Gagal Dalam Peperiksaan

Gagal dalam SPM dan STPM. Mr TehR percaya ramai yang gagal mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang baharu sahaja diumumkan. Sedih dan kecewa pasti terasa dan sedang menemani mereka. Emak, ayah dan guru-guru juga tumpang sedih.

Adik-adik yang gagal dalam STPM dan SPM dan dalam apa juga peperiksaan, usah terus menyambung sedih. Menyambung rasa kecewa. Putus asa, putus harapan mesti dibuang jauh-jauh dari kamus hidup kita. Jangan sekali-kali cuba fikir nak terjun lombong, terjun bangunan. Andai kata itu yang dipilih, terbuktilah korang memang sebenar-benarnya gagal.

Bila adik telah berjaya
Abang kan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di hati sematkan pesanan
Ingat abang, tetap sayang

Gagal untuk bangun setelah jatuh adalah maksud gagal yang sebenarnya. Begitulah apa yang kami nampak sebagai abang, sebagai kakak, sebagai emak, ayah dan sebagai guru. Mr TehR percaya akan ada banyak komen yang bersetuju nanti.

labah-labahGagal masuk universiti dengan keputusan lepas bukan juga bermakna gagal untuk menimba ilmu dan pengetahuan. Bukan gagal untuk hidup bahagia, berjaya dunia dan akhirat. Bukan. Peluang masih ada dan laluan masih terbuka. Seperti gagal untuk berenang ke sebuah pulau, tidak semestinya kita tak boleh untuk pergi ke pulau. Kan?

Biarkan kawan-kawan yang pandai berenang pergi dahulu, kita yang tak pandai berenang boleh pergi kemudian dengan bot atau kapal terbang. :D

Nampak apa yang Mr TehR maksudkan?

Gagal juga satu pengalaman. Begitu kata orang lama yang bijak berfikir.

TehrDemikian kisah 'Gagal Dalam Peperiksaan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. orang yang gagal SPM or STPM pun boleh berjaya jika kena gayanya…

    yang penting hidup mesti diteruskan
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah hadiah hari jadiMy Profile

    1. TehR says:

      sekitar rumah aku ni
      orang yang tak ada ijazah lebih kaya berbanding dengan yang ada ijazah
      otak mereka lebih ligat berfikir

      1. Betul tu, ada yg gagal dalam akedemik dan SPM pun tak lepas, namun berjaya dalam hidup. Kewangan pun baik. Jadi ia bukan lah penyebab utk tidak terus berusaha dan berjaya.
        Cuma dgn kelayakkan akademik, ada sedikit sebanyak beri advantage terutama bagi mereka yg mahu makan gaji sahaja. :D
        Btw, teringat lagu Dato’ Shake lak – ‘Anugerah Dari Kegagalan’ bila baca posting ni….
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Bill Gates Will Give You $100,000 To Build A Better CondomMy Profile

  2. amirulfaiz says:

    Jika kita telah berusaha, tapi tak mendapat hasilnya, muhasabah, mungkin usaha kita tak kena pada tempatnya.

    Jika kita sedar, usaha kita hanya sambil lewa, mana mungkin hasilnya begitu lumayan.

    Petani yang bercucuk tanam sambil lewa, mana mungkin menuai hasil berkoyan-koyan.

    Petani yang bercucuk tanam, dengan sungguh-sungguh, namun hasilnya tak seberapa, percayalah, Allah Maha Adil, ada yang lebih baik bagi si petani itu. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Joomla! 2.5 dwi-bahasa pemasangan (install).My Profile

    1. TehR says:

      apa yang penting jangan mudah berputus asa
      ada banyak cara untuk rasa bahagia
      masing2 tak sama

  3. Ilmu tersirat lebih luas dibanding ilmu dalam unversity
    Oneblogsocial.com baru je tulis kisah Simple DNS Zone EditorMy Profile

  4. Amirez says:

    gagal dalam SPM atau STPM bukan bermakna gagal dalam kehidupan
    Amirez baru je tulis kisah Bekam Darah di An Jannah Pusat Rawatan dan SpaMy Profile

  5. de engineur says:

    Bukan gagal sama sekali.

    Saya ada rakan yg berkelulusan SPM mpunyai kehidupan yg jauh lebih selesa drp rakan2 graduan
    de engineur baru je tulis kisah Use energy prudently for Earth HourMy Profile

  6. titan says:

    gagal itu normal bagi gua. haha..
    titan baru je tulis kisah Fivio – Gua sudah penatMy Profile

  7. Hairul Azni says:

    Ramai orang yang berjaya sebenarnya mereka yang pernah gagal kaw-kaw…
    Hairul Azni baru je tulis kisah Seminar Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  8. azura says:

    yang penting bijaksana
    azura baru je tulis kisah Final DecisionMy Profile

  9. sud@is says:

    sekali gagal bukan beerti terus gagal
    sud@is baru je tulis kisah Ada waktu menyendiri itu lebih baik…….My Profile

  10. Mus says:

    perjalanan masih panjang.. gagal ini adalah permulaan untuk sebuah kejayaan.. kena terus berusaha memajukan diri
    Mus baru je tulis kisah Gambar Comel Nufail Sebulan Dua MingguMy Profile

  11. Bahrain says:

    suka post nie..gagal tak bermakna selamanya kita gagal..teruskan berusaha….
    Bahrain baru je tulis kisah TEEN TOP SHAKE VS HARLEM SHAKEMy Profile

  12. Petua Puteri says:

    berfikir dari sudut yg positif… apa jua kegagalan yg dilalui pasti ada peluang yg lebih baik menanti dihadapan. yg penting terus berusaha dan memperbaiki diri…
    Petua Puteri baru je tulis kisah Petua Mengasingkan Isi Durian Untuk Buat TempoyakMy Profile

  13. dja@sishaza says:

    Betul tu… kegagalan adalah kejayaan yg diterbalikkan. Insyaallah ada bahagian kita nanti..
    dja@sishaza baru je tulis kisah SURAH AN NUR UNTUK DIDIK ANAK GADISMy Profile

  14. akubiomed says:

    Kalau tidak putus asa dan percaya rezeki datang dari Allah. Insyallah akan ada jalan untuk berjaya walaupun tidak mempunyai kelayakkan akademik.
    akubiomed baru je tulis kisah Kenduri kahwin datang lagiMy Profile

  15. papa mifz says:

    yang penting kena ada usaha utk berjaya selepas ini…kan cikgu??
    papa mifz baru je tulis kisah Bermain Bola Lalu Digigit PacatMy Profile

  16. Bedak Arab says:

    Gagal sekali bukan bermakna anda gagal selamanya.. yang penting usaha untuk keluar dari kegagalan..
    Bedak Arab baru je tulis kisah Kelihatan Slim Dalam Masa Yang Singkat – Felinna Inch Loss LotionMy Profile

  17. zool says:

    gagal peperiksaan bukan penutup hidup. insyallah ada peluang lain yang bakal diterima
    zool baru je tulis kisah Malaysia bida tuan rumah Hoki Piala Dunia 2018My Profile

  18. hafiz says:

    kena pandai atur hidup untuk masa depan…
    hafiz baru je tulis kisah Kopi di pagi IsninMy Profile

  19. ghost writer says:

    bukan gagal tapi tak menepati target atau goal. biasanya sebab atas diri sendiri gak, pandang mudah.
    ghost writer baru je tulis kisah bagaimana caraku melawan matahari?My Profile

  20. suri says:

    hhaaa.apa binatang tu? kata ker?
    suri baru je tulis kisah Kisah Main Dengan KekasihMy Profile

  21. suri says:

    klu belajar gagal tak mungkin akan dtg gagal lagi.byk bidanh blh d ceburi
    suri baru je tulis kisah Peluk Kuat-KuatMy Profile

  22. rain says:

    persepsi cemerlang akademik dengan membolot banyak A adalah satu dilema kepada pelajar lain yang kurang dalam akademik.

    cemerlang dalam akademik adalah satu bakat. tidak semua miliki bakat yang sama.

    yang aktif bersukan miliki bakat bersukan.

    bagaimana pendidikan hanya mengukur akademik semata-mata?

    asah bakat pelajar melalui potensi yang mereka miliki, mereka pasti cemerlang dalam bidang yang mereka cenderung.

    mereka yang gagal adalah mereka yang berhenti berusaha kerana berputus asa dengan mengatakan mereka telah gagal — itu gagal yang sebenar.

  23. onlajer says:

    boleh usaha lagi ma
    onlajer baru je tulis kisah Angka MenurunMy Profile

  24. hafizmd says:

    Biasalah, gagal mmg asam garam hidup. Yg penting bagaimana kita yg gagal terima kegagalan dan lihat gagal tu camne…

    Bangkit selepas pengalaman gagal pasti lebih manis…yeahh!
    hafizmd baru je tulis kisah Dilema Menantu Belum Mengandung…My Profile

  25. effort lab says:

    gagal dalam peperiksaan tak bermakna gagal dalam hidup. lain orang lain takdirnya. so jangan risau.
    effort lab baru je tulis kisah Kenapa Tulisan Doktor BurukMy Profile

  26. nazray says:

    Tapi andai sebaliknya
    Jangan kau rasa kecewa
    kerana esok akan tiba
    mungkin lebih berjaya.

    salam maaf dari hamba lama tidak hadir.
    :D
    nazray baru je tulis kisah Wordless Wednesday | Samsung N7100 camera snap!My Profile

  27. Bro Zulkbo says:

    salam..
    pada yang berusaha dan berminat hendak belajar
    kegagalan bukan penghalang..usaha lebih tangga
    kejayaan seterusnya..masalah kini, minat ke nak
    belajar?
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Unik Bila Cas Bateri Telefon Bimbit Guna Air Dan Api Sahaja (Gambar)My Profile

  28. yas says:

    Harap2 yang gagal tu jgn bersedih sangat…banyak lagi cara tuk adik2 ni majukan diri….
    yas baru je tulis kisah Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69My Profile

  29. chii says:

    biar gagal dahulu..dan ambil pengajaran untuk masa hadapan…gagal dlm belajar bukan gagal selamanya..selagi ada usaha dan ikhtiar..insya Allah..mesti boleh berjaya :)
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #29 – Wonderpets For Sale :pMy Profile

  30. yas says:

    selalu gak kena dalam bab2 gagal nih…hehehe
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Mandi Kat Atas Jalanraya?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun