Gay And Lesbian Weddings

cintakah tidak mengenal sesiapa?
manusia celik terlampau buta

cinta dan kahwin sesama jenis
homoseksual kini menjadi kudis

gay katanya sukakan jantan
berbuat keji dalam perlakuan

lesbian pula mencintai betina
tidak terasa diri yang hina

malahan pula merasa bangga
kononnya apa nikmat dirasa

jauh sekali merasa bersalah
kelakuan sesat jelas ditegah

senang pula menyalahkan takdir
walau sebenarnya pilihan hadir

butanya hati kepada sejarah
kaum Lut yang dulunya punah

berlindung di belakang hak asasi
menyanggah fitrah diri sendiri

lupakah manusia hanyalah hamba
diikat peraturan Maha Pencipta

keluargakah begini jika berterusan
Malaysia kita di mana keturunan?

alam dicipta berpasang-pasangan
syurga neraka contoh ingatan

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (Kami juga mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) ketika dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu mengerjakan perbuatan yang keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum mu?”

TehrDemikian kisah 'Gay And Lesbian Weddings' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun