Gajah Depan Mata

Kuman di seberang laut nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak. Dah tentu pasti tak nampak, kan? Maklum saja badan gajah tu besar sangat, kita pula berada dalam kandang gajah. Cuba undur sedikit dan keluar dari kandang gajah tu. Pasti kita akan nampak betapa besarnya gajah!

gajahSalahnya kita umat Islam mudah sangat nampak kuman di seberang lautan, gajah depan bulu mata tak pula kita nampak. Tak kita hiraukan. Orang luar hina Nabi, kita marah. Sedangkan orang kita sendiri ada yang hina Nabi, ada yang ejek sunnah Nabi dan asyik buat pekak badak sahaja dengan sabda Nabi.

tiap hari ada yang runtuhkan tiang agama
boleh buat-buat lupa pilih pakaian pilih acara
masih juga seronok cari musuh cari sengketa
sanggup buang anak buang ibu buang saudara

semua itu onar kita
semua itu maksiat belaka
semua itu Nabi kita tak suka

kita tabur fitnah kita menabur cerita dusta
kita mencuri merompak ambil rasuah segala
kita tamak kita dengki kita kasih pada dunia
kita hina agama dan kita menghina diri kita

Semuanya berbalik kepada kita. Aku tak hairan bila ada orang bukan Islam menghina agama Islam. Mereka tak tahu apa-apa. Mereka belum kenal bagaimana indahnya agama Islam kita. Mereka belum tahu bagaimana nikmatnya menjadi seorang Islam yang taat. Kita? Berat pula kita hendak ambil usaha untuk tunjukkan indahnya Islam kepada mereka. Sebaliknya kita pula yang lebih-lebih ikut budaya mereka.

teluk cempedakKita memang wajib bantah filem Innoncence Of Muslims yang kurang ajar itu. Aku juga menolak dan membantah. Apa yang sedihnya, umat Islam merusuh dalam negara sendiri, merosakkan harta benda sendiri. Yang ini aku tak setuju. Molek benar kalau kita juga bantah perangai kita yang suka buat-buat lupa dengan sabda Nabi.

TehrDemikian kisah 'Gajah Depan Mata' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


60 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    salam..
    suka dan setuju sangat dengan
    ayat terakhir dari cikgu tu..saya
    pun menasihati diri saya sendiri juga
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Iklan Jawatan Kosong Guru J-QAF Pengambilan 2013My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      ya la, bro
      sekadar menasihati diri sendiri dan anak2

  2. akubiomed says:

    Susah kalau bercakap mengunakan akal dan perasaan tanpa menyelami perkara yang sebenar.

    Kita patut mengutuk tindakan menghina umat islam terutama junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
    akubiomed baru je tulis kisah Misteri penyelongkar sampah terungkaiMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, bro
      kita wajib mengutuk dan melawan
      cuma adalah lebih baik untuk kita bermula dari rumah, bermula dari diri sendiri

      1. btul tu cikgu..musuh pling utama adalah diri sendiri..itulah yg paling payah ditewaskan..
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Hantu Drift : Drift MotorsikalMy Profile

    2. suri says:

      bila d permainkan rasa panas jer hati…
      suri baru je tulis kisah 1ST Giveaways BudakFelda.Com : Fail SulitMy Profile

  3. sud@is says:

    dalam atau pun luar negeri kita sepatutnya sensitif jika Islam dipermainkan apalagi rakyat dizalimi…ikut kemampuan masing2…
    sud@is baru je tulis kisah Binatang Pun Pandai Berkasih Sayang….My Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu
      kita membantah dengan cara kita sendiri
      asal saja tidak melanggar aturan

      1. suri says:

        yalah biar kena pd gaya jg tergadai maruh islam kita
        suri baru je tulis kisah 1ST Giveaways BudakFelda.Com : Fail SulitMy Profile

  4. iya, apa yg kita dapat dengan amukan?

    1. tehramuan says:

      yups, mengamuk dalam rumah sendiri, sendiri juga yang rugi

  5. onlajer says:

    Selalunya perangai kita sendiri pun dah tidak ikut macam nabi
    onlajer baru je tulis kisah Jom Infaq – SURAU AS SAKINAHMy Profile

    1. tehramuan says:

      itu la yang aku nak katakan pada anak2
      orang hina kita kerana salah kita sendiri

    2. suri says:

      kita ingt ilmu kita dh cukup tpi tidak sebenarnya
      suri baru je tulis kisah 1ST Giveaways BudakFelda.Com : Fail SulitMy Profile

  6. hafidz says:

    Sebab itu jika hendak berjihad perlu kena dengan caranya.
    hafidz baru je tulis kisah Wordless Wedneday – EczemaMy Profile

    1. tehramuan says:

      moga2 dihormati oleh kawan dan lawan

  7. Yas says:

    Bab2 merusuh sampai ada yg terbunuh tu mmg den pun kurang senang juga…..extreme sgt2….
    Yas baru je tulis kisah TENANGKAN HIDUP DENGAN TIGER BALM NECK & SHOULDER RUBMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la maksud aku, yas
      sendiri juga yang rugi akhirnya

  8. donnyien says:

    macam dah jadi trend pula kaalau ada yang tidak ngam, terus buat protest, sepatutnya benda ni boleh bawa duduk dan bincang dengan aman
    donnyien baru je tulis kisah Jamu Selera Di Mamak Restoran Mutiara D’majuMy Profile

    1. tehramuan says:

      bincang dan protes secara aman

  9. daddydee says:

    Yang dalam negara juga ramai yang hina Nabi. Apa kita buat??
    daddydee baru je tulis kisah Ikutlah Keperluan SemasaMy Profile

    1. tehramuan says:

      kita patutnya protes juga [secara aman]

  10. padin says:

    kadang2 kita lupa, 1 jari tuding pada orang lain, dan sebenarnya 3 jari lagi tuding pada diri sendiri…

    itu yg kena beringat juga….
    padin baru je tulis kisah Blues 80 – 90′an (Part 2)My Profile

    1. tehramuan says:

      yups, ramai yang dah lupa pada nasihat, teladan dan petua orang dulu2

  11. itulah antara tujuan mereka. .supaya umat islam memberontak dan merusuh. Supaya mereka ada modal utk merendahkan umat islam dan terus melabel umat islam sbg ganas. Ini dapat mengurangkan keinginan org bukan islam di negara mereka dari memeluk islam.
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Petua Ubat Gastrik | Dugaan Kedua Rumah BarukuMy Profile

    1. tehramuan says:

      setuju sangat tu
      mereka cari modal untuk kenakan kita balik

  12. b3njy says:

    Rilek cikgu … cool broo … hahaha … namanya pun manusia … kadang2 mereka terlupa … apa yang pasti perlulah ada orang yang sentiasa mengingati … orang yang cuba mengingati orang itu perlulah banyak bersabar untuk teruskan usaha mengingati mereka … Peace !!!! :D
    b3njy baru je tulis kisah CERITA STUDY DI OUM – TAK SANGKA LULUS SEMESTA PERTAMAMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul2
      berpesan2lah ke jalan kebenaran

  13. azura says:

    aduhai gajah besar sekali
    langkah setapak terdengar bunyi
    ilmu dan akal manusia biar bererti
    jangan salah langkah malu sendiri
    azura baru je tulis kisah Puncak KejayaanMy Profile

    1. tehramuan says:

      gajah kecil gajah besar
      daging kancil dalam pasar
      otak degil jalan berlegar
      kena bedil di tepi belukar

  14. adele says:

    tepat sekali cikgu..diri sy sendiri bgitu byk lemahnya..jadi jgn cepat melenting kalau org hina agama kita sbb kita sendiri tak beri contoh yg baik..
    adele baru je tulis kisah Mana Sensitiviti Artis di Tanah Suci Mekah?My Profile

    1. tehramuan says:

      moga2 kita sentiasa dapat membaiki diri, adele

      1. adele says:

        insyaAllah…
        adele baru je tulis kisah Nasi Lemak Sambal SotongMy Profile

    2. suri says:

      sb kita lemah maka sb tu org bt kita cam sampah… huu
      suri baru je tulis kisah 1ST Giveaways BudakFelda.Com : Fail SulitMy Profile

      1. suri says:

        tehr
        ya semua baiki mana2 kurg. moga kurg smpurna blh d tutup dg bt pkra yg lbih baik lgi
        suri baru je tulis kisah 1ST Giveaways BudakFelda.Com : Fail SulitMy Profile

  15. nurmisnan says:

    Yes Indeed.. Memang kita semua marah dengan penghinaan dan kebiadapan manusia kufarat itu tetapi itulah sebenarnya niat + tujuan mereka utk menghuru harakan kita. Mereka gembira tertawa sambil bertepuk tangan melihat kemusnahan yg berlaku dari umat islam itu sendiri..
    nurmisnan baru je tulis kisah Blog u dah boleh tukar ke domain sendiriMy Profile

    1. tehramuan says:

      setakat ini nampaknya mereka berjaya

      1. suri says:

        biarlah mrka berjaya tpi dlm hti kita ttp tegar dlm menjalani khdup sbg org islam
        suri baru je tulis kisah 1ST Giveaways BudakFelda.Com : Fail SulitMy Profile

  16. maza says:

    yea betul tu Cikgu..

    tadi pun kebetulan maza pergi ke majlis Raudah di Masjid ada ceramah pasal hal ini..

    lebih kurang bunyinya sama dgn hujah cikgu…

    mari kita perbaiki diri dari dalam dan luar juga..
    moga2 kita juga tergolong dlm kalangan org2 yg mencintai Rasulullah SAW..

    tetiba maza teringatkan sebuah nas yg dibacakan oleh penceramah tadi yg lebih kurang berbunyi, “Tidak akan menemui keredhaan selagi mana kamu tidak mencintai nabi kamu melebihi cintai kamu terhadap ibu, bapa, anak2, kaum kerabat dan harta kamu!”

    1. tehramuan says:

      moga2 kita juga tergolong dlm kalangan org2 yg mencintai Rasulullah SAW

      tunjukkan rasa cinta kita dengan cara yang dihormati oleh kawan dan lawan

      1. Itulah yang sebaiknya.
        Btw, kalau kita buat dek aje atau jawab dengan tanpa emosi kritikan org bukan Islam, rasa nya depa pon maleh nak kacau kita lagi.
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Partner Again!My Profile

        1. tehramuan says:

          betul sangat tu, bro
          jadikan hajat mereka tak kesampaian

  17. Cik Siti says:

    memang wajib kita membantah… namun caranya perlu difikirkan…. adalah lebih elok kita buat sembahang hajat ramai-ramai…. dan itu adalah yang terbaik
    Cik Siti baru je tulis kisah Pengalaman Hari Pertama Bekerja Di TMMy Profile

    1. tehramuan says:

      doa adalah senjata orang mukmin

  18. Zida says:

    Setuju sangat! Lepas tu bila kita cakap macam ni, nanti kita kena balik cakap tak sensitif la apa la. Hehhh diorang tu yang tak sedar. Marah bila Nabi dihina, tapi suruhan Nabi taknak buat. Macam mana Islam nak kuat?

    #eh emo ke ni? haha
    Zida baru je tulis kisah Muhasabah : Anda Islam Yang Kuat?My Profile

    1. Zida says:

      jangan marah cikgu~ hehe
      Zida baru je tulis kisah Muhasabah : Anda Islam Yang Kuat?My Profile

      1. tehramuan says:

        eh, tak marah :D
        semua ada pendapat sendiri

        sampai bila2 pun kita tetap membantah tindakan mereka menghina Nabi kita

  19. hatiputera says:

    Aku bersetuju sesangat dengan artikel bro nie…kita mudah terasa bila dihina,,tetpai kita sendiri tidak melakukan mengikut sunah nabi. Mereka hanya menyemarakkan api kebencian tetapi kita merusuh dengan merosakkan didalam negara sendiri.
    hatiputera baru je tulis kisah Jana pendapatan online tanpa modalMy Profile

    1. tehramuan says:

      zaman sekarang ni,
      perang psikologi adalah lebih baik dan berkesan

  20. lepakk.com says:

    Terima kasih atas nasihat tersebut..
    lepakk.com baru je tulis kisah Update blog setiap hari adakah ianya berguna?My Profile

    1. tehramuan says:

      sama2
      sekadar menasihati diri sendiri dan anak2 :D

  21. kimmie says:

    setuju sangat dengan apa yang dikatakan.
    kimmie baru je tulis kisah Blog…kenapa ia wujud??My Profile

    1. tehramuan says:

      harap2 apa yang ditulis tu tak menjadi satu kesalahan

  22. shameel says:

    lagi malang kerna islam selama ini ‘dibunuh’ oleh org islam sendiri. kita jgn lupa beberapa episod penghinaan trhadap Nabi S.A.W yg dilakukan oleh pemimpin bergama islam sendiri contohnya Nabi berjanggut krn takde gilate. Zmn nabi wanita bertuung krn lelakinya kuat nafsu
    shameel baru je tulis kisah Shila Amzah juara Asian Wave 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      adakah kerana dunia luar tak buat bantahan, cikgu?

  23. sensasi2020 says:

    Banyak bantahan di serata dunia,
    Melihat rusuhan di jalan raya,
    Bagi menunjukkan kebodohan umat Islam kita,
    Diperdaya dgn agenda mereka.

    Apa tindakan daripada kita,
    Hanya sekadar rusuhan di serata negara,
    Bagi memperlihatkan keganasan dicipta,
    Memberi gambaran bertapa terhinanya maruah dijaja.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.My Profile

    1. tehramuan says:

      selalunya kita yang terlupa
      semua itu agenda mereka
      semoga kita teguh bersama
      tingkatkan iman juga taqwa

  24. Kita betulkan diri sendiri dulu. Semoga boleh jadi ikutan pula buat orang di sekeliling kita.
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Sukan, Padang dan SawahMy Profile

    1. tehramuan says:

      semuanya bermula dari rumah, kak long

  25. LadyBird says:

    lady banyak mendiamkan diri kalau isu2 berupa mcm ni dikeluarkan.. sebab ilmu yg sedikit membataskan bicara.. huhuhuhuuhu..
    LadyBird baru je tulis kisah FNZ Studio Menawarkan Pakej IstimewaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun