Gambar Sepanjang Jalan Sibu Kuching

Entri kali ini sekadar mahu berkongsi beberapa keping gambar yang sempat saya ambil di sepanjang perjalanan pulang dari Sibu ke Kuching. Kerana kenderaan dipandu oleh anak saudara, jadi saya berpeluang mengambil beberapa keping gambar dari dalam kenderaan. Maaf kerana gambar yang kurang jelas.

Jalan Sibu - Kuching

Jalan raya yang agak sunyi

Jalan Sedang Dibaiki

Sedang dibaiki - kalau tak silap ada dua tempat

Jambatan Besi

Merentasi Batang Lupar - katanya Bujang Senang berada di sini

Rumah Panjang 1

Rumah panjang lama daripada kayu

Rumah panjang 2

Rumah panjang moden daripada batu

Taman Rekreasi Serian

Tasik di Serian

Serian

Sebahagian bandar Serian

Kota Padawan

Bulatan Kota Padawan

Nasi USA

Makanan aku ketika berhenti rehat di Serian

Betullah kata orang, jauh perjalanan luas pandangan, banyak pula pengalaman yang ditempuhi. Lain padang lain pula belalangnya. Nasi goreng USA yang aku tempah di Serian tak sama dengan apa yang aku biasa makan di Tumpat atau Kota Bharu. Rupanya maksud USA di sini ialah Udang + Sotong + Ayam. :D

TehrDemikian kisah 'Gambar Sepanjang Jalan Sibu Kuching' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. akubiomed says:

    Patut heran melihat gambar nasi goreng USA tidak ada keropok. Satu pengalaman baru untuk nasi goreng USA di Sarawak :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Coklat sedapMy Profile

    1. tehr says:

      hah? ada keropok?
      ni menu nasi goreng usa kat mana pulak ni, bro?
      kalau kat tumpat / kota bharu, ada daging je

      1. cikmin says:

        nasi goreng USA kat sini ada telur mata kerbau pulak..hiks.. :P
        cikmin baru je tulis kisah Kerabu Taugeh Kerang SimpleMy Profile

        1. tehr says:

          pulak dah

      2. sangilapi says:

        nasi goreng usa sebenarnya ikut kepala si tukang masak :)
        sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

        1. tehr says:

          terpaksa la cari kedai yang mana si tukang masak tu sama kepala dengan kita
          macam payah je :D

          1. dnoBiz says:

            tu belum kena yang buat kepala dia je…
            mintak lain dia buat lain..

            Ps : pening kepala dibuatnya hahahah
            dnoBiz baru je tulis kisah CepLos Dan Kazar – Permohonan Maaf Dari dnoBizMy Profile

            1. tehr says:

              aku pernah alaminya
              hahaha

              si tukang masak yg terlalu asyik…
              masak untuk kepuasan sendiri bukan untuk kepuasan pelanggan

  2. kaizen says:

    memang r nasik goreng USA udang sotong ngan ayam~ hehehe

    pengalaman baru tak?

    Cube g Tawau, tempat aku~

    menu makanan saje ade 3 muka surat, berjenis2… sampai aku sendiri kengkadang nak makan pun pening~ hahaha
    kaizen baru je tulis kisah HTC ARIA MiSCeLLaNeouSMy Profile

    1. tehr says:

      memang pengalaman baru
      berpandangan sama sendiri antara aku dan anak2 :D

      apa hal pulak sampai 3 muka surat tu, bro?
      banyaknya… tapi bagus pilih helaian pertama je
      tak la jadi pening :D

    2. cikmin says:

      bro kat tawau eh…pernah pergi warung jawa taman semarak tak?
      cikmin baru je tulis kisah Suarapeople skandal dengan KakngahMy Profile

  3. sangilapi says:

    ini yang aku malas,masuk blog pagi-pagi buta ada gambar yang membuka selera – perut aku terus lapar ! :(
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      aku, kalau lewat malam camni, kopi dengan biskut pun jadi :D

  4. zik says:

    jalan sana sunyi.. dan panjang… hueww…
    zik baru je tulis kisah Giveaway Domain by khaizariencomMy Profile

    1. tehr says:

      memang agak sunyi, zik

  5. mie says:

    lain tempat lain citarasa…
    tapi nampak sedap juga tu..
    hehee
    mie baru je tulis kisah Penang Toy MuseumMy Profile

    1. tehr says:

      memng sedap pun, mie
      cuma lain dari kebiasaan je

  6. padin says:

    heheee kadang2 daging merah dengan telur mata
    kadang dengan sosej, keropok.. kah3
    kali ni, udang + sotong + ayam? terbaek..

    lawa2 permandangan.. hee
    padin baru je tulis kisah Entry TerbaikMy Profile

    1. tehr says:

      daging masak merah tu la yang aku biasa, bro
      sebenarnya bagus juga menu tak sama ni
      boleh cuba mana satu yang lebih sedap

  7. gayahspears says:

    amboi sakan ya bro Tehr jejalan… kat sane memang nak g ke suatu destinasi tu jauh eyh????

    1. tehr says:

      memang jauh dan agak sunyi

  8. dnoBiz says:

    aku memang suka ambil gambar pemandanga di sepanjang perjalanan macam ni :D
    dnoBiz baru je tulis kisah CepLos Dan Kazar – Permohonan Maaf Dari dnoBizMy Profile

    1. tehr says:

      untung aku kali ni
      biasa aku jadi derebar, payah nak ambik gambar :D

  9. kakyong says:

    lama tak perjalanan dari Sibu ke Kuching…?
    kakyong baru je tulis kisah Cucur ku berkedutMy Profile

    1. tehr says:

      lebih kurang 8 jam perjalanan kami
      kalau memandu sendiri lebih cepat

  10. Norgadis says:

    Jauh perjalanan luas pandangan
    Jalan berliku tak diperdulikan
    Perut lapar minta hidangan
    Nasi USA jadi santapan

    Ingatkan nasi USA berasal dari USA juga pelik2…
    Norgadis baru je tulis kisah Hari Ke 2 Bercuti Di Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      nasi usa atau mee hong kong
      resepi enak di kedai mak long
      sebelah gerai keropok losong
      memang benar bukan bohong

  11. Cik Siti says:

    macam seronok je… penuh dengan advanture
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajar PetuaMy Profile

    1. tehr says:

      satu pengalaman baru untuk anak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun