Gambar Seribu Cerita

Percaya kepada pandangan mata sendiri? Tak pasti? Kebiasaannya pandangan mata dapat memberi penjelasan yang amat baik. Tetapi kadang-kadang seseorang tertipu oleh pandangan matanya sendiri. Lebih perit apabila mata melihat dan memandang tetapi tidak ternampak apa-apa. Pelikkah?

Seribu Cerita

Suatu ketika di suatu tempat

Sekeping gambar seribu cerita
sekecil jelas sebesar kaburnya
semuanya ikut pandangan mata
tafsiran fikiran yang melihatnya

seribu cerita boleh direka
kisah sedih cerita gembira
akhirnya perlu juga bertanya
kisah sebenar di sebalik cerita

contest

contest terakhir untuk tahun 2010

Teringat pada ‘contest terakhir untuk tahun 2010′ yang dianjurkan oleh saudara Muhammad Tarmizi.┬áSekeping gambar mentol lampu yang mempunyai ceritanya sendiri. Sila klik gambar mentol atau link ke blog bro mijie untuk mengetahui cerita sebenar. Ada hadiah yang sangat menarik disediakan untuk sesiapa yang bertuah.

TehrDemikian kisah 'Gambar Seribu Cerita' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. mijie says:

    Tehr, terima kasih kerana buat promosi tentang contest sy, join la sekali, hehe
    mijie baru je tulis kisah Fungsi Quick Look pada HTC Desire Z maxis10My Profile

    1. tehr says:

      kira aku join dengan pantun je, bro :D

    1. tehr says:

      sekadar menyurat, neon :)

  2. kakyong says:

    gambar memang merekod byk peristiwa & fakta.. ;)
    kakyong baru je tulis kisah Cucur ku berkedutMy Profile

    1. tehr says:

      asalkan jangan buat pertindihan imej dah la, kan?
      nyusahkan orang je tu :D

  3. MDHAFiZ.NET says:

    xda rezeki aku nak join kot….sibuk tahan gaban..
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Goodbye 2010Hello 2011 !!My Profile

    1. tehr says:

      tahun depan, kot
      pasti ada lagi peluang yang lain

  4. sangilapi says:

    pasangan di dalam gambar tu tengah baca sms ke,tehr ? :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      ibu dan anak tu, bro
      ada hirisan bawang jatuh atas seluar :D

  5. Norgadis says:

    Sekeping gambar seribu cerita
    Si anak nangis dipujuk ibunya
    kalau ikut pandangan mata
    mungkin tafsiran salah maknanya
    Norgadis baru je tulis kisah Hari Ke 2 Bercuti Di Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      secebis cerita beribu gambar
      sekadar fitnah cepat tersiar
      sama berdosa bila menyebar
      syaitan suka membuat onar

  6. padin says:

    hehee betul tu, sekeping gambar boleh jadi banyak cerita,
    umm baca sms ke, tengok MMS? takpun tengah skodeng blog tu hehee
    padin baru je tulis kisah Entry TerbaikMy Profile

    1. tehr says:

      hanya secebis hirisan bawang jatuh atas seluar :D

  7. Ali ridha says:

    percaya! seribu
    cerita tersebar luas.
    Ali ridha baru je tulis kisah PILIH THEME BLOG sw33tdarlingcomMy Profile

    1. tehr says:

      jagan sebar cerita bohong
      hehehe

  8. Ali ridha says:

    mentol rosak la.
    kasi tukar baru.
    Ali ridha baru je tulis kisah PILIH THEME BLOG sw33tdarlingcomMy Profile

  9. zulkbo says:

    salam..
    tahniah buat seluruh rakyat
    Malaysia..ermmm..jangan lupa
    Jumaat ni cuti umum ye..
    zulkbo baru je tulis kisah Jumaat 31 Disember Adalah Cuti Umum Di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tahniah untuk semua
      …saya memang sedang bercuti :(

  10. Cik Siti says:

    semoga berjaya….
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajar PetuaMy Profile

  11. zik says:

    erm tak sempat komen lagi di blog bro mijie..
    zik baru je tulis kisah Kedamaian yang ku pintaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun