Gambar Berbagai Aksi

Seronok sungguh si gadis apabila dihadiahkan dengan sebuah telefon baharu oleh orang tersayang. Maklum sahaja, selama 20 kali menyambut hari jadi, belum pernah si gadis menerima hadiah yang mahal dan canggih sebegitu rupa. Terasa diri begitu dihargai dan disayangi. “Terima kasih awak. Saaayanggg awaaak!”

handphone baru belihanphone baru beli
kawan hadiahkan tadi
canggih cantik berseri
bawa ke sana ke mari

berlagak muka seksi
snap gambar sendiri
hati seronok memuji
akulah beautiful lady

tatap cermin tinggi
beraksi gaya berahi
pakaian dedah body
diambil gambar lagi

handphone baru beli
kini dah full memory
gambar berbagai aksi
bangga mencuit hati

Malang pula datang tanpa sebarang kad undangan, email atau pun mesej. Telefon canggih lagi cantik hadiah hari lahir yang masih baru itu hilang dikebas mat ragut. Mulalah si gadis menangis rentak keroncong. “Tak apalah awak, tak yah la sedih sangat. Besok saya belikan yang baru”.

Dan besoklah juga alam maya menjadi meriah semeriahnya dengan gambar-gambar berbagai aksi yang terdapat di dalam memori telefon tersayang. Sungguh meriah alam maya kita!

Entri ini hanya sekadar sebuah tulisan, tiada kaitan dengan sesiapa samada telah meninggal, masih hidup atau belum lahir.

TehrDemikian kisah 'Gambar Berbagai Aksi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


63 Comments

  1. bluedianthus says:

    Tu salah satu keburukan bergambar apabila handphone dicuri. Jadi, kalau nak bergambar tu biarlah sopan sikit..kan tehr :)
    bluedianthus baru je tulis kisah Selamat harijadi yang ke-49 untuk Daddy tersayang!My Profile

    1. tehr says:

      sopan di mana2 dan bila2 masa saja, sis
      orang tua2 pesan, nak tidur pun mesti bersopan :)

      1. mijie says:

        tidur pun kena bersopan, hehe kalau tak nanti ada yang merakam aksi tidur
        mijie baru je tulis kisah Jana pendapatan pasif dengan google adsenseMy Profile

        1. tehr says:

          mana la tahu, kan
          katil pun tepi tingkap tu :D

        2. Ismail N says:

          Hmmm… ada yg terkena tu… chairman baru :D

          1. dnoBiz says:

            hehehe
            satu masa dulu…. :D
            dnoBiz baru je tulis kisah Bunuh isteri- Tertuduh lakukan seks berhampiran mayatMy Profile

        3. hihi..setuju Mijie. Jangan sampai kami tidurpun dibuat aksi merekam…
          resep masakan baru je tulis kisah Resep ayam bekakakMy Profile

          1. tehr says:

            hahaha
            awas selalu diana, kunci tingkap tu :D

  2. padin says:

    hehe tu la pasal, cukup diri sendiri tahu dahla
    tak perlu nak snap2 dah ekekee
    padin baru je tulis kisah Hanya Tempat KeTigaMy Profile

    1. tehr says:

      belum kenal diri sendiri agaknya :)

      1. mijie says:

        sajer buat2 tak kenal kot, haha
        mijie baru je tulis kisah Jana pendapatan pasif dengan google adsenseMy Profile

  3. zik says:

    fuh bahaya betul sekarang nih… .. oleh yang demikian gunakan sebaiknya handphone tuh…
    zik baru je tulis kisah Tikus yang bijak meloloskan diri dari perangkap tikus dan tips menghalau tikusMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, zik
      usah terjerat dengan keindahan dunia

      1. Ismail N says:

        tapi kawe hiran ramai yg buat dek je upload gambo yg seksis2 di FB. Ada tu kawan2 dan sedara-mara lagi.. Kawe lak yg tersipu malu tengok.. Hmmm… dunia akhir zaman..!!!

        1. tehr says:

          sama je kat mana2, bro

  4. Seri Bahasa says:

    handpon baru semangat baru
    yang lama di buang jangan
    adakalanya kita rindu
    bila yang baru membawa beban

    1. tehr says:

      tanamlah tebu di tepi bibir
      matinya semut kerana gula
      dahaga rindu umpama fakir
      menagih kasih orang di sana

  5. gayahspears says:

    alamak… gayah terase la dgn n3 ni bro! wakakakantoi!
    gayah pon tak mimpi kan??? kalo jumpe bro nty kita tangkap gmbr nk??? hahahha
    gayahspears baru je tulis kisah Aku Di Rumah Blogger Rock TerkenalMy Profile

    1. tehr says:

      kita tukar hp
      tapi…
      hp saya tak ada kamera :D

      1. gayahspears says:

        ala bro.. takpelah.. janji blh kol dan sms kan???
        camera tu juz utk ambil gmbe kenangan ja..hihi
        gayahspears baru je tulis kisah Aku Di Rumah Blogger Rock TerkenalMy Profile

        1. tehr says:

          kol pun kadang2 je dapat, cikgayah
          kredit selalu habis :D

  6. bisk says:

    maka jangan lha jadikan handphone sebagai album gambar anda…simpan tempat lain.Paling penting takyah snap gmbar2 yang bukan2,karang macam Tehr cakap sendiri mau ingat lha…Dunia nih tak kenal sapa.

    1. tehr says:

      betul3x
      sendiri mau ingat tu

  7. afzai says:

    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kami DAtang Ziarah Blog Anda
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami… Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda…

    Kami telah undi blog ko dahhhhh……

    dunia ini sekarang dah canggih dahhhh… alam tampa batasan tanpa wayer pun

    1. tehr says:

      ramai yang dok tunggu nak ambil peluang je

  8. mie says:

    apa hp terbaru?
    lepas ni, kena jaga sebaik mungkin la..
    mie baru je tulis kisah Dari Bintulu Ke Pasir GudangMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, mie
      jaga hp, jaga gambar, jaga semua sekali

  9. Cik Siti says:

    dan kadang kala dengan kekuatan teknologi memberi sedikit keburukan…
    Cik Siti baru je tulis kisah Kontest dari SUARA BAWAH TANAHMy Profile

    1. tehr says:

      semua kena beringat, cik siti
      tiap suatu ada buruk ada baiknya

  10. Ali ridha says:

    telefon tu boleh berubah tak.
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

  11. Ali ridha says:

    salah guna teknologi.
    bergambar dan letak
    kt alam maya.
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

    1. tehr says:

      masing2 nak tunjuk tu

  12. Ali ridha says:

    pada mulanya.aku ingat
    aksi apa tadi.
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

  13. zulkbo says:

    salam…
    berpadalah bila bergambar
    sopan santun bukan dengan
    orang je,dengan Allah jua
    kerana Allah di mana-mana..
    kes ini selalu terjadi,bila dah
    terantuk baru terngadah…
    zulkbo baru je tulis kisah Bila Nafsu Mengatasi Akal Sex Dan Mayat Dalam AlmariMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      minta2 la dijauhkan Allah
      selamat semua ahli keluarga dan kawan kita

  14. cikbelog says:

    bergambar biar berpada-pada kan ? ;)

    1. tehr says:

      ya la, cikbelog
      biar biasa2 saja

  15. zezebel says:

    Hahahahahaha….
    moral of the story. pakai jer tipon bawah RM100 yang tak boleh ambik gmbar tu. Dh nama tipon kan, guna untuk tipon jer lar….
    zezebel baru je tulis kisah WW will be back tommorowMy Profile

    1. tehr says:

      itulah yang saya pakai sekarang, belle :D

    2. Ismail N says:

      keh keh.. jgn snap pakai digital camera lak..
      lepas tu digicam hilang.. ada HD movie lagi..
      Geli geleman kawe bila teringat budak2 bercium depan KLCC di You Tube tu… :D

      1. tehr says:

        lagi la haru biru + kelabu asap

    3. akubiomed says:

      Handhpone berkamera berguna apabila menangkap gambar series of event macam apabila kemalangan boleh digunakan boleh mengambil gambar keadaan kenderaan, no plate, orang yang melanggar kereta kita. Boleh digunakan untuk mengambil gambar business card dan macam-macam lagi

      1. tehr says:

        itu le sepatutnya, bro
        kalau asyik ambil gambar ketiak kita je… nak buat apa
        akhirnya dapat bala

  16. mijie says:

    sangat bahaya bila pakai telefon canggih dan menyalahgunakan teknologi yang berkembang pesat,

    jangan menyesal di kemudian hari
    mijie baru je tulis kisah Jana pendapatan pasif dengan google adsenseMy Profile

    1. tehr says:

      betul bro
      apa2 pun sangat bahaya bila disalah guna

  17. Afiq Bukhari says:

    salam,

    entry ini best sekali,
    kerana peringatannye bgitu bererti,
    wahai gadis janganlah sesekali,
    mengundang padah yang x bererti.

    haha ok x tehr?? ada bakat x? ehehehe
    Afiq Bukhari baru je tulis kisah Pilih Kasih Dalam Meminta SedekahMy Profile

    1. tehr says:

      dah ok tu, bro
      memang ada bakat pun :)

      wahai si gadis bijak bistari
      ingatlah pesan afiq bukhari
      banyak bahaya di dunia ini
      beraksi bukan malukan diri

      1. dnoBiz says:

        cara yang kau gunakan memang mudah menigalkan kesan hahaha

        Ps: dah banyak kali dah aku cakap macam ni hehehe :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Bunuh isteri- Tertuduh lakukan seks berhampiran mayatMy Profile

        1. tehr says:

          mereka ni sengaja cari penyakit
          dah kena nanti, baru le nangis tak cukup lagu

      2. Afiq Bukhari says:

        haha siap berbalas pantun lagi ekeke terus kering idea :D
        Afiq Bukhari baru je tulis kisah Pilih Kasih Dalam Meminta SedekahMy Profile

  18. akubiomed says:

    Itu masalahnya gayat dapat handphone berkamera kerana excited ambil gambar sampai lupa diri.
    akubiomed baru je tulis kisah Aku dapat adik iparMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 mana2 yang belum ambil ‘gambar berbagai aksi’ ni tidak akan berbuat demikian
      sebelum terkena, kan?

  19. sud@is says:

    biasa la tu dapt benda baru, canggih plak tu
    mesti mau cuba try test

    dia nak nyohor tu….
    sud@is baru je tulis kisah Ciri-ciri Kedai Makan Pilihan AndaMy Profile

    1. tehr says:

      nak nyohor hp cantik ke nyohor badan cantik?

  20. dnoBiz says:

    sebagai seorang Islam jangan sesekalu lupa walau dimanapun kita tak pernah bersendirian, dan sentiasa diperhatikan jadi jaga lah tingkah laku dan adab sebagai seorang Islam
    dnoBiz baru je tulis kisah Bunuh isteri- Tertuduh lakukan seks berhampiran mayatMy Profile

    1. tehr says:

      ya, bro
      ada makhluk lain di kiri kanan kita

  21. etomyam says:

    nasib baik aku dok guna HP cokia lagi hehe.
    memang ramai yg saje cari pasal dgn HP ni :D
    etomyam baru je tulis kisah Tak Senang Duduk Vs Duduk Tak SenangMy Profile

    1. tehr says:

      sama la dengan aku, hp cap ayam :D
      tu la pasal, bro
      dah kena nanti baru la tau, setelit nun tinggi ke rendah

  22. Hehehe.. memang senang la dapat hadiah Iphone 4.
    lowongan pekerjaan baru je tulis kisah Creative Copywriters Vacancy 2011My Profile

  23. Ali ridha says:

    tangkap gambar posing sikit.
    aku nak tengok.hehehe…………..
    Ali ridha baru je tulis kisah Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

  24. Ali ridha says:

    telefon kamera boleh
    rakan pelbagai gaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun