Gembira Sedih Lucu Di Tahun Baru

Alhamdulillah malam tadi Mr. Teh dan keluarga selamat tiba di rumah menjelang tahun baru. Dua minggu bercuti-cuti Malaysia ke Kuching dan Sibu, Sarawak rasanya seperti sekejap sahaja. Pagi ini sempat menjenguk ke rumah orang tua di kampung, ada beberapa cerita gembira, cerita sedih dan cerita lucu pula di sana.

syukur kepada yang maha esatiang 2011
gembiranya hati tidak terkira
berjumpa ibu bertentang mata
berbalas senyum bertukar cerita

seorang sepupu dibawa pergi
dijemput izrail mengadap illahi
perpisahan tiada kembali lagi
tinggal kenangan di dalam hati

cerita bomoh tersangat sakti
apabila motorsikal kalau dicuri
akan dihantar pulang kembali
tetapi dah ghaib sehingga kini

Sehari di tahun baru 2011 berbagai cerita telah berlaku. Siaran berita di tv malam ini juga sudah penuh dengan berita gembira, berita sedih dan berita lucu. Kisah biasa yang telah sekian lama didengari. Apa pun tidak salah untuk kita berharap, namun tidak salah juga untuk kita beringat. Tak gitu?

TehrDemikian kisah 'Gembira Sedih Lucu Di Tahun Baru' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. mijie says:

    selamat menyambut tahun baru buat cikgu, tahun baru menandakan persekolahan akan bermula
    mijie baru je tulis kisah Tahun baru dengan suasana di kampungMy Profile

    1. tehr says:

      dapat cuti pulak hari ahad
      tahniah/terima kasih harimau malaysia :D

      1. RedBoys says:

        yeah. cuti ahad pula.
        RedBoys baru je tulis kisah Kisah Orang PertamaMy Profile

  2. kaizen says:

    dah habis cuti2 malaysia… bile nak ke sabah lak? hehe
    kaizen baru je tulis kisah CeRiTa MaLaM TaHuN BaRuMy Profile

    1. tehr says:

      tak tahu bila, bro
      api aku teringin sangat nak ke sabah

  3. padin says:

    alhamdulillah selamat sampai ekekee
    emm part berita sedih tu yang tak best kan?
    tapi benda tu memang fitrah,hee.. teruskan kehidupan,
    padin baru je tulis kisah Berubah Untuk Kekal RelevanMy Profile

    1. tehr says:

      hidup perlu diteruskan
      suka duka sekadar hiasan dalam perjalanan

  4. sud@is says:

    sedih lucu gembira bertukar ganti
    itulah realiti kehidupan

    selamat menepuh tahun baru dengan lebih cemerlang
    sud@is baru je tulis kisah Tahun Baru Nak HebatMy Profile

    1. tehr says:

      semuanya untuk kita berfikir dan ambil iktibar
      selamat tahun baru

  5. gayahspears says:

    Salam…
    Alhamdulilah.. bro Tehr camat sampai…
    terbau2 ikan terubuk masin..keh3…
    Isnin ni mulalah sesi persekolahan 2011…

    Adat dunia ade suka ade duka~

    1. tehr says:

      alhamdulillah, selamat semuanya

  6. dnoBiz says:

    Selamat kembali ke negiri tercinta Tehr..
    Bomoh terlebih power la tu :D

    Ps : apa kes ngan motor tu Tehr ??
    dnoBiz baru je tulis kisah Pelakon Faizal Yusuf – Faizal Yusuf Meninggal dunia akibat serangan jantung Gambar-videoMy Profile

    1. tehr says:

      motor sepupu aku,..
      bomoh kata si pencuri akan pulangkan
      seminggu juga dia dok jenguk kat tangga rumah setiap pagi
      mengharap motor dikembalikan
      sudahnya… sampai sekarang tak nampak bayang
      hanya bayang bomoh tu je yg dok nampak :D

      1. dnoBiz says:

        hahah
        kawan aku pernah hampir ditemberang oleh bomoh spesis ni hehe :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Yang terbaik BagiMu – Kepada Pengulas Yang terbaikMy Profile

        1. tehr says:

          tu la pasal
          bila sepupu aku cerita kisah tu, terus je aku teringat entri kat blog kamu

  7. sangilapi says:

    berapa kilo bawak balik ikan terubok masin,tehr ? :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya aku tak tahu, apa dibeli dan berapa banyak
      semuanya diurus oleh isteri dan kakak ipar aku
      aku ambil tugas jaga budak2 waktu mereka ber’shopping’ sakan :D

  8. mie says:

    yang datang pasti akan pergi!!!
    entry berpantun kembali..
    hehehee
    mie baru je tulis kisah Bonus RM25 Dari Celcom Dan RoadblockMy Profile

    1. tehr says:

      entri pantun tiba kembali
      tahun baru menjelma kini
      azam lama tak capai lagi
      azam baru disusun bersiri

  9. bisk says:

    semoga roh sepupu tehr dirahmati Allah…

    kita yang masih hidup teruskan kelangsungan hidup kita.
    bisk baru je tulis kisah tiada salahnyaMy Profile

    1. tehr says:

      amin
      kita juga akan menyusul mereka

  10. RedBoys says:

    itulah lumrah hidup manusia. ada suka ada duka. yg hidup akan kembali padaNya.
    RedBoys baru je tulis kisah Kisah Orang PertamaMy Profile

    1. tehr says:

      hanya amalan yang dibawa

  11. Zezebel says:

    lol…bomoh tipu tu…
    Zezebel baru je tulis kisah The Unforgettable JourneyMy Profile

    1. tehr says:

      jelas dan terang
      segalanya tipu :(

  12. kakyon says:

    selamat tahun baru..
    sejuk hati ibu bila anak datang menziarahi nya..
    kakyon baru je tulis kisah Azam 2011My Profile

    1. tehr says:

      rumah orang tua saya memang dekat je, kakyon
      dalam 10 minit memandu je

  13. Norgadis says:

    Kedengaran bertapa gembiranya orang menyambut tahun baru, tapi tidak kurang juga rasa sedih pabila kegembiran disambut dengan kemalangan jalan raya, mabuk sana sini dan maksiat yang semakin berleluasa.

    Moga iman kita akan dijaga oleh-Nya.

    1. tehr says:

      tu la pasal, nor
      hidup ni memang penuh dengan warna-warni
      tanya hati je nak pilih warna terang atau gelap atau kelabu

  14. etomyam says:

    tempoh 24 jam sehari banyak catatan, pagi gembira, tengah hari risau, petang sedih, malam seronok..pendek kata macam-macam lah :D
    etomyam baru je tulis kisah Magicwood 2011My Profile

    1. tehr says:

      apasal malam seronok pulak, bro? :D

  15. zulkbo says:

    salam..
    simpati dan takziah
    atas kehilangan sepupu
    anda itu..ermmm..kabarnya
    banjir dah melanda pantai
    timur..saya pulang ke Jengka,
    Pahang cuti 3 hari tu,hujan
    non stop..nasib baik rumah
    mak ayah di tanah yang agak
    tinggi..harapan tidak la banjir
    nanti..
    zulkbo baru je tulis kisah No Archive Perlukah Tip BloggingMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      pahang juga biasa dilanda banjir yang teruk
      harap2 mereka dapat buat persiapan awal hadapi banjir

  16. Ismail N says:

    sedih, lucu dll.. apa2 pun blog tehr tetap sempoi.. he he :D
    Selamat tahun baru……….

    1. tehr says:

      selamat tahun baru

  17. suri says:

    itulah lipatan sejarah yang tidak akan mungkin dilupakan..

    baik sedih gembira ada hikmah yg terukis sebaliknyanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun