis something yg kita jarang buat.

      Contohnya: bila menulis di blog yg niche nya lebih kepada kesihatan, maybe kita kena buat research sedikit tentang hal tersebut agar artikel kita sesuai dengan blog yang menjadi hos pada artikel kita itu.

      Ia satu latihan yg baik selain dari menambah pengetahuan bagi memperbaiki kualiti penulisan kita sendiri. Harap anda semua mencuba dan thanks bro Tehr atas peluang yg diberikan.

      Tqvm.
      Ismail N baru je tulis kisah What The Heck?My Profile

      1. hafizmd says:

        terbaik bro…

        terima kasih sudi approach blog ambe hari tu…ambe ttp tunggu lagi artikel bro Ismail =)
        hafizmd baru je tulis kisah Giliran Piala Malaysia:Terengganu vs Kelantan!My Profile

  2. Bahrain says:

    semoga tuan sihat selalu, siapakah jemputan penulis blog tu?..jeng3x.

    1. kakiblog says:

      saya harap bro bahrain akan muncul sebagai penulis jemputan itu..
      kakiblog baru je tulis kisah Kaji Selidik Tentang Backlink Melalui BlogwalkingMy Profile

  3. zik says:

    penulis blog jemputan… tapi kalau buat entri pantun.. susah jugak ..hehe.. semoga lekas sembuh bro..
    zik baru je tulis kisah Selamat hari malaysia, 16 september 2013!!My Profile

  4. zool says:

    saya pun ingat nak buat gak guest blogging tapi ada ke yang nak join ek

    1. suri says:

      nah itu harap ada penulis dpt bacukp utk entri sedia kekosongan ahaks..

      semoga ther cepat sembuh amin…
      suri baru je tulis kisah Hari Malaysia 2013My Profile

  5. Mohd Shubhi says:

    Siap artikel nanti nak hantar…tengah cari tajuk
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Amanah dalam kehidupanMy Profile

  6. dja@sishaza says:

    Beri saya tempoh untuk asah bakat…insyaallah, ada hati juga ni tapi mungkin makan masa ehehe :)

    Moga cikgu cepat sembuh.
    dja@sishaza baru je tulis kisah SWEET SEPTEMBERMy Profile

  7. titan says:

    aku sendiri agak malas 2-3 hari ini..tunggu la 2-3 hari ini..haha
    titan baru je tulis kisah Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.comMy Profile

  8. suri says:

    nah itu harap ada penulis dpt bacukp utk entri sedia kekosongan ahaks..

    semoga ther cepat sembuh amin…
    suri baru je tulis kisah Blogging is a Team SportMy Profile

  9. UmmiKami says:

    Tanam cenohom berendam kapas,
    Lambat menanti lama sekali;
    Assalamu’alaikum genggam ku lepas,
    Selamat bercuti bersama famili.

    Semoga sentiasa di dalam peliharaan Allah swt…amin :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Oh….Oh…Malaysia..My Profile

  10. BUNDA says:

    semoga tuan blog cepat sembuh… selamat hari malaysia..
    BUNDA baru je tulis kisah Sambutan ke 50 tahun HARI MALAYSIA…..My Profile

  11. mrhanafi says:

    jadikan kontes penulis jemputan ini..hadiah backlink pun kira ok juga.
    mrhanafi baru je tulis kisah Sambutan Jubli Emas Sarawak Merdeka Dalam Malaysia 2013My Profile

  12. Hafizul says:

    Hehe..insyaAllah..ada lah tu yang masuk nanti..komen pun semunya positif belaka..semoga bro sihat selalu..dah-dah la tak sihatnya..kesian saya nak baca artikel terbaru bro..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Tips Ajar Anak Tak Pakai PampersMy Profile

  13. hafizmd says:

    insyaAllah….akan usahakan utk menjelmakan entri di sini

    moga cikgu tehr taboh dan sabor dalam dugaan…tp jgn lupa janji kita malam ni…terengganu vs kelantan =)
    hafizmd baru je tulis kisah Giliran Piala Malaysia:Terengganu vs Kelantan!My Profile

  14. azura says:

    insyaAllah ada nanti guest blogging dekat blog cikgu…

  15. Wah.. Jawapan dengan pantun tu memang unik. Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Bersama PondanMy Profile

  16. Wah, guest blogging. memang ramai yang berminat tu tuan. asah bakat anda dengan topik yang menjadi kegemaran, niche anda. :)
    Mohd Rohaizad baru je tulis kisah ANUAR ZAIN SUNTIK MUKA KEKAL KACAKMy Profile

    1. suri says:

      asal ada idea minat boleh diberikan kelulusan ini
      suri baru je tulis kisah Kasut SPAMy Profile

  17. Joe says:

    Ade spec untuk bpe patah perkataan ke?
    Joe baru je tulis kisah Komisyen Ke-34 Dari JobdirumahMy Profile

  18. Mak Lagenda says:

    tak sihat yea tehr?? take a gud rest..hrp2 guest blogging akan dtg membantu tehr update blog ni kelak
    :)
    Mak Lagenda baru je tulis kisah ADIK TAK PUAS ATI!!My Profile

  19. suri says:

    kalau dah dapat sorang dua baguslah.. blog ame sorang tak mahu ker tak bernai entahlah..
    suri baru je tulis kisah Seborrheic DermatitisMy Profile

  20. pahan says:

    hehe. aku ready je bro kalau dijemput ni.hehe.
    pahan baru je tulis kisah Facebook Ads yang kau perlu tahuMy Profile

  21. Rina says:

    menjadi guest blogging di blog anda ternyata sangat mudah dan tidak banyak persyaratan khusus seperti blog2 lainnya nie..
    terima kasih atas penjelasannya,
    Rina baru je tulis kisah PHP Script To Display RSS Feed / Sitemap From Other Website To Your WebpageMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun