Gelisah Hati Seorang Ibu Dan Anak

Kisah kali ini mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan entri Tak Boleh Berenggang yang telah dilepaskan beberapa hari lepas. Masih kisah di sekolah dan masih juga kisah anak-anak yang baharu masuk sekolah. Bukan kisah pasangan kekasih yang tak boleh berenggang macam belangkas. :D


  • cikgu sedang memeriksa kerja murid
  • anak manja sedang teresak-esak di belakang kelas
  • mak manja sedang gelisah di tepi kelas

Kreeeeeeeeeeeeggg!!! Bunyi loceng. Tamat waktu matapelajaran.

  • cikgu keluar kelas
  • mak manja masuk kelas

“Apasal ni adik?”
“Adik tak reti buat ni.”
“Tak apa. Nanti mak tolong buatkan!”

  • cikgu masuk kelas
  • mak manja keluar kelas
  • anak manja gelisah di belakang kelas

kelas prasekolahDemikianlah salah satu kisah terpencil antara banyak-banyak kisah panas yang berlaku di sekolah. Kisah emak murid masuk ke dalam kelas yang pernah berlaku lama dahulu sebelum blog hebat ini lahir ke dunia maya. :D

TehrDemikian kisah 'Gelisah Hati Seorang Ibu Dan Anak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. cikgu naman says:

    gambar kejadian yang betul ke tu cikgu?
    cikgu naman baru je tulis kisah Jangan Tinggalkan Menulis Dalam Jangkamasa LamaMy Profile

  2. shameel says:

    Dulu2 peristiwa mcm ni agak ketara berlaku. Saya pernh terbaca pengalman guru yg mengajar di kota belud sabah sekitar tahun 80-an. Tapi skrg ni kes mcm ni mungkin agak terpencil sbb anak2 sudah dibiasakan dgn alam persekolahan sejak peringkat pra sekolah lagi..(ni cuma pandangan jerlh sbb sy mengajar di sekolah menengah dan tak pernah berhadapan dgn situasi sebegini)
    shameel baru je tulis kisah Salman Khan Tidak Bersetuju Dengan Amalan Dan Kepercayaan Segelintir Umat Islam Di India.My Profile

  3. suri says:

    hoo tulah cikgu masa kecik2 mak tgu luar kels heee

  4. suri says:

    sy dlu mak cuma htrkan sahaja depan sekolah bab mngsi tu ada juga pastu bila air mata meleleh lama2 cikgu pujuk dh ok..
    suri baru je tulis kisah Ikut Kepala Dia SahajaMy Profile

  5. suri says:

    memang seronok emlayan karenah anak2 sekolha da pelbagai kisah suka dan duka heee..
    suri baru je tulis kisah Kaki Ulat Buku Bukan Kisah LipaslahMy Profile

  6. seronok juga jadi cikgu nie..banyak ragam anak murid untuk dipelajari.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Review blog http://justkhai.comMy Profile

  7. Hamdan says:

    Macam-macam kerenah ibu dan anak ni yer… :)

  8. azwan says:

    cikgu keluar kelas, anak murid main bola kertas kat belakang kelas, siapa pernah buat?? hahaha.. :)
    azwan baru je tulis kisah Kenapa Guardiola Memilih Bayern Munich?My Profile

    1. hafizmd says:

      keh3…sape nak ngaku?angkat tangan

      p.s.ambe tukang amik nama sape yg main bising sangat…hahahha
      hafizmd baru je tulis kisah 5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok!My Profile

  9. onlajer says:

    minggu lepas se=minggu saya pergi sekolah tehr, pergi mengambil alatan sekolah anak saya yang tertingal
    onlajer baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  10. hatiputera says:

    Sebahagian daripada kisah kanak-kanak ketika mula mengenali alam persekolahan. Sesuatu yang indah sebenarnya.
    hatiputera baru je tulis kisah Nikon 10-24mm AF-S Nikkor f/3.5-4.5G DX EDMy Profile

  11. hafizmd says:

    Nostalgia betullah citer2 camni..

    Mmg ada mak2 yg risaukan anak smpai sanggup tunggubertahun2 di tepi kelas
    hafizmd baru je tulis kisah 5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok!My Profile

  12. Elok emak tu apply kerja pembantu cikgu la…. heee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitawMy Profile

  13. Masa kanak-kanak penuh kenangan yang indah tak terlupakan, membuat kangen akan peristiwa dan sahabat dimasa itu
    grosir jilbab murah baru je tulis kisah Jilbab Marisa OvalMy Profile

  14. Dja@SisHaza says:

    siapa laaaaa agaknye anak manja tu ye…… ? Hehe…Emm, walau masa berlalu tapi adengan spt tu masih dpt dilihat hingga ke hari ni. Bohong pula jika kata cikgu tak rimas dgn hal camni
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah BEGINILAH ADAB ORANG KITAMy Profile

  15. azura says:

    biasa mak memang begitu

  16. azura says:

    mak memang begitu

  17. Masa adik2 sekolah pun sama… Mak tolong buatkan jugak…
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Suatu Hari, Dulu dan Dah Lama #PT1My Profile

  18. padin says:

    hehee kenangan aku dulu kerja rumah tak siap aku jadi gelisah
    suruh mak buatkan di rumah.. ekekee

    bukan apa, cikgu garang kalau tak siap naya.. padahal lukisan darjah 1 je, adehhh…

  19. titan says:

    bapak aku tinggal macam tu aje. Haha..sabar ajelah. Padahal..aku takut gak sebenarnya. Tapi lelaki kacak..kena pandai control kacakk..
    titan baru je tulis kisah Titaniumface.com – Ni bukan blog gua.My Profile

  20. Bro Zulkbo says:

    salam..
    ermm..ramai mak-mak gitu..
    sayang benar anak-anak,
    sampai manjakan berlebih..
    kerja sekolah bantu okey,
    bukan tolong buatkan, payah!
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Senarai Klinik Terlibat Ujian Saringan Kesihatan Percuma (HSP) PERKESOMy Profile

  21. akubiomed says:

    Baru lagi. Lama-lama nanti boleh buat sendiri. Sokongan guru untuk berkomunikasi dengan anak yang belum ada keyakinan diri.

  22. UmmiKami says:

    Salam Maulidur Rasul..

    Sepit baju melayang ke batu,
    Melepas jala menangkap ikan;
    Murid baru memang begitu,
    Klas bermula emak yang sakan. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bimbang..My Profile

  23. UmmiKami says:

    Lama-lama nanti ok la tu…
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bimbang..My Profile

  24. anak sapa yg mcm tu tu? :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Volkswagen Beetle : The Evolution of the ‘People’s Car’My Profile

  25. kakyon says:

    kisah biasa di mana2. rajin emak2 yang saban tahun masuk kelas. akk pun tak terkecuali..hihi
    kakyon baru je tulis kisah sagon kelapaMy Profile

  26. de engineur says:

    Pengalaman mcm tu memang best. You’ll miss that moment when you no longer attend school to attend to your kids.
    de engineur baru je tulis kisah Micro-hydro to benefit Kg Tiku folks in PenampangMy Profile

  27. fiezaradzi says:

    macam2 ragam ada kan.. seronok jadi cikgu ye..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Kenapa Nak Pergi #SBB2013?My Profile

  28. anne says:

    Saya pun sama..minggu lepas saya lempang sorang murid tahun 3 sebab tak menyalin soalan yang hanya sebaris. Kelas 60 minit..jwpn murid itu sebab “penat nak salin”..mcm mana sy tak naik angin..sebaris ayat di katanya “penat menyalin”..rupanya murid itu terbiasa..waktu rehat ibunya akan dtg duduk dalam kelas dan menyalin utk anak. Anaknya pula berlari-lari bermain di dalam kelas ketika ibu sibuk menyiapkan kerja anak.sampai bilapun anak takkan siap kerja sebab ada talian hayat.bila saya tanya ibunya adakah puan buat kerja anak si ibu berbohong terang-terangan sedangkan murid sekelas yang lain dengan lantang menjerit “tipu ibu dia cikgu.ibu dia duduk disini dan buat kerja dia.dia berlari-lari bermain saja sambil makan”..kanak-kanak tidak berbohong. Semalam saya hampir di langgar ayah murid tersebut beserta ugutan “cikgu marah anak saya lagi, saya tumbuk cikgu” . Hari ini dengan egonya si ibu masuk dan duduk di dalam kelas tatkala waktu rehat dengan muka yang sombong dan murid saya mengadu “cikgu..mak dia kata kalau cikgu tampar anak dia, dia akan tampar cikgu”..maaf tapi saya akan abaikan murid ini dalam kelas.kalau mahu buat kerja saya terserah..tak mahu,takpa..yang bodoh nanti bukan anak saya..sukar mendidik murid yang terlalu dimanjakan ibu bapa yang kononnya sayang anak sedangkan tindakan ibu bapa itu hanya akan merugikan anak tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun