Geram Tengok Kawan Punya

Selamat sejahtera kepada semua yang sudi membaca entri melepaskan geram ini. Bukan kepada sesiapa, sekadar mahu melepaskan rasa geram kepada diri dan kebolehan sendiri sahaja. :D

Saya pasti ramai yang sudah tahu apa maksud keywords atau kata kunci. Tak perlulah saya buat penerangan mengenainya. Ia memang berkaitan dengan enjin carian samada Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Cuba baca tulisan bro kulanz untuk maklumat yang lebih menyeluruh mengenai enjin carian ini.

Apa yang saya faham, sesebuah blog akan mendapat trafik organik yang banyak dan berpanjangan sekiranya keyword / kata kunci yang kita gunakan dalam entri bertepatan dan sesuai. Memang seronok sekiranya pengunjung blog datang dari enjin carian. Ahh… Geram.

akeybordnak bongsu terkencing lagi
anak sulung dah marah-marah
wahai keywords dan kata kunci
bilakah dapat menunjuk wajah

anak sulung menggoreng tauhu
anak bongsu memotong serai
pakcik google tolong beritahu
kenapa blogku tidak tersenarai

anak bongsu duduk nak makan
anak sulung nampak tak endah
trafik organik hamba harapkan
muncul di blog tambah meriah

anak sulung menunjuk besar
anak bongsu menunjuk manja
tak pandai seo masih belajar
trafikku hanya seciput sahaja

Saya memang masih belum bijak mencari keywords / kata kunci yang baik untuk dimuatkan di dalam setiap entri yang ditulis. Saya juga masih cuba untuk mengikuti pesan dan tunjuk ajar kawan-kawan mengenai SEO ini. Geram dan terus berperang dengan perasaan geram yang berterusan bila tengok trafik kawan-kawan. :D

TehrDemikian kisah 'Geram Tengok Kawan Punya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. padin says:

    hehe.. tu lah kan, tengok kawan2 macam tu rasa cemburu..
    cemburu untuk positif xpe tehr ekekee

    aku dalam sehari dapat purata 20 – 30 dari enjin carian
    dah rasa puas.. kalau 200 – 300 sehari, wahhhhh ekekee
    padin baru je tulis kisah Tips Memilih DomainMy Profile

    1. tehr says:

      aku hanya dapat kurang dari 20 sehari :(

      1. suri says:

        tak pelah lama2 akan byklah yang datang tu,,sbar usaha itu perlu juga :)

        semoga terus maju :)

  2. izanishak says:

    takpe tehr…teruskan usaha sampai berjaya ye~
    yg penting jgn putus asa~
    izanishak baru je tulis kisah Mama Kembar 3 Buat Giveaway- Yay!My Profile

    1. tehr says:

      insya allah tak putus asa
      cuma geram je :D

  3. wadud says:

    agak lar punya hebat blog ko neh x tersenarai dalam google? bohong la.. :D hehehe..
    aku x caya..
    wadud baru je tulis kisah Andainya Perempuan TahuMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada hebat nya, bro
      maksud aku bila orang cari sesuatu, blog aku tiada dalam senarai
      tak kena dengan apa yang orang cari

  4. Cik Siti says:

    tak pe…. pelan-pelan. nanti jumpalah tu…
    Cik Siti baru je tulis kisah Ilmu Pelita HidupMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah
      masih berkayuh lagi ni :D

  5. cikmin says:

    takpe tehr..pelan2 kayuh naaaa.. :P

    1. tehr says:

      yups, terus kayuh…

      1. padin says:

        pasang enjin bot le tehr
        penat derr nak berkayuh je ekekee
        padin baru je tulis kisah Tips Memilih DomainMy Profile

        1. tehr says:

          aku sedang cari enjin yang sesuai ni, bro :D

  6. belalang says:

    nak keyword bnyk rasenyer klu buat cerita psl blog atau tutorial mungkin boleh dpt……kot…

    tp klu keyword yg hari2 punya kena cari isu semasa….kot…

    blog belalang pun x bnyk mane trafik dari enjin carian.klu nak trafik kene BW…letih wo….hee
    belalang baru je tulis kisah Jawapan Contest Meneka Gambar SBTMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih belalang
      idea bagus tu

  7. cikbelog says:

    sampai sekarang cikbelog tak reti lagi nak main2 dengan keywords ni.hehe
    cikbelog baru je tulis kisah Aku Tak Nak Pakai Gigi Palsu lahhhMy Profile

    1. tehr says:

      ada 2 pilihan, cikbelog
      1 cikbelog belajar dg saya
      2 saya belajar dg cikbelog

      sama2 tak reti :D

  8. sangilapi says:

    setiap yang kurang pasti ada lebihnya di tempat lain,tehr :)

    yang penting ambil tahu apa yang kita tak tahu.

    *blog aku tu dalam sehari adalah sorang dua cari melalui enjin carian……kahkahkah*
    sangilapi baru je tulis kisah berpuakaMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, bro
      tapi aku tengah ghairah nak cuba belajar ni :)

      1. sangilapi says:

        rajin-rajin bertanya dengan mijie…..aku dah tak boleh bertanya sebab otak dah berkarat :)
        sangilapi baru je tulis kisah berpuakaMy Profile

        1. tehr says:

          sama la dengan aku, bro
          otak memang dh banyak karat

  9. mie says:

    kita senasib..
    so, pelan2 kayuh..
    ehheeee
    mie baru je tulis kisah Jom Cuti-Cuti TerengganuMy Profile

    1. tehr says:

      bro padin suruh aku pasang enjin
      kasi lajuuu :D

  10. adah says:

    adah pun sama gak…tak pandai bermain dengan keyword…hihi
    adah baru je tulis kisah Santai berubah wajah lagiMy Profile

    1. tehr says:

      kita sama2 belajar, adah

  11. zik says:

    kena banyak buat ujikaji… masih tak berjaya.. huhu
    zik baru je tulis kisah Cara untuk mencari arah kiblat sembahyang tanpa menggunakan kompas dan ketika daruratMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya zik lebih tau daripada saya tantang hal ni
      blog zik ada banyak tips

  12. rizuanismail says:

    Salam en tehr. usahlah gusar dan geram. Di blog ku ada butiran lengkap step-step bagaimana utk meng-koding blog kita utk ‘menghidupkan’ sistem carian keyword.

    Aku telah melakukannya dan hasilnya ‘TERSANGATLAH’ memberansangkan..harap dapat meredakan kegusaran dan rasa geram en tehr.

    link to post : http://rizuanismail.blogspot.com/2010/09/rm10000sebulan-dari-nuffnangwow.html
    rizuanismail baru je tulis kisah 25 Perkara Disukai Lelaki Tentang WanitaMy Profile

    1. tehr says:

      dah ke blog bro, mamang berbaloi :)
      thanks

  13. Norgadis says:

    Nampaknya bukan saya seorang je yang tak faham bab keywords ni huhuhu… agak menyedihkan nampaknya…

    1. tehr says:

      nampaknya bukan KITA DUA orang je, noor :D

  14. etomyam says:

    kalau pasang plugin SEO mungkin boleh membantu. juga kena ulang beberapa kali perkataan yang kita nak jadikan tags atau keywords tu.. macam blog ni kalau fokus kepada keyword pantun mesti menjadik ni :D
    etomyam baru je tulis kisah Ringan Tulang Berat PerutMy Profile

    1. tehr says:

      aku pernah jumpa perkatan ‘plugin SEO’ ni
      tapi dah tak ingat kat mana – nanti cari

      kalau search ‘pantun’, blog ni pakcik google letak kat page 18
      jauh sangat2 :(

      terima kasih bro
      tips yang sangat membantu [dah nampak dah sikit2 :D]

      1. Hadi Rofiee says:

        Kata kunci ‘pantun’, menarik juga. :-)

        1. tehr says:

          sedang mencuba ni, bro :D

  15. Ismail N says:

    Wah, kurang trafik dari google pun tetap traffik blog ni masih power jugak :D
    kalau dah improve seo sure meletup blog ni… Terus bersyair dan gurindam pula.. he he

    1. tehr says:

      amin amin
      tak tau la bila nak meletup
      harap2 tak meletup kuat sangat :D

  16. suri says:

    suri masih belajar dan belajar lagi..takat ni buat mana yang mmpu..nk kejar sanasini tak blh sgt sb terikat dgn kerja.. suri plk 1 org je staff kat stu…

    balik umah nak uruskan kluga lagi huhu..ltih ..

    semoga sahabat akan mencapai matlamat yg jitu.Amin ;)

  17. bisk says:

    baru tau ape kepentingan title entry bila orang menggunakan enjin pencarian…sekiranya bertepatan dengan mana2 perkataan pada entry secara auto blog kita jugak akan dilistkan…boleh diperbaiki nih..
    bisk baru je tulis kisah tetamu hatiMy Profile

    1. tehr says:

      itulah yang sedang saya usahakan
      angan2 sangat tinggi ni :D

  18. Norgadis says:

    Kalau meletup mcm bunga api tak kisahlah, masih nampak cantik.
    jangan meletup mcm gunung berapi, habis semua hancuzzz…
    Norgadis baru je tulis kisah Jangan Tinggalkan Aku PergiMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      jangan la macam merapi

  19. Hadi Rofiee says:

    Samalah kita. Hehe. :-)

    Masih sedang belajar & belajar.

  20. mijie says:

    blog aku hidup pun cuma harapkan oraganic trafik, huhu…kalau tak memang haus, blogwalking memang jarang dibuat sekarang ni..terlalu busy
    mijie baru je tulis kisah Pulang ke kampungMy Profile

    1. tehr says:

      ni la yang aku dok kalut ni
      agar blog sentiasa hidup :D

  21. zulkbo says:

    salam..
    belajar dan terus belajar
    semoga blog anda terus success
    bro Tehr…
    zulkbo baru je tulis kisah Selamat Pulang KeletihanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      tak tau kenapa, tetiba je rasa minat dengan seo dan keyword
      hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun