Gelanggang Perlawanan Akhir Piala FA Kelantan Terengganu

gelanggang perlawanan akhir piala fa 2011Akhirnya Persatuan Bolasepak Malaysia [FAM] memutuskan untuk melangsungkan perlawanan akhir Piala FA edisi ke-22 nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pertemuan antara dua pasukan berjiran dari pantai timur, Kelantan dan Terengganu ini akan diadakan pada 11 Jun nanti.

Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, mampu menampung 30 000 orang penonton. Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu pula hanya 15 000 orang. Sudahnya venue berkecuali Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti penonton seramai 100 000 orang menjadi pilihan FAM kali ini. Kalaulah ada stadium di Besut… :D

pergi ke stadium beramai-ramaiakhir piala fa 2011
jalan berderet macam anai-anai
di jalan raya usah tunjuk pandai
malang menanti maut melambai

dalam stadium jangan berlagak
kurang ajar ada bersopan tidak
tingkah laku kita orang nampak
ketika menjerit ketika bersorak

siapa menang siapa yang kalah
kedua-duanya mendapat hadiah
bersukan hanyalah satu riadah
bersama jalinkan ikatan ukhwah

Aksi di separuh akhir menyaksikan Kelantan Red Warriors berjaya menundukkan Selangor dengan agregat 6-2 sementara skuad Penyu Terengganu mengalahkan Pahang dengan agregat 5-2.

Kelantan dan Terengganu belum pernah bertemu di Perlawanan Akhir Piala FA. Pencapaian terbaik Red Warriors sekadar menjadi Naib Juara setelah ditundukkan oleh Selangor 1-1 [4-1 penalti] pada tahun 2009. Terengganu pula pernah menjuarai piala ini pada tahun 2000 apabila berjaya mengalahkan Pulau Pinang 1-1 [4-3 penalti].

TehrDemikian kisah 'Gelanggang Perlawanan Akhir Piala FA Kelantan Terengganu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. akubiomed says:

    Sudah tiba masanya Kelantan mempunyai stadium yang baru. Dengar dulu hendak dipajakka Stadium kepada biayaan swasta

    1. dnoBiz says:

      Tak lama lagi kelantan akan mendapat stadium baru yang deberinama Stadium Red warrior, akan dibina di Bukit Abal Pasir putih
      dnoBiz baru je tulis kisah Tragedi Tanah Runtuh- Antara 20 hingga 30 anak yatim dikhuatiri tertimbus di Hulu LangatMy Profile

      1. tehr says:

        wah dah ada nama tu
        dah lulus ke nama ni, dno?

      2. X pasti lagi, baru atas kertas cadangan… mula2 nk buat di Tunjung ttp harga tanahnya sangat mahal.. terpaksa di tukar lokasi kepada Bukit Merbau, Pasir Putih.. Sebuah Komplek Sukan yg lengkap dgn Stadium dan Pusat Akuatik, dgr kabar akan dinamakan Red Warriors City…
        aktechpage.com baru je tulis kisah DocStoccom- Sumber Rujukan Profesional AndaMy Profile

    2. tehr says:

      harap2 akan menjadi kenyatan secepatnya, bro

  2. decrewz says:

    Tahniah2 atas stadium baru tu.. Nanti konfirm sesak nafas jalan area bukit jalil tu..
    decrewz baru je tulis kisah Bandwidth Limit Exceeded Kerana Temuduga MEdSI 2011My Profile

    1. tehr says:

      sesak dan gegak
      memang nampak macam tu la gayanya, jai

      1. decrewz says:

        kalau dari ofis selalu ulang alik balik ikut jalan tu.. Kena ikut federal la nampaknya.. Tapi federal pun 2 x 5 jugak..
        decrewz baru je tulis kisah Bandwidth Limit Exceeded Kerana Temuduga MEdSI 2011My Profile

      2. hafizmd says:

        jadi, tgk kat rumah ajerlah…hehe..tak sesak.. ;p
        hafizmd baru je tulis kisah Kaedah ramal tanah runtuhMy Profile

  3. Cik Siti says:

    tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah pun masuk ke peringkat akhir… semoga berjaya… jangan gaduh-gaduh ye…
    Cik Siti baru je tulis kisah Berakit-rakit ke huluMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      jangan gocoh, main molek2 :D

  4. Ismail N says:

    err tak mahu kat wembley ke tahun nie? :lol:
    Ismail N baru je tulis kisah Old Town White CoffeeMy Profile

    1. tehr says:

      kat wembley pun dah tak lama dah tu, bro
      glory2 :D

      1. hafizmd says:

        hehehehe…tunggu2…team ‘kita’ turun lepas ni…hahhaa
        hafizmd baru je tulis kisah Kaedah ramal tanah runtuhMy Profile

  5. dnoBiz says:

    memang aku dah agak kelantan akan Jumpa Terengganu di fainal.. :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kahwin Lari – Lelaki Diseksa Kerana Kahwin LariMy Profile

    1. tehr says:

      agak2 ikut ke bukit jalil ke, bro?

      1. Ke nak buat konvoi beramai2 geng2 blogger kelantan :D
        aktechpage.com baru je tulis kisah DocStoccom- Sumber Rujukan Profesional AndaMy Profile

        1. hafizmd says:

          hehehehe…kalau camtuh…yg kat besut tu nak sokong sape? hehehe
          hafizmd baru je tulis kisah Kaedah ramal tanah runtuhMy Profile

  6. Dari Kelate Ke Copenhagen says:

    wow, nice pantun.
    Anyway harap pasukan Red Warrior boleh menang. Gomo Kelate Gomo
    !!

    1. tehr says:

      gomo klate omo
      main mene sokmo
      kalah ambik kedemo
      piala kawe terimo :D

  7. mijie says:

    go more kelate go more, em jiran sebelah laki dia terengganu dan isteri dia kelantan, hohoho pastu td tanya nak sokong mana? hahaah senyum je jawapan
    mijie baru je tulis kisah Hasil yang tak seberapaMy Profile

  8. mie says:

    sama hebat pasukan ni..
    siapakah akan dinobatkan sebagai juara?
    sama-sama kita nantikan..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Voucher Percuma McChicken Dari MacdonaldsMy Profile

  9. peteh klate peteh (modified dari ganu).. baru nampak bersaudara..haha
    Danial Razali baru je tulis kisah Tips Nuffnang – 1My Profile

    1. hafizmd says:

      hehehe…ok jugak ni…lebih sihat :D
      hafizmd baru je tulis kisah Kaedah ramal tanah runtuhMy Profile

  10. MDHAFiZ.NET says:

    apa lg?? nak sokong mana nih?
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Most Expensive Cars In The World Top 10 List 2010-2011My Profile

  11. yusri says:

    makin lama makin maju kelantan.Tapi aku masih tak puas hati sel kena belasah dengan Kelantan..bila selangor nak balas dendam..hehehehe
    yusri baru je tulis kisah Bila dah terhantuk baru terngadah- TPM sabarkan cikguMy Profile

    1. hafizmd says:

      nampaknya, badi selangor kalah ngn kelantan terus melekat sampai dalam liga super…isk2
      hafizmd baru je tulis kisah Kaedah ramal tanah runtuhMy Profile

  12. zulkbo says:

    salam..
    mari kita tunggu
    sapa yang menang..
    harapan siapa yang
    menang nanti biarlah
    aman di stadium..
    adat bersukan, ada kalah
    ada yang menang..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat 21- Mei -2011 – Video Dan GambarMy Profile

  13. saya pon ade baca pasal nak bina stadium baru di pasir puteh..yg di kb dekat umh tuh pon tak termasuk lagi…bila la nak dpt pluang tgk live :)

    silap la 11june tak balik lagi..ishkishk..
    alexa yussida baru je tulis kisah perangai budak rumah akuMy Profile

  14. ummu says:

    tak tahu nak sokong mana..
    erm kelantan kot sebab hubby dari sana.

  15. yas says:

    Jom serbu stadium Bukit jalil…kompom meriah ni nanti…
    yas baru je tulis kisah Cara buat pages kat bawah header BlogspotMy Profile

  16. Tapi agak jauh tu dari Kelantan dan Terengganu, lawan kat Bukit jalil. Stadium kat Pahang takde ke? :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Nuffnang blog advertising communityMy Profile

  17. padin says:

    harapnya tiada apa yang tidak enak berlaku kat bukit jalil hehee

  18. pasti menarik perlawanan tu nanti, walaupun TE penyokong Selangor, tapi tiada masalah untuk memberi sokongan pada kedua-dua pasukan yang bermain di final,

    so Kelantan dan Terengganu, berikan aksi bertaraf tinggi! :)

  19. ghost writer says:

    nampaknya 2 pasukan pantai timur akan berentap…tapi akhirnya aku akui kalau kelebihan pengalaman terletak pada kelantan sebagai juara.
    ghost writer baru je tulis kisah jiwa milik tuhanMy Profile

  20. mycy says:

    kawe seronok dapat tahu Teganu dgn Kelate dapat masuk final FA cup…lagi seronok nanti kita akan dapat tengok dua pasukan 2 negeri berjiran ini beraksi…

    Kawe sokong kedua-duanya sekali sebab kedua-duanya negeri kawe…hehehe
    mycy baru je tulis kisah Laluan Terakhir Desaru-Senai Expressway dibuka malam iniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun