Garis Panduan

Dulu-dulu masa sekolah aku hanya faham tentang garis je. Ambil pembaris, ambil pensil dan buat garisan lurus. Kadang-kadang buat garisan atas pasir dengan ranting kayu. Memang sampai ke sudah tak lurus, macam ular kena palu je.

Dah besar sikit, aku mula faham apa itu panduan. Terima kasih kepada mereka yang buat bermacam-macam panduan yang pernah aku baca. Memang sangat berguna. Ada panduan ambil wuduk, panduan solat fardu, panduan solat sunat, panduan pemanduan selamat, panduan rumah tangga dan banyak lagi. Ada yang aku ingat dan ada yang aku tak ingat. Hahaha…

garis panduan polis

Dah tua-tua ni aku mula faham apa itu garis panduan. Banyak garis panduan yang dikeluarkan dan diterima dalam hidup sehari-hari. Ada garis panduan untuk ke seminar, garis panduan untuk menyertai organisasi dan ada juga garis panduan untuk berhimpun. Semua mesti ikut garis panduan yang ditetapkan. Sebarang perlanggaran garis panduan pasti akan menerima teguran atau tindakan keras yang mungkin sekali sangat merugikan. Ya, rugi pada diri sendiri dan rugi juga pada orang lain.

Isnin 9 Januari 2012 [8.00 pagi] ada perhimpunan Bebas Anwar 901 di pakir awam Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur. Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang ramai telah diberi garis panduan Polis DiRaja Malaysia berhubung kebenaran perhimpunan tersebut.

Aku harap semua yang hadir di perhimpunan tersebut dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Orang ramai ikut garis panduan, penyokong ikut garis panduan, polis dan FRU ikut garis panduan, ahli politik ikut garis panduan, Insya-Allah semua akan berjalan dengan baik dan selamat.

TehrDemikian kisah 'Garis Panduan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. akubiomed says:

    Ujian pertama sejak Akta Perhimpunan Aman 2011 diluluskan. Boleh lah kita lihat keberkesanan pihak berkuasa dan penganjur perhimpunan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

    1. tehr says:

      kalau ada apa2 kekurangan mungkin boleh pakat bincang lagi untuk cari yang terbaik

    2. Hadi Rofiee says:

      Yup. Harap semuanya baik-baik belaka. :-)
      Hadi Rofiee baru je tulis kisah Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Awam di Syria dan MesirMy Profile

      1. cik tom says:

        hrpnye perhimpunan tue berjalan dgn lancar..xde pergaduhan atau melibatkan kehilangan nyawa..

        1. suri says:

          skrg dah tahu semua ok sahaja,hti yk lega
          suri baru je tulis kisah Homemade Bantal MusyukMy Profile

  2. fuad ansari says:

    ironinya.. garis panduan boleh jadi berbeza untuk gologan yang berbeza.. (“,)
    fuad ansari baru je tulis kisah JaNGaN SuDiN, JaNGaN..My Profile

    1. tehr says:

      mungkin boleh diusahakan untuk mencapai perbezaan yang paling sedikit dengan mengutamakan kepentingan umum

  3. Melatiqistyna says:

    Setuju ngan Fuad… Garis panduan Akan berbeza ikut sukatik sesetgh golongan…. :D
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Bapak Borek Anak Rintik…. :D My Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      kalau semua mahu ikut hati sendiri je
      tak akan ada kesudahannya

  4. kimmie says:

    harap yg menyertainya akan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
    kimmie baru je tulis kisah Pengalaman kena denda di sekolahMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      usah nak kecoh2

  5. hafizmd says:

    Harapnya camtulah. Semua berjalan aman wlaupun saye mmg sedikit ragu dgn tahap keamanan yg boleh dikekalkan tiap kali demo.

    p/s-tertarik juga dgn kata2 YB Hassan Ali yg kecewa dgn jumlah program HIMPUN (pertahan akidah) yg tak ramai hadir
    hafizmd baru je tulis kisah Pelayaran kini bermulaMy Profile

    1. tehr says:

      jangan ada yang seronok dengan kekacauan dah la

  6. zulkbo says:

    salam..
    rasanya penyokong DSAI hanya
    datang menunjukkan sokongan
    pada beliau..taku ada provokasi
    mencetus pergaduhan dari “HANTU-HANTU”
    je nanti..byk hantu pakai kopiah masa ni
    zulkbo baru je tulis kisah 901 DSAI : Syarat Berhimpun PDRMMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang ada yang suka ambil kesempatan buat kacau kat mana2 pun
      harap2 mereka ni tak dapat peluang kali ni

  7. Norgadis says:

    Harap2 semua ikut garis panduan yang telah ditetapkan, kalau garis panduan tidak diikut, takut akan terjadi kemalangan pula.

    *garis tak lurus, pemandu mabuk huhuhu…
    Norgadis baru je tulis kisah 27 Award 2011 Dari Sahabat BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      pemandu mabuk memang bahaya tu :D

  8. amirulfaiz says:

    Yang tak ikut garis panduan, boleh denda kena sebat dengan pembaris. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Belajar, untuk lulus peperiksaan sahaja?My Profile

    1. tehr says:

      dengan pembaris je ke, bro? :D

  9. titan says:

    malam tadi aku sokong negeri sembilan. mak abah aku sokong kelantan. tapi aku agak leh menang sebab effa owana ni memang banyak dapat peluang. gol kedua tu..takde sape challenge dia. patut leh gol. hoho..

    1. b3njy says:

      Uikkk ! apa kau cerita ni Titan … kompius aku baca komen kau …. orang cerita pasal garis panduan lah … yang kau cerita pasal bola apa kesss ? … tak kacaklah titan macam ni :D
      b3njy baru je tulis kisah PERLAWANAN AKHIR PIALA SUMBANGSIH 2012 | NEGERI SEMBILAN VS KELANTANMy Profile

  10. shraqs says:

    mintak2 takde perkara yg tak elok terjadi nanti, ikut peraturan!
    shraqs baru je tulis kisah PayPal Tricks/ScamMy Profile

    1. suri says:

      ikut peraturan moga2 tak der yang mmbawa kebuurkan heee
      suri baru je tulis kisah Homemade Bantal MusyukMy Profile

  11. kulanz says:

    garis panduan ni memang penting.. harap semua pihak mematuhinya
    kulanz baru je tulis kisah Gerakan Bebas Anwar 901My Profile

  12. kaki terpijak paku tekan
    terasa sakit kejang kaku
    Perhimpunan 901 telah dibenarkan
    moga kecoh-kecoh tidak berlaku

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    excess caj rm400 kereta kemalangan
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  13. b3njy says:

    Biasalah manusia mesti ada yang tak ikut garis panduan punya …
    b3njy baru je tulis kisah PERLAWANAN AKHIR PIALA SUMBANGSIH 2012 | NEGERI SEMBILAN VS KELANTANMy Profile

  14. b3njy says:

    Rasanya garis panduan tu taklah teruk sangat … memang tak patut pun buat perhimpunan di kawasan publik hanya menganggu ketenteraman awam je …
    b3njy baru je tulis kisah PERLAWANAN AKHIR PIALA SUMBANGSIH 2012 | NEGERI SEMBILAN VS KELANTANMy Profile

  15. b3njy says:

    Cuba buat kat hutan lepas tu panggil pemberita … kan tak ganggu orang awam … hehehe cuma monyek dan pak belang je bengang … :D
    b3njy baru je tulis kisah PERLAWANAN AKHIR PIALA SUMBANGSIH 2012 | NEGERI SEMBILAN VS KELANTANMy Profile

  16. b3njy says:

    Harap2 semua nya berjalan dengan lancar … :D
    b3njy baru je tulis kisah PERLAWANAN AKHIR PIALA SUMBANGSIH 2012 | NEGERI SEMBILAN VS KELANTANMy Profile

  17. Ad-Dien says:

    Moga Allah memberikan taufik dan hidayah buat kita semua, amin
    Ad-Dien baru je tulis kisah [WANITA] Persoalan Hukum Merancang KehamilanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun