Gagal

Ada orang kata pasukan Red Warriors, Kelantan dah jual perlawanan akhir Piala FA malam tadi. Penyu Terengganu dah beli. Betul ke macam tu? Bila dijual dan berapa banyak pula nilai suapannya? Siapa yang jadi tukang jual?

kelantan gagal sekali lagiakhir piala fa 2011
biar pun piala sudah menanti
tertanduk masuk gol sendiri
memang sudah tiada rezeki

kelantan gagal muncul juara
biar pun piala di depan mata
kelantan satu terengganu dua
apa lagi yang hendak dikata

kelantan gagal kelantan gagal
bukan sebab mainan dijual
hanya kerana kematian akal
bukan semangat tiada cekal

Tiada siapa yang dapat memberi penjelasan muktamad mengenai berita jual perlawanan ini. Semuanya hanyalah khabar angin yang bermain di kalangan peminat bertujuan menghangatkan lagi kisah pertarungan dua pasukan berjiran dari pantai timur ini. Saya secara peribadi memang tidak percaya!

TehrDemikian kisah 'Gagal' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


44 Comments

  1. er, sempat lagi buat puisi..
    naimulfirdaus baru je tulis kisah senarai blog-blog terbaikMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      puisi gagal

  2. wadud says:

    xper.. adat la sume tuh bro.. :)
    heheheh
    wadud baru je tulis kisah SQLi part III Manual TutorialMy Profile

    1. tehr says:

      panjang umur
      tahun depan boleh cuba lagi :D

  3. sumanje says:

    ada kalah ada yg menang tak pe tahun lain cuba lagi…..

    tgh promote blog baru ..kalau ada kelapangan dan sudi nak explore blog sumanje…disini

    kaninchengeschichte(dot)com

    Thanks sudi singgah……
    sumanje baru je tulis kisah Jumaat yang ceriaMy Profile

    1. akubiomed says:

      Dengar ini adalah penganjuran Piala FA terakhir kerana FAM bakal memperkenalkan format baru
      akubiomed baru je tulis kisah Terengganu juara piala FA 2011My Profile

      1. tehr says:

        format baru?
        aku belum tahu apa2

    2. tehr says:

      kaninchengeschichte
      payahnya nak sebut :)

      1. Mus says:

        terseliuh lidah menyebutnya :)
        Mus baru je tulis kisah Pusat Tanah Lembab Di Tengah Bandar Raya Kota KinabaluMy Profile

  4. Gayahspears says:

    Salam bro Tehr..Gayah da tgk kat tb semalam.. kelantan da nak menang pon,..tibe2 leh tertanduk pulak kat pintu gawang sendri..huhu

    ape2 pon..adat bertanding, ade menang ade kalah >_<
    Gayahspears baru je tulis kisah fragileMy Profile

    1. tehr says:

      tiba2 je dah kalah
      huhu

  5. padin says:

    aku rasa kalau terengganu kalah, diorang akan cakap
    terengganu plak jual game? heh,
    apa pun game best jugak malam td, seimbang
    cuma terengganu lebih baik dalam manfaatkan peluang

    1. akubiomed says:

      Kalau DaudSu tidak tanduk pun beberapa pemain Terengganu sudah berada dibelakangnya untuk menampan masuk bola ke gawang

      1. tehr says:

        betul tu
        paling kurang pun dua orang pemain terengganu sedang tunggu bola
        memang kelantan tertekan sangat

        tahniah kepada jiran kami terengganu

    2. tehr says:

      macam tu la selalu kata orang, bro
      ikut suka mulut dia je

  6. Ismail N says:

    kecewa berganda bro? he he ..
    ari tu Man Utd kalah.. hari ni Kelantan kalah..DOUBLE TROUBLE
    sabar… ada rahmat mungkin tu :D
    Ismail N baru je tulis kisah Kung Fu Panda 2 Exciting Toys and CollectiblesMy Profile

    1. tehr says:

      memang double trouble sangat2
      harap2 kelantan dapat juara liga nanti
      macam man utd jugak :D

  7. afzal laidin says:

    cantik seloka ni. kreatif betul. memang betullah, bola itu bulat. bukan pasti menang walau mendahului hinggalah whistle penamat ditiupkan.
    afzal laidin baru je tulis kisah Bila magician dapat ipodMy Profile

    1. tehr says:

      kami dah bersedia nak bersorak
      tiba2 masuk gol sendiri la pulak
      huhu

      memang tiada rezeki

  8. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..kalau dah beli
    berapa lah reganya ye?
    biarlah berbaloi dengan
    pengorbanan rakyat
    kelantan yang bersusah
    payah turun ke KL menyaksikan
    perlawanan tu.
    zulkbo baru je tulis kisah Apa Maksud Orang Tua Hati MudaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      saya pun tak percaya, bro
      tiada apa2 bukti pun

  9. huhuh, pasukan kita kalah abe we….
    apa²pun semalam puas tengok (tgk live streaming je….)
    Kamarul Azri™ baru je tulis kisah Fakta menarik tentang lelakiMy Profile

    1. tehr says:

      kalah dalam kepuasan
      tu yang penting tu, bro

  10. yusri says:

    harap jangan liga super terlepas kat 2 last game ni kat selangor plak…selangor menanti je ni…hehehe
    yusri baru je tulis kisah Luahan Hati dari Peminjam Blacklist PTPTNMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, yus
      hanya dua game je lagi
      berdebar pulak rasa hati :D

  11. Norasikin says:

    Tak perlu salahkan orang lain. Allah tak izinkan piala dibawa ke Kelantan. Lain tahun cuba lagi. Jangan gaduh, jangan merusuh. Usaha lebih kuat je
    Norasikin baru je tulis kisah Biskut Bijirin Nestum Mudah dan RingkasMy Profile

    1. tehr says:

      saya nengok kat rumah je
      harap2 tak ada gaduh2 kat stadium

  12. yas says:

    X pa arr…menang kalah adat permainan,
    cuma jgn dikata kan player mcm tu lak…aku pun x rasa Kelantan jual game mlm tu…cuma x de rezeki jerr
    yas baru je tulis kisah Contest Gempak DLSL 2011My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, yas
      time menang tak dengar apa
      time kalah je ada kabar macam ni

  13. Harap utk PIALA LIGA SUPER kita tidak gagal lagi… Jom kita sokong utk bawa balik PIALA LIGA SUPER pertama kali ke KELANTAN plok…

    Go More Kelate Go More !!!!
    aktechpage.com baru je tulis kisah BackLinkWatchcom- Melihat Back Link BlogMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 juara liga tak terlepas
      hanya dua kali main je lagi tu

  14. Cik Siti says:

    tak pe Mr Tehr…. boleh cuba tahun depan…
    Cik Siti baru je tulis kisah Kehidupan di EstateMy Profile

    1. tehr says:

      pasti akan dicuba lagi
      semangat tak pernah pudar ni. cik siti :D

  15. tips-kurus says:

    pssssttt! (sebenarnya saya dah JAMPI dalam mimpi malam tadi..!) :-)
    tips-kurus baru je tulis kisah Penangan Nora Elena!!My Profile

    1. tehr says:

      ya ke? :D
      pasni jampi kami juara liga pulak, boleh?
      hahaha

      1. hafizmd says:

        hehe..golek buah limau ker…keh3

  16. ghost writer says:

    spekulasi jangan dilayan sangat..tapi walaupun nampak macam tak bersemangat jer perlawanan ia masih tak boleh diterima kalau ada yang jual perlawanan..tak faham untuk apa jual perlawanan..
    ghost writer baru je tulis kisah karakter murahanMy Profile

    1. tehr says:

      aku juga pelik
      mengapa mereka jual perlawanan
      adakah kerana tak cukup gaji dan elaun
      atau kerana sifat tamak

  17. Boleh cuba lagi tahun depan kot. :)
    Begitulah kehidupan tehr, ada masa kita berjaya dan ada masa kita gagal, yang penting, jangan putus asa. :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah No more free download in MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      yang penting mencuba, berusaha dan tidak berputus asa

  18. hafizmd says:

    piala fa piala rebutang
    penyu lawan pahlawan merah
    mana ada atur perlawanang
    itu semua hanyalah dakyah

    kelate ganu sama hebat
    kelate score dulu mmg dahsyat
    gol akhir ganu rentap semangat
    akhirnya ganu ambil tempat

    pssst…saudara tehr…ade jugak dgr jual beli tuh, mmg tak percaya langsung..ada2 jerlah
    hafizmd baru je tulis kisah Keputusan terkini Kelantan vs Terengganu akhir Piala FAMy Profile

  19. tak sangka berlaku magik dalam perlawanan tu, selalu TE tengok dalam liga inggeris je,

    malam tu dua2 pasukan main secara pantas, memang seronok untuk tengok,

    takpe bro, kelantan boleh cuba lagi nanti, MU pun boleh cuba lagi
    tengkorak emas baru je tulis kisah CONTEST Gempak DLSL 2011My Profile

  20. Khidhir says:

    aik.. pantun gagal pun ada gak..
    Khidhir baru je tulis kisah Elakkan Account Facebook Anda Daripada DicerobohMy Profile

  21. bEe says:

    Uiikkksss

    Nasib sbnrnye tu cikgu ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun