Gambar Selfie Paling Berani

Entri aku 3 hari lepas Tajikistan Vs Malaysia | Siapa Menang dah pun dapat jawapannya. Tajikistan mengalahkan Malaysia 4-1. Nampaknya banyak yang perlu dilakukan oleh Dollah Salleh dan Harimau Malaya selepas ini. Memang tak boleh nak main selfie-selfie dalam padang sambil tendang bola. :D

selfie selfie selfie

mula-mula selfie dalam bilik
buat adegan seksi ada lagak menarik
lepas tu seronok pula selfie mulut itik
terperasan gaya dah terlebih cantik

musim raya buat selfie atas kubur
duduk berdiri bersusun beratur
apa korang ingat mayat kat bawah tidur?
lena bermimpi sambil berdengkur?

aku ada gambar selfie paling berani
ko ada?

ada gaya selfie atas bangunan
bahaya ke tidak ke bukan lagi hitungan
ajal maut katanya diatur tuhan
asal saja gambar selfie jadi sanjungan

sekarang timbul pula selfie bulu ketiak
idea canggih sapa ntah dah pandai terlajak
mujur juga gambar tu tak keluar bau hapak
uweeek loya geli rasa anak tekak

aku ada gambar selfie paling berani
ko ada?

selfie

ambil gambar sendiri tak salah
selfie sana selfie sini memang meriah
kalau boleh buat la yang ada sedikit faedah
bina jati diri sambil-sambil jaga maruah

selfie selfie selfie
ntah apa la korang nak jadi

Aku percaya Barisan Pilihan Harimau Malaya tak ada la berani main selfie-selfie dalam padang bola. Lagi pun menurut kata Dollah, beliau masih dalam proses memantau pemain untuk dipilih ke pertandingan Piala AFF Suzuki 2014 nanti.

TehrDemikian kisah 'Gambar Selfie Paling Berani' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. Hero Borneo says:

    sangat kreatif dengan memainkan kata kunci selfie dalam bentuk puisi..terhebat !
    Hero Borneo baru je tulis kisah Terima Kasih DenaihatiMy Profile

  2. Selfie kurang kurangkanle.

    Hehe.. Ikut kajian memupuk sifa tak sensitif dan individualistik.

    Betul juga kan.

    Kalau tidak tak delah pijak kubur orang.
    Tudung Labuh Online baru je tulis kisah Tudung Labuh Online Lycra Chiffon Butterfly InspirasihanaMy Profile

  3. Padin says:

    hahaha pejam mata sebab pening ke tu,

  4. faizal says:

    kucing pun pandai selfie
    faizal baru je tulis kisah Apa Kelebihan Susu Ibu Untuk Anak Kita?My Profile

  5. suri says:

    eh asal dia pun nak selfie juga ker heeeee
    suri baru je tulis kisah Review Lazada Takada Double Grill Pan TK-DGP01 RedMy Profile

  6. Ismail N says:

    sekarang timbul pula selfie bulu ketiak
    idea canggih sapa ntah dah pandai terlajak
    kalau itu orang kawe nampak
    kanku gunting bulunya dan punggungnya ku sepak
    Ismail N baru je tulis kisah XML Vulnerability: Update Your WordPress Now!My Profile

  7. amirulfaiz says:

    Rilek jer kucing tu pakai spek mata. :) comel.
    Selfie ni kadang-kadang kita hilang rasa segan, tak rasa sensitif, kurang peka, terlalu gembira ambil gambar muka sendiri.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Fanzuru, Maka LihatlahMy Profile

  8. kreatifnya buat selfie dalam bentuk sajak gitu. tapi org skrg mmg kreatif bak2 selfie ni.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Set Kesuburan ShakleeMy Profile

  9. dja@sishaza says:

    Alhamdulillah setakat ni, bebas selfie ..Tapi itu lah, dikatakan konservatif la pula kot :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah NOSTALGIA RAYA ZAMAN KANAK-KANAKMy Profile

  10. Hero Borneo says:

    komen spam ke apa ini..konfius saya dibuatnya
    Hero Borneo baru je tulis kisah Bina Niche Blog Panduan HipnosisMy Profile

  11. akubiomed says:

    Contest selfie pun ada sekarang ini dengan hadiah tawaran yang menarik. Ada berani. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah AniManGaki 2014 pertemuan cosplay MalaysiaMy Profile

  12. hafiz says:

    harap cepat diperbaiki mutu permainan…
    hafiz baru je tulis kisah Panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41My Profile

  13. Hafizul says:

    Hahaha..macam2 kan sekarang ni..pernah terbaca dalam artikel rakan blogger, selfie bulu ketiak…ada ke patut macam tu..hahaha
    Hafizul baru je tulis kisah Anak Kedua Pe’elnya Comel SangatMy Profile

  14. Bahrain says:

    Comel kucing tu bercermin mata. haha. Semoga Malaysia mampu berhelar juara sekali lagi.
    Bahrain baru je tulis kisah Adab Dalam Group Di Alam MayaMy Profile

  15. Salam Perkenalan

    Selfie sudah menjadi fenomena didalam masyarakat Malaysia.

    Malah istilah Selfie sudah pun berada didalam kamus

    Begitu cepat dan pantas. Apa pun pantun pantun selfie ini sgt tajam…

    Selfie selfie juga…bagi perempuan tutuplah aurat. Bagi lelaki jagalah batas batas nya

    salam perkenalan

    Feez

    feel free to visit my blog
    muhammad hafiz abd razak baru je tulis kisah Lucky Day Shaklee Raya CelebrationMy Profile

  16. Mai Has says:

    pergi memancing di tasik cini,
    di lautan luas pergi menjala,
    selfie sana dan selfie sini
    jangan sampai berlebihan pula

    amacam…bole la erk?:-)
    Mai Has baru je tulis kisah Kisah antara anak CEO Shaklee ber penyakit asma dengan bahan toksin pembersih rumahMy Profile

  17. suri says:

    dia punya senyum cukup “kaya” a.k.a menarik
    suri baru je tulis kisah Terima Kasih, Rindu Awak 200%My Profile

  18. zara says:

    Monyet pon dah pandai selfie katenye..jangan sampai jumpe hantu selfie sudah..
    zara baru je tulis kisah 6 Tips Kekal Langsing Sepanjang Bulan SyawalMy Profile

  19. titan says:

    kecewa gak kalah 1-4. tapi sekurangnya ada satu gol.

    harap dollah boleh buat yang terbaik lepas nih.
    titan baru je tulis kisah Nak buat duit dengan affiliate, kena ada trafik banyak ke?My Profile

  20. Lyn™ says:

    Hehe…tak terkomen saya kali ni.
    Lyn™ baru je tulis kisah BENTLEYMy Profile

  21. Yeen says:

    hahahaha.. aku pantang btol orang post selfie 10 kali sehari! ape motif? huhuhu
    Yeen baru je tulis kisah Sukanya Resepi homemade sosej mudah dan sedap untuk si kecik!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun